Kau tahu
Aku ini cuma manusia biasa
Aku tidak punya harta
Mahupun rupa
Apa ada pada aku adalah apa adanya diriku
Tidak pernah aku bermimpi mengapai langit
Tidak pernah aku bermimpi diulit cinta
Jauh sekali di angkat manusia
Kau tahu
Aku ini cuma perempuan
Diri ku cuma mahu
Sekali sekali meraih bahagia
Melempar mimpi
Juga mencarik awan
Tapi entah mengapa masih juga perempuan
Yang melempar nista
Menabur garam di atas luka
Memerih jiwa dalam kata
Satu ketika aku mahu bebas
Bukan lagi jadi bualan mereka
Lalu ku diam sambil memerhati
Itu manusia
Durjananya tetap ada.
YOU ARE READING
Puisi Buku Biru
PoesíaSeleksi Puisi dalam buku biru Ada dari dia Ada juga untuk dia p/s: Saya tulis ikut suka saya.
