Malam ini sekali lagi menjadi saksi
Betapa aku lelah menanti
Betapa aku lemas merindui
Betapa aku sesak sendiri
Malam ini menjadi saksi
Sebuah kisah tidak berkesampaian
Membawa rindu tidak bertepian
Lalu mati dibunuh resah sendiri
Aku tahu dusta yang aku hidang
Semuanya mencengkam sanubari
Sekaligus menjerut jiwa aku yang telah lama mati
Di tusuk belati
Entahlah
Aku mahu putus asa daripada mencintai kau
Aku mahu putus asa daripada menanti kau
Aku mahu putus asa daripada merindui kau
Tapi aku terlalu lelah
Berharap engkau tahu
Sekeping hati ini
Pernah mati untuk kau
Pernah hidup untuk kau
Tapi aku tidak tahu
Pernah kah ia mati untuk aku
Pernahkah ia hidup untuk aku
Kalau sahaja satu saat kau membaca coretan ini
Kelak ketika itu
Jangan dakapi aku lagi
Aku lelah sayang
Sungguh aku lelah
Jangan bunuh aku demi rasa kita
Tapi matikan aku dengan putus asa.
YOU ARE READING
Puisi Buku Biru
ŞiirSeleksi Puisi dalam buku biru Ada dari dia Ada juga untuk dia p/s: Saya tulis ikut suka saya.
