Hampir seminggu kuanlin tak sedarkan diri, hampir setiap hari jugaklah jihyo datang ke hospital untuk melawat kuanlin. Ibu bapa jihyo dan kuanlin khwatir melihat jihyo yang tak ada selera makan dan jarang tidur. Dipujuk makan ada saja alasan yang dia akan bagi. Pening kepala mereka dibuatnya. Tapi itulah tanda bahawa jihyo cintakan kuanlin.
Hari ni, seperti biasa jihyo akan ke hospital untuk melawat kuanlin. Hari ni dia pergi seorang diri. Selalunya member nct dan wanna one akan ikut dengannya melawat kuanlin lepas sekolah. Jihyo memandang tubuh kuanlin yang terbaring di atas katil dengan pandangan yang sayu. Dia berjalan ke arah tandas bilik tersebut dan keluar dengan membawa satu mangkuk air dan kain.
Kemudian, dia duduk di sebelah kuanlin dan membasahkan kain tersebut. Dia lap tangan, kaki dan muka kuanlin. Selepas habis dia merenungkan nasibnya dan kuanlin. Kejadian seminggu lalu masih terngiang-ngiang di fikirannya. Dia takut akan berjumpa kembali dengan shownu dan perkara yang tak diingini berlaku. Sekarang pun kalau nak pergi sekolah mesti ada bodygurd temankan. Lama kelamaan mata jihyo makin memberat dan dia tidur sambil memegang tangan kuanlin.
Kuanlin pov
Aku terbangun dan kepala aku terasa pening. Benda pertama yang aku lihat adalah ruangan besar dengan bau ubat yang sangat kuat. Dari bau ubat ni pun aku tau kalau aku sekarang ada dekat hospital. Bila aku nak gerakkan tangan kiri, aku rasa tangan aku digenggam dan aku menoleh. Terkejut aku melihat jihyo tidur sambil memegang tangan aku, tapi aku biarkan.
Aku tenung muka dia. Muka orang yang aku cinta dan buat aku rindu dia setiap masa. Bila aku tengok keadaan jihyo sekarang aku dapat rasa yang dia tak cukup tidur dan stres. Tengok dari penampilan dia ja pun dah tahu. Rambut dan baju kusut, kantung bawah mata yang tebal dan muka yang pucat, itulah keadaan jihyo sekarang. Tak lama kemudian dia mula bergerak menandakan dia hendak bangun.
Lepas dia pandang aku, aku senyum. Dia peluk aku dengan erat dan aku dapat rasa bahu aku basah, jihyo menangis. Aku menepuk pelan belakang dia. Rasa bersalah datang sebab aku buat dia risau sampai macam ni.
Jihyo : kuanlin awak okey tak, mana bahagian yang sakit ?
Bahagia aku rasa walaupun dia hanya panggil aku dengan panggilan 'awak'. Tak apa lepasni dia akan tukar lagi jadi panggilan sayang. Aku tersenyum melihat dia yang risau dengan keadaan aku.
Kuanlin pov end
Kuanlin : saya tak apa". Tak ada sakit kat mana" pun kecuali bahagian belakang saya ni.
Sekarang jihyo rasa sangat bersalah. Kalau bukan sebab kuanlin lindungi dia, pasti kuanlin tak akan terbaring kat hospital ni seminggu. Tapi nasib baiklah luka cakaran tu makin hilang dan membaik. Fikirkan benda tu ja pun dah buat hati jihyo lega.
Jihyo : awak nak makan apa" tak ?Jihyo tahu mesti kuanlin rasa haus dan lapar. Memanglah dah seminggu dia tak sedarkan diri.
Kuanlin : tak nak, tak lapar lagi. Tapi saya nak minum air.
Dengan cepat dia mengambil air yang ada di meja tepi katil kuanlin. Kemudian dia hulurkan kepada kuanlin.
Kuanlin : terima kasih.
Jihyo keluar untuk memanggil doktor dan menelefon ibu bapanya dan kuanlin. Kemudian dia masuk dan duduk balik di sebelah kuanlin. Lepas beberapa minit mereka berborak, pintu bilik terbuka dan menampakkan muka ibu bapa mereka.
Laju Mrs. Lai peluk kuanlin sambil menangis. Ibu jihyo melihat mereka dan senyum. Ayah mereka pula hanya senyum dan berpelukan. Mr. Song dan Mrs. Song hanya mengucapkan selamat kepada kuanlin. Tak lama kemudian ibu kuanlin mengeluarkan bekas makanan dan mereka makan bersama dengan berselera di dalam bilik tersebut. Kuanlin tersenyum melihat permandangan yang ada di hadapannya ini.
Bersambung
YOU ARE READING
Werewolf Love Story
FanficDia seorang yg dingin dan tidak pernah senyum selepas kematian adik kembarnya song hye kyo semasa usianya 10 tahun. Selepas dia berpindah ke sekolah abangnya dia telah berkenalan dengan kumpulan NCT, mereka menjadi kawan baik. Tetapi suatu hari ada...