HUJAN renyai membasahi tubuh Aisya maisara, lintang-pukang dia berlari. Sekejab dia tertoleh ke belakang, melihat bayangan hitam mengekorinya dengan pantas.
"Ya Allah, selamatkan aku!" jerit hatinya.
"Kau takkan boleh lari daripada aku, Aisya Maisara! Aku dah kata dengan kau jangan jual mahal, tapi kau degil!" sinis suara keras itu.
Aisya menggeleng. Dia cuba memekakkan telinga. Lariannya terhenti apabila tersekat di jalan mati.
Ya Allah! Mana aku nak pergi?
Gelak tawa jahat mula terdengar. Lelaki itu mencekak pinggang.
Aisya memusing ke belakang, riak wajahnya penuh pucat dan ketakutan. Dia mengundur sehingga tersandar pada dinding.
"Maafkan aku..aku minta maaf.." rayu aisya.
Lantas air matanya turut mengalir. Dia terduduk perlahan-lahan di atas tanah. Kepala tergeleng-geleng, merayu.
Namun, lelaki itu hanya tersenyum menyenget. Dia berjalan mendekati wanita itu. Tudung bawal berwarna putih itu di cengkamnya, sehingga terdongak aisya memandang wajah bengisnya.
"maaf kau dah tiada guna bagi aku setelah apa yang kau dah buat Aisya Maisara. Kau cantik, tapi malang sekali kau bodoh!"
"ap..apa saya dah buat? Saya cuma tolak lamaran awak je? Awak ada banyak lagi perempuan yang awak boleh cari, kenapa saya?"
"because i love you! Daripada dulu lagi aku suka kau. Tapi kenapa kau tak pernah nampak?! Huh? Kenapa lelaki tu juga yang jadi pilihan kau?"
Aisya terdiam. Ya, aku tahu salah aku. Tapi dia juga harus terima hakikat yang aku bukan jodoh dia.
Kenapa harus memaksa hati untuk cintakan dia?
"Lelaki tu pun dah mati. Tiada siapa yang akan bantu kau lagi, atau jaga kau lagi aisya. But, it's Okay. I will take you. Aku akan jaga kau, seerat kasih sayang yang kau perlu."
Aisya menggeleng laju, tangannya dirapatkan seperti merayu jangan. Air mata makin mengalir laju.
"tak nak.. Saya dah kawin.."
"kawin? Hei, kau lupa ke dia dah kena tembak?! And jantan tu dah masuk kubur, dan menghadap malaikatlah aisya! Dia takkan bangun semula untuk jaga kau. Kau tahu kenapa jadi macam ni?"
Asiya menggeleng.
"sebab kau dah tertulis jadi jodoh aku!"
Tubuh aisya terus di angkatnya, tangan menumbuk tubuh belakang lelaki itu berkali-kali untuk dilepaskan. Namun tak berjaya.
Tangan kecil wanita itu langsung tidak terasa sakitnya.
"lepaslah!! Aku tak nak kawin dengan kau!!"
"kau cakaplah apa kau nak cakap, aisya. Kita kawin, and hidup bahagia macam orang lain. Kau jangan risau, aku takkan jadi lelaki dayus."
"lepaslah!! DANI ISKANDAR!!"
"tak guna kau jerit nama tu, dia dah mati."
Aisya terus di tolak masuk ke dalam kereta. Aku tidak peduli! Aku tetap tak nak kawin dengan lelaki gila ini!
"aisya, jangan melawan!"
"lepaskan aku!!"
"stop it!"
"tak nak!!"
BUK!!
Satu tumbukan kuat di hadiahkan pada wajah aisya. Aisya terdiam sekelip mata, kepalanya juga terasa pening. Terasa perit sahaja tumbukan lelaki itu, tidak terdaya membuatkan wanita itu melawan lagi.
Lelaki itu tersenyum sinis.
"diam pun.."
Kedua belah tangan aisya dirapatkan, dia mengambil tali dan terus mengikat mati supaya wanita itu tidak dapat bergerak.
Setelah siap mengikat, dahi aisya di kucupnya sekilas. Lalu, pintu di tutupnya. Dia berjalan menuju ke pintu pemandu, Untuk memandu pergi daripada kawasan ini.
"Dani my bodyguard, saya minta maaf atas apa yang berlaku sebelum ni. Saya terlampau ikutkan hati, sehingga tak sempat untuk tunjukkan sepenuhnya sayang saya pada awak. Mungkin ini cara kita berpisah.. Dan cinta saya.. Untuk awak.. Mungkin terhenti di sini. Thankyou sebab jadi my abang bodyguard nakal.. Thank you Dani iskandar.. " bisik hatinya, meluahkan apa yang dia rasakan.
Perlahan-lahan kelopak matanya tertutup rapat, air mata terakhir dibiarkan mengalir di pipi.
YOU ARE READING
Abang Bodyguard Nakal! (SUDAH TERBIT)
RomanceRanking number one in romance! ⭐️[Pemenang tempat ketiga The King Of Romance 2019] SUDAH TERBIT MENJADI BUKU ✔️ AISYA MAISARA. Perwatakan diva langsung tidak boleh dipisahkan dengan diri asalnya. Bagi Aisya, menjadi seorang yang berlagak sombong ada...