3

58.2K 2.1K 154
                                    

MOTORSIKAL kawasaki berwarna biru gelap diberhentikan dihadapan halaman rumah banglo dua tingkat miliknya. Helmet yang masih belum dibuka, ditarik keluar daripada kepalanya lalu diletakkan diatas seat motorsikal. Sesekali dia membetulkan sedikit rambutnya yang agak serabai, sebelum dia mengatur langkah ingin masuk ke dalam rumah. Anak matanya melilau mencari sesuatu diatas meja yang berada ditengah-tengah ruang tamu. Dokumen pengenalan diri yang berada disitu dicapainya, sebelum dia kembali melangkah keluar daripada rumah itu.

"Assalamualaikum, abang Dani." sapa suara ayu itu, lembut. Terus dia mengalihkan perhatiannya kearah rumah jiran yang berada disebelah kanannya. kelihatan seorang wanita bertedung bawal, berada situ menayang senyuman manis padanya. Dani juga turut membalas senyuman itu. Itulah Puteri, wanita ayu yang sering kali menegur Dani apabila baru sahaja pulang daripada kerja. Malah, dia juga diupah untuk menjaga adik perempuan lelaki itu yang bernama Aisyah.

"Waalaikumsalam. Amboi...Puteri, baru keluar rumah pun dah cantik ya? Inikan pula kalau pergi shopping mall mesti lagi terpukau ni,kan?" puji Dani.

Puteri tertawa kecil mendengarnya. Malu pula apabila seorang lelaki seperti Dani memujinya sebegitu. "ish, abang Dani ni...ada-ada sahaja nak puji Puteri. Puteri ni biasa-biasa sajalah, mana ada cantik sangat pun..."

"yalah tu...manalah tahu nanti kalau abang tak puji, Puteri buat muka pula dengan abang. Tak adalah abang gurau sahaja, adik abang mana? Tidur?" ujar Dani, cepat-cepat dia menukar topik kepada adiknya pula. Selalunya jika waktu begini Aisyah akan keluar mencarinya. Puteri hanya membalasnya dengan anggukan.

"haah, bang. Aisyah dah tidur. By the way...abang balik awal ini untuk apa? Dah habis kerja ke?"

"tak adalah, abang belum habis kerja lagi. Abang tertinggal dokumen pengenalan diri tadi dekat rumah. Ermm... puteri kalau selepas ni abang minta puteri jaga Aisyah lebih masa boleh tak? Sebab selepas ni abang akan jaga anak dato, dan mungkin jadual kerja abang akan beralih sampai pukul 8 malam, tapi kalau Puteri rasa menyusahkan diri Puteri, abang boleh cari orang lain untuk tolong jagakan Aisyah." ujar Dani. Risau pula jika dia menyusahkan wanita dihadapannya itu. Malah Puteri menggeleng kepala menafikannya, sedikit pun dia tidak rasa budak kecil seperti Aisyah membebankan dirinya. Kalau boleh 24 jam dia ingin bersama Aisyah.

"abang tak menyusahkan Puteri pun. Lagipun, Aisyah tu Puteri dah anggap macam adik Puteri. Dia bukan macam kanak-kanak yang lain. Kalau tiada dia, Puteri pun tak tahu nak buat apa dekat dalam rumah ni." ucap puteri.

Tersenyum Dani mendengarnya. Mujurlah perkara itu senang bagi wanita itu. Tak perlulah susah payah dia mencari orang lain untuk menjaga Aisyah. "baguslah kalau Puteri dah anggap begitu sebab abang..."

Tak sempat Dani ingin menghabiskan kata-katanya, deringan telefon terlebih dahulu memotong. Dia menyeluk tangannya ke dalam kocek seluar, mengeluar telefon canggih yang masih lagi bergetar. Tertera nama Dato Shah terpapar di skrin telefonnya. Tanpa menunggu masa lagi, dia terus menjawab panggilan itu. "Hello,Dato. Iya saya, Dani Iskandar. Saya dah pergi syarikat Dato tadi, tapi mereka kata Dato belum sampai, selepas itu dokumen pula tertinggal dekat rumah. Kalau Dato ada masa sekarang kita boleh jumpa. Dekat mana? Oh, baik Dato. Saya akan tiba disana secepat yang mungkin." ucap Dani, lantas panggilan itu dimatikan, sebelum dia mengangkat wajah memandang Puteri yang masih lagi tercegat disitu.

"siapa tu, bang?" soal Puteri, sengaja dia ingin tahu. Dani mencarik senyuman nipis. Helmet yang berada diatas seat motorsikal dicapainya, lalu disarung ke atas kepalanya. "bos baru abang. Abang kena pergi sekarang. Minta diri dulu ya, Puteri." pinta Dani, tergesa-gesa. Dia terus memacu laju motorsikal itu beredar daripada halaman rumahnya. Tak sempat Puteri ingin memberi salam kelibat Dani sudah pun menghilang. Puteri menggeleng kepala. Dani...Dani...

Abang Bodyguard Nakal!  (SUDAH TERBIT) Where stories live. Discover now