10

48.1K 2K 99
                                    

NASI lemak berlaukkan ayam goreng dan sambal ikan bilis disuapkan ke dalam mulut Aisyah. Dani mencapai sehelai tisu yang berada didalam kotak, lalu mengelap kesan comot dibibir budak kecil itu. Sekilas pandangannya teralih kearah Aisya yang sedang mengibas-ngibas bajunya yang terasa hangat. Anak matanya tak henti melilau mencari kipas disekeliling gerai itu. Semua pelanggan yang berada disitu kelihatan tenang sahaja menjamu selera, hanya wanita itu sahaja yang tidak duduk diam seperti cacing kepanasan. Dani menggeleng kepala.

"You, tempat makan mana yang you bawa ni? Jangan dikatakan aircond, kipas pun tak ada. You tak panas ke?" soal Aisya, memandang Dani yang berada dihadapanya. Lelaki itu kelihatan seperti biasa sahaja datang ke tempat begini. Setitis peluh pun tidak terlihat didahinya. Manakala Aisya pula sudah berasa drinya dipadang pasir. Habis basah lencun bajunya kerana peluh. Solekannya juga hampir cair. Mujur awal-awal lagi dia sudah menyimpan barang solekannya ke dalam beg. Sempat jugalah aku tacap wajah aku ini sebelum berubah menjadi zombi!

Dani tersenyum sinis. Sekali lagi dia menyuap nasi ke dalam mulut Aisyah sebelum berpaling memandang Aisya.

"Takkan dah pakai baju singkat pun masih panas lagi?" soalnya, mengejek. Aisya tergamam buat seketika. Mamat ini kalau sehari tak buat aku panas memang tidak sah! Aisya merengus geram. Laju tangannya mencapai air kosong yang berada diatas meja, lalu diminumnya. Reda sedikit hati aku yang hampir meletus tadi. Kalau tidak, habis warung ni terbakar.

"Akak Aisya tak nak makan ke?" soal Aisyah apabila melihat wanita itu hanya memesan air kosong sahaja tadi.

"It's okay, I tak lapar. You makanlah." ujar Aisya. Alhamhudillah, tak sampai beberapa minit dia mengenali Aisyah dia hampir memahami cara budak kecil itu bertutur. Tak sampai beberapa minit, telefonnya berdering menandakan ada panggilan daripada seseorang. Dia pun mencapai beg tangan gucci yang berada diatas meja, lalu mengeluarkan telefon canggihnya yang masih lagi berdering. Tertera perkataan Papa disitu. Tanpa menunggu masa lagi dia terus menjawab panggilan itu. Isyarat telefon dibuat kearah Dani, sebelum dia bangun melangkah keluar daripada warung itu.

"Hello, pa. Maaflah Aisya lambat. Aisya tengah tunggu Dani bagi makan adik dia dekat gerai. Papa dah sampai rumah ke?" soal Aisya.

"Papa tak ada dekat rumah pun. Papa sekarang sedang menuju ke Kedah dengan Aminah." ujar Dato Shah, selamba.

"Menuju ke Kedah?" Aisya sedikit terkejut. Sekilas dia memandang jam tangannya yang sudah menandakan pukul 5 petang. Takkan Dato Shah ingin membiarkan aku duduk seorang diri dirumah? Pergi dengan orang gaji pulak tu!

"Papa buat apa pergi Kedah? Takkan pergi bercuti tak ajak Aisya? Papa jangan macam-macam ek. Papa bukan nak dating dengan orang gaji sendirikan?" protes Aisya. Dia mula risau jika Dato Shah menjalinkan hubungan senyap-senyap bersama Aminah. Kalau dengan orang lain tak apalah juga, ini orang gaji memang tidaklah aku nak terima!

"Masya-Allah kamu ni Aisya... takkanlah papa nak buat benda-benda macam itu. Papa dah tualah. Mana larat nak bercinta lagi. Papa bawa Aminah supaya senang untuk buat kerja. Sekarang ni papa nak pergi rumah anak yatim. Papa nak buat kerja amal dengan kawan papa disana. Kamu pun datanglah ke sini sekali dengan Dani."

"Dani?" kening Aisya bertaut pelik. Kenapa aku kena bawa Dani pula sekarang ini? Dia bodyguard bukannya suami aku!

"Kenapa Dani kena ikut Aisya pula?"

"Laaa...diakan pengawal pribadi Aisya. Takkan nak pergi Kedah naik grab pula? Karang kalau terjadi apa-apa yang buruk macam mana? Tak fasal-fasal papa kena kawin lain untuk dapatkan anak baru." sindir Dato Shah, sengaja ingin menyakat anak perempuannya.

Abang Bodyguard Nakal!  (SUDAH TERBIT) Where stories live. Discover now