8

43.9K 1.9K 150
                                    

                                     KOMPUTER riba ditutup setelah siap dia menyelesaikan beberapa tugasan yang tertangguh semalam. Aisya terus menyandarkan tubuhnya kebelakang, merehatkan dirinya yang terasa letih. Sesekali bahunya yang terasa lenguh diurut-urutnya perlahan. Dia mula terasa tidak selesa saat sebelah kakinya yang terdedah pada penghawa dingin. Luka didahinya juga semakin kering, namun pedihnya masih lagi terasa sipi-sipi. Tindakan Dani yang membaling kasutnya keatas jalan raya tadi kembali bermain dikotak fikirannya. Sudahlah itu satu-satunya kasut aku yang paling mahal! Mengapalah nasib aku begitu malang sekali kerana mendapat pengawal pribadi seperti lelaki itu?

"Haih... macam manalah dia boleh dilantik sebagai bodyguard paling amanah dalam dunia ni? Sedangkan dia itulah perosak segala benda. Bakal isteri dia nanti pun pasti menyesal apabila tahu perangai sebenar lelaki tu!" sindir Aisya, geram. Tak fasal-fasal 'bakal isteri' lelaki itu pun terbabit dalam hal ini. Tak sampai beberapa minit, pintu biliknya ditolak oleh seseorang tanpa memberi isyarat ketukan terlebih dahulu. Tanpa sebarang arahan yang dikeluarkan daripada mulut Aisya, Dani terus melangkah masuk ke dalam bilik itu dengan selamba membawa sekotak kecil berbentuk segi empat tepat. Senyuman lebar dilemparkan kearah Aisya, namun hanya dibalas dengan jelingan.

"You nak apa lagi? Nak kasut I lagi sebelah, huh?" soal Aisya berbaur sindiran. Dani tersengih menayang gigi putihnya.

"Kalau saya ambil lagi sebelah, takut Cik Aisya sahaja yang mengadu pada Dato Shah. Almaklumlah Cik Aisyakan anak manja..."

PAP!

Kedua belah tangan Aisya menghentak meja. Dia mengecilkan kedua belah biji matanya memandang Dani. Walapupun aku satu-satunya anak perempuan Dato Shah, aku bukan anak manja okay? Suka-suka hati mamat ini sahaja kata aku anak manja!

"I bukan anak manja ek. Jaga sikit mulut you tu!"

"Ya ke? Kalau Cik Aisya bukan seorang yang manja, tak adalah Cik Aisya merajuk disebabkan hal remeh begini." ujar Dani, sengaja dia ingin mengejek wanita itu. Pantas Aisya mengalihkan pandangannya kearah almari yang tersusun beberapa keping fail, lalu tangannya menyilang memeluk tubuh. Muka aku ni nampak sangat ke tengah merajuk? laju Aisya menggelengkan kepalanya. Dia berdehem beberapa kali membetulkan suara.

"Mana ada I merajuk. I tak merajuk punlah. Tak ada masa I nak layan karenah gila you itu!" sinis Aisya, tanpa memandang wajah lelaki itu. Dani tertawa kecil. Tergeleng kepalanya memandang Aisya yang sedang memuncungkan bibirnya seperti budak kecil. Dia terus mengatur beberapa tapak mendekati wanita itu. Kerusi Aisya dipusing kearahnya. Aisya sedikit tersentak dengan tindakan lelaki itu cecara tiba-tiba. Matanya membulat saat sepasang mata coklat itu merenung kearahnya dengan lama. Dahi Aisya mula berkerut pelik. Cecair peluh juga mula mengalir keluar daripada dahinya biarpun waktu itu suhunya tidak terlalu panas dan tidak juga terlalu sejuk. Air liur ditelannya sejenak.

"You... You nak buat apa ni?" soal Aisya, cuak. Malah Dani hanya tersenyum sinis sebagai jawapan. Kecut perut Aisya melihatnya. Sesekali kawasan sekelilingnya yang sepi dipandang. Tiada orang lain melainkan aku dan Dani sahaja dibilik ini. Aisya mula berfikir bukan-bukan, pantas dia menarik kot hitamnya ke tengah, menutup bahagian dadanya sebelum kembali mendongak memandang Dani.

"You nak ambil kesempatan dekat I ek? You jangan macam-macam... I report pada Dato Shah baru you tahu!" ugut Aisya.

Malah Dani hanya tersenyum sinis. "Nak report, reportlah... abang Dani tak takut." ucapya dengan nada menggoda serta menukar panggilan dirinya ke pada abang. Aisya mula tidak keruan. Dia cuba untuk mencari jalan keluar namun gagal.

Abang Bodyguard Nakal!  (SUDAH TERBIT) Where stories live. Discover now