18

43.7K 1.8K 92
                                    

POM!
Terhinjut bahu Randy saat mendengar letupan kuat itu. Dia pantas memberhentikan keretanya dibahu jalan. Degupan jantungnya mula berdegup laju. Dahinya mula berkerut memikirkan bunyi letupan tadi. Tanpa memikirkan apa-apa, dia terus melangkah keluar daripada perut kereta. Keluhan berat mula kedengaran saat dia melihat kedua belah tayar hadapannya yang sudah pancit kerana terlanggar beberapa biji paku yang berada diatas jalan tar.

"Aduh... siapa pula yang letak paku tengah jalan ni? Time nak dekat dengan waktu senja ini jugalah ada macam-macam benda yang berlaku." keluh Randy. Tangannya memicit-micit kepalanya yang terasa pening. Sesekali anak mata ditebarkan kearah hutan yang berada dikiri dan kanannya. Entah mengapa bulu romanya tiba-tiba sahaja mencanak naik apabila dia menoleh kearah semak-samun yang berada tidak jauh daripada situ. Baru dia sedar jalan yang digunakan ini langsung tidak ada sebiji kereta pun lalu kecuali dirinya. Randy mula resah.

"Jalan mana pula Dato Shah send ni? Lain macam sahaja..." gumamnya seorang diri. Dia menggosok-gosok lengannya yang terasa seram sejuk. Lantas telefon canggih yang berada didalam kereta dicapainya cuba untuk menghubungi orang tua itu. Malang sekali panggilan itu tidak dijawab. Randy merengus geram.

"Alahai, Dato ni pun... jawablah! Sudahlah kredit aku tinggal berapa ringgit sahaja lagi ni. Apa aku nak buat?" soal Randy, gelisah. Dia mendongak memandang langit yang semakin gelap. Dia tiada cara lain lagi selain berjalan kaki meminta bantuan daripada orang kampung yang tinggal berdekatan dengan kawasan ini. Dia mengangguk. Lantas beg tangannya yang berada didalam kereta digalasnya. Enjin kereta juga dimatikan.

"My baby boo... baby boo tinggal dekat sini dulu ek? I will find someone for you."ucap Randy pada kereta mercedes merah miliknya. Dia mengucup kepala kereta itu sebelum berlalu pergi daripada situ.



"YES!" Dato Shah tersenyum puas melihat rakaman yang terpapar diskrin komputer ribanya. Dapat dia menangkap wajah Randy yang mula berubah panik apabila terkandas dijalan lama itu menggunakan pita Cctv yang terpasang disitu. Padan muka! Nak sangat jumpa anak aku, kan?

Dia kembali menutup komputer riba itu. Lantas tubuhya disandarkan ke belakang. Beg dompet kulit dikeluarkan daripada kocek seluarnya. Dia tersenyum melihat gambar wanita berselendang putih yang mengendong anak kecil disawah padi. Itulah arwah Datin Shida, isteri kepada Dato Shah. Biarpun sudah 5 tahun isterinya telah tiada, kenangan manis dan pahit tidak pernah sekalipun dia lupakan. Tanpa wanita itu, tiadalah Aisya yang menamani zaman tuanya sekarang. Cara untuk membalas jasa arwah Datin Shida dalam hidupnya cuma satu sahaja iaitu mencari lelaki yang terbaik untuk menjaga Aisya setelah dia pula yang akan pergi satu hari nanti. Dia tahu, tiada apa yang isterinya mahukan selain kebahagian anak dan suaminya.

Arwah Datin Shida memang seorang yang penyayang. Sewaktu dia hidup, dia tidak pernah sesama sekali mengutamakan kerja daripada keluarga. Sikapnya yang baik hati dan pandai membahagi masa itulah yang membuatkan Dato Shah amat mencintai isterinya. Malah kecantikan isterinya juga tidak pernah berubah. Biarpun usia semakin lama, semakin melonjak naik dia tetap kelihatan seperti anak dara. Akan tetapi malang sekali, disebabkan kecantikan itu jugalah yang menyebabkan dia kehilangan isteri.

Sedih, apabila kembali teringat tentang kisah pahit itu. Dia pasti sesiapa sahaja yang berada ditempatnya pada waktu itu pasti akan menyimpan dendam pada si perogol tapi bukan Dato Shah. Baginya, memaafkan itu lebih baik daripada dia berdendam tetapi untuk melupakan kesalahan si perogol itu mungkin sukar.

"Ab... Abang janji dengan Shida, abang akan jaga Aisya dengan baik." rayu wanita itu dengan nafas yang tersekat-sekat. Berkerut dahinya menahan rasa senak dibahagian bawah abdomennya. Bajunya juga kini lusuh dan berdarah akibat dipukul oleh perogol itu. Dato Shah terasa sebak. Air mata tak henti-henti mengalir daripada lingkungan kelopak matanya. Dia kesal kerana terlambat untuk menyelamatkan isterinya dan perogol itu pula berjaya untuk melarikan diri. Aisya yang masih berumur 16 tahun pada waktu itu sudah menangis teresak-esak dibucu katil. Dia tidak mampu untuk melihat keadaan ibunya pada waktu itu.

Dato Shah mengangguk perlahan. Wajah isterinya disentuh lembut. "Tolong jangan tinggalkan abang. Abang takkan mampu jaga Aisya seorang diri."

"Siapa kata abang tak mampu? Abanglah suami Shida yang paling kuat yang Shida pernah jumpa. Abang janji dengan Shida, abang jaga anak kita baik-baik. Jangan biarkan nasib dia sama macam Shida, bang... Shida merayu. Abang carilah lelaki yang bertanggungjawab yang boleh jaga anak kita bila abang dah tua nanti. Kebahagian Shida adalah apabila melihat abang dan anak Shida bahagia." ujar Datin Shida, sebak.

Dato Shah mengangguk kepala. Dia tidak boleh menahan air matanya lagi. Tangannya mengenggam erat tangan isterinya. Perlahan-lahan dia menunduk mencium ubun-ubun wanita itu. Dalam masa yang sama, kedengaran Datin Shida sudah melafazkan kalimah syahadah. Makin berjurai air mata yang keluar membasahi ubu-ubun wanita itu. Lama-kelamaan kelopak mata Datin Shida terkatup rapat bersama hembusan nafas yang terakhir.

"Dato..." Aminah mencelah. Lamunan Dato Shah sekelip mata terhenti. Baru dia tersedar air matanya mengalir saat teringat kembali tentang kisah pahit itu. Pantas dia menyeka air mata yang melekat dipipinya sebelum berpaling memandang Aminah.

"Are you okay, Dato?" soal Aminah, resah.

Dato Shah mengangguk kepala dengan mengukir senyuman lebar dibibirnya. "Ya saya okay, cuma teringat kisah lama. Saya rasa bahagia sekarang sebab dapat tunaikan permintaan arwah. Saya yakin Dani adalah pilihan yang terbaik. Saya harap sebelum saya pergi... saya dapat melihat anak saya dan Dani diatas pelamin." ujar Dato Shah. Dia mengukir senyuman kecil dibibirnya, menatap gambar Datin Shida yang tersimpan didalam dompetnya.

Abang Bodyguard Nakal!  (SUDAH TERBIT) Where stories live. Discover now