9

42.1K 1.9K 33
                                    

                             KAKI kanan disilangkan keatas paha kiri. Jari jemari Aisya pantas menaip membalas mesej ayahnya yang dihantar beberapa minit yang lalu. Setelah selesai dia kembali meletakkan telefon itu keatas ribanya. Sekilas dia memandang kearah pintu utama mencari kelibat Dani yang masih belum muncul. Keluhan kecil dilepaskan perlahan. Sebenarnya aku bosan duduk sini lama-lama. Nak ajak berborak dengan pekerja pun aku seorang yang tidak rapat. Hmm...

"First time aku tengok Cik Aisya pakai kasut macam tu. Agak-agaknya bajet dia dah habis kut sebab repair muka dia?"

"Mana tak habisnya kalau dah semuanya habis beli make up. Sampaikan nak beli kasut pun tak cukup duit."

Bicara dua orang wanita yang berada dikaunter itu jelas kedengaran sinis dicuping telinga Aisya. Malah Aisya langsung tidak mempedulikannya. Cukup masa nanti, tahulah apa yang aku akan balas. Tak sampai beberapa minit, kelihatan figura Dani berjalan kearahnya dengan tergesa-gesa. Aisya pantas bangun daripada situ. Dia membetulkan sedikit beg tangannya yang tergantung dibahu. Kedua belah tangannya memeluk tubuh saat Dani tiba betul-betul dihadapannya, menantikan apa pula alasan yang lelaki itu ingin berikan.

Tercungap-cungap nafas Dani dibuatnya. Dia mengambil masa dalam beberapa minit untuk meredakan kepenatan sebelum memandang kearah Aisya. "Maaf saya lambat Cik Aisya. Saya sebenarnya..."

"Tak perlu terangkan. I dah lambat."

"Tapi Cik Aisya..." tak sempat Dani ingin menghabiskan ayatnya, Aisya sudah pun berjalan pergi kearah dua orang wanita yang berada dikaunter itu. Sekilas tanda nama yang yang berada di dada mereka diperhatikan sejenak. Seorang Sofia dan seorang lagi pula Rania. Aisya tersenyum sinis sebelum mendongak memandang wajah mereka berdua.

"Sofia and Rania, right?"

Mereka terdiam. Kepala ditundukkan ke bawah memandang lantai. Tidak berani ingin bertentangan mata dengan wanita itu.

"Start from now I potong you berdua ek. Selapas ini kalau nak kutuk I, kutuk kuat lagi ya. And for your information kasut ni bodyguard I yang bagi. You all ada? Kalau tak ada baik diamkan diri sahaja lebih bagus." sinis Aisya. Dia mengibas rambutnya ke belakang sebelum berlalu pergi daripada situ. Sofia dan Rania hanya mampu berdiam diri. Mereka akui salah diri sendiri kerana mengutuk orang yang ternama di syarikat ini.

Terhegeh-hegeh Dani mengejar langkah wanita itu yang sudah jauh ke hadapan. "Cik Aisya!" jerit Dani, Aisya tidak menyahut apa-apa. Dia terus berjalan menuju kearah kereta Alphard yang terparkir diluar bangunan itu. Dani merengus geram saat panggilannya tidak dijawab. Tidak keruan Dani dibuatnya saat Aisya semakin menghampiri kereta. Kepala sudah digelengkan laju. Pantas dia menghayunkan kakinya lebih laju ke arah wanita itu.

"Cik Aisya!"

Tidak sempat Dani hendak menghalang, pintu belakang kereta sudah dibuka. Terbeliak biji mata Aisya melihat budak kecil dengan wajahnya yang bertompok-tompok kemerahan. Boleh dikatakan wajah budak kecil itu tidak sama seperti kanal-kanak lain. Aisya terpaku disitu. Spontan beg tangan gucci jatuh terlepas ke lantai.

"Arghhh!" Aisya menjerit sekuat hatinya. Terhinjut bahu Aisyah apabila melihat wanita muda itu tiba-tiba sahaja menjerit apabila melihatnya. Aisya pantas berlari mendapatkan Dani. Lengan lelaki itu dipeluknya erat, manakala sebelah tangannya lagi menunding jari kearah kereta dengan terketar-ketar ketakutan.

"You...You nampak tak apa yang I nampak?"

"Cik Aisya nampak apa?" soal Dani. Berkerut dahinya memandang Aisya.

Abang Bodyguard Nakal!  (SUDAH TERBIT) Where stories live. Discover now