19

43.1K 1.9K 157
                                    

SAMBIL tangan Aisya ligat mencuci pinggan lalu dia menyusun pinggan kaca yang telah dibasuh itu ke dalam rak yang disediakan. Tak sangka ayam percik yang dibeli Dani tadi dipasar malam mampu aku habiskan dengan sekelip mata walaupun pada mulanya aku menolak. Kain buruk yang berada diatas kabinet dicapainya lalu dia mengelap tangannya yang basah. Manakala Dani pula sibuk mengelap meja makan mereka tadi. Dia tidak mahu meninggalkan sedikit pun kesan tumpahan kuah diatas meja ini. Apa yang dia tahu, apabila Nek Tipah pulang orang tua itu tidak akan membebel jika rumah ini tidak kemas seperti sebelumnya. 

Sedang sibuk dia mengemas meja makan, tiba-tiba sahaja telefonnya berdering menandakan panggilan daripada seseorang. Dia lantas mencapai telefon canggihnya yang berada diatas meja, tertera nama Puteri terpapar diskrin. Dia mengangkat wajah memandang Aisya dalam beberapa minit dan kembali me menunduk memandang telefonnya yang masih bergetar. Dani menggeleng kepala lalu panggilan itu ditolak. Dia kembali menyambung kerja seperti biasa.

“Kenapa you tak jawab?” sampuk Aisya, dia menoleh ke belakang memandang Dani. Sebelah keningnya dijongketkan keatas. Malah Dani hanya tersenyum nipis dan menggeleng kepala.

“Saja.” jawabnya sepatah.

“Saja? Tapi bukan ke orang yang kita sayang akan merasa rindu walaupun sedetik? Macam yang you cakap dekat I pagi tadi. Jadi kenapa you tak jawab panggilan tu? You tak rindu dia ke?”

“Ya, memang perasaan rindu itu akan hadir dengan orang yang kita sayang tapi… orang itu bukan Puteri. Aku cuma bergurau sahaja tadi dengan dia. Saja layan karenah dia. Lagipun dia memang selalu call aku dalam waktu macam ini.” ujar Dani.

Aisya mengangguk faham. Dia mencebik bibir.

“So? Takkan itu sahaja alasan you untuk tak angkat panggilan dia?”

“Entah. Aku jadi masalah nak angkat, nanti-nanti sajalah aku hubungi dia semula.” balas Dani, acuh tak acuh. Dia menarik kerusi yang berada tidak jauh daripadanya lalu melabuh punggung disitu.

“Cik Aisya,”panggil Dani. Aisya menjongketkan kedua belah keningnya keatas.

“kalau aku nak tanya kau satu soalan boleh?” soalnya.

“Tanyalah, bukannya I akan suruh you bayar pun untuk setiap soalan.”

Dani mengangguk. Dia kembali bangun daripada situ lantas mengatur langkah menghampiri Aisya. Aisya menyandarkan pinggangnya ke kabinet. Kedua belah tangannya memeluk tubuh menantikan soalan daripada lelaki itu.

“Kenapa kau tak terima Randy ek? Aku lihat lelaki itu baik sangat dengan kau cuma kau sahaja yang jual mahal dengan dia. Nak kata kurang… tiada pula. Dia kaya, ada rupa dan segalanya tapi kenapa kau selalu jauhkan diri daripada dia?” soal Dani. Aisya terdiam sejenak. Pelik pula dia mendengar pertanyaan Dani itu. Tiba-tiba sahaja buka topik fasal Randy dah kenapa mamat ni?

“Sebab… dia bukan pilihan I.”

“tapi kebanyakan perempuan macam kau akan pandang lelaki macam Randy.”

“But I tak termasuk dalam kebanyak perempuan yang you cakap tu. Setakat ada duit, ada rupa tetapi tiada hati tak ada gunanya juga. I nak bahagia bukan derita.”

“Tapi Randy cintakkan kau?”

“Cintakan I tapi dalam masa yang sama dia mengandung anak dara orang. Itu ke cinta?”
Dani mengerut kening tidak faham. Dia agak sedikit terkejut apabila Aisya berkata begitu. Aisya tersenyum sinis. Kisah silam Randy hanya dia sahaja yang tahu. Mungkin orang lain akan nampak Randy seorang usahawan yang berjaya tetapi bagi aku dialah lelaki paling gagal dalam dunia ini.

“Maksud kau?”

“Randy tu pernah terlanjur bercinta dengan seorang perempuan sewaktu dia sekolah menengah. And you know what? Dia langsung tak bertanggungjawab atas kesalahan dia. Dia biarkan perempuan itu terseksa dan merana dan akhirnya… perempuan itu bunuh diri dia sendiri. I don’t know what to say but… if Randy really really love me why does he have to do that? Dia tidak sepatutnya membiarkan perempuan tu mati.”

Abang Bodyguard Nakal!  (SUDAH TERBIT) Where stories live. Discover now