1

91.7K 2.5K 76
                                    

AKU Aisya Maisara, atau dengan nama glamor aku Aisya. Aku seorang wanita yang berkerjaya. Hidup aku penuh dengan kemewahan,senang cerita apa yang aku mahu akan aku dapatkan dengan petik jari sahaja. Mungkin kerana aku satu-satunya anak perempuan D'ato Shah? Ya, dia ayah aku. Aku dibesarkan dengan titik peluhnya selepas kematian arwah ibuku pada umur aku 17 tahun. Atas insiden yang menimpa arwah ibuku beberapa tahun dahulu membuatkan aku tekad berubah untuk menjadi seorang wanita yang berkelakuan " sombong' atau digelar diva.

Bibir mungilnya dikemam beberapa kali setelah disapukan dengan gincu berwarna merah pekat.Senyuman kecil terukir dibibirnya saat dia melihat wajahnya yang terpantul di cermin solek.Kalau sebelum bersolek wajahnya kelihatan cantik dan berseri apatah lagi apabila dia mengenakan make up. Rambutnya yang beralun dibiarkan terjuntai kebawah.Sesekali dia membetulkan sedikit subang yang tergantung ditelinganya.

"Look, this is Aisya Maisara. Don't approach me, if you're ugly," sinisnya seorang diri dihadapan cermin. Senyuman menyenget dilemparkan kearah dirinya sendiri, sesekali dia membentukkan beberapa gaya pose ala-ala model disitu. Berbangga kerana memiliki tubuh yang begitu slim dan cantik.Dia pasti, tidak semua gadis diluar sana yang mampu menandingi kecantikannya.

TOK! TOK!

Pintu bilik diketuk beberapa kali oleh seseorang sebagai tanda bahawa dia akan masuk ke dalam bilik itu tidak lama lagi. Tanpa sebarang arahan yang dikeluarkan, dia terus menolak pintu itu ke arah dalam. Muncul figura seorang wanita yang memakai apron berdiri disitu, menayang senyuman manis pada wanita yang masih lagi leka bersolek dihadapan cermin. Itulah dia Aminah, seorang wanita tua yang mungkin dalam lingkungan 40 tahun berkerja sebagai orang gaji dirumah mewah ini. "Maaf, Cik Aisya kerana menganggu tapi D'ato Shah dah lama tunggu Cik Aisya di dalam kereta. Hampir satu jam lebih Cik Aisya bersiap daripada tadi. Lagipun saya lihat Cik Aisya dah memang cantik, tak perlulah nak bersolek terlebih sangat."ujarnya, memberi pendapat.

Jatuh rahang Aisya mendengarnya. Dia terus memusing ke belakang memandang Aminah yang masih tercegat disitu. Riak wajahnya saat ini jelas menandakan yang dia tidak puas hati dengan pendapat wanita tua itu. "This! This you kata cantik? Are you serious?"

Aminah mengangguk kepala. Betullah cantik, apa pula yang tak kena?

"you know what? This is not complete okay for me! How dare you kata semuanya dah cantik! I belum pakai mascara, I belum pakai eyeliner and yang paling penting sekali ini! Bedak!" ujarnya dingin,menunjukkan bedak compact ditangannya. Aisya merengus geram. Pantang betul jika orang lain sedang memujinya dalam keadaan separuh bersiap. Lantas dia mencapai berus gebu diatas meja, lalu disapukan bedak pada wajahnya.

Aminah menggeleng kepala. Entah apalah nak jadi dengan Cik Aisya yang seorang ini...

"Tapi Cik Aisya...Cik Aisya dah lambat sangat sekarang ni. Kesian pada D'ato Shah juga, Cik Aisya. Karang tak fasal-fasal company Cik Aisya melingkup kerana perangai Cik Aisya yang selalu nak kelihatan cantik."

"ouh...now you nak ceramah I pula fasal syarikat? Hei, you tu adalah orang gaji I sahaja tau! Jangan sampai I potong gaji you separuh! I ni bos, I tahulah nak buat apa? I lambat ke, cepat ke itu urusan I, not you!" herdik Aisya, dan menjeling .Aminah pula hanya mampu untuk berdiam diri. Tak guna sekalipun jika dia melawan.Tahu sangatlah dengan perangai tak suka mengalah dia tu!

"Apa yang bising sangat ni, huh?"sampuk D'ato Shah yang baru sahaja tiba dibilik anak perempuannya. Aminah dan Aisya dipandangnya silih berganti, menantikan salah seorang untuk menceritakan apa yang telah berlaku beberapa minit yang lalu.Malah mereka hanya mendiam.kedua belah tangan Aisya memeluk tubuh, memandang Aminah dengan pandangan atas,bawah.

D'ato Shah menggeleng kepala. Anak matanya beralih memandang Aisya yang masih lagi tercegat ditempat yang sama.Dia pasti semua ini berpunca daripada anaknya terlebih dahulu.

"kamu ni kenapa Aisya? Papa tunggu kamu dalam kereta hampir sejam tahu semata-mata nak tunggu kamu bersiap.Papa tahulah kamu bos disitu, tapi tak semestinya kamu bos ,kamu boleh buat ikut suka hati sahaja nak lambat ke cepat."

Aisya mencebik. "Alaa...pa,Aisya tinggal nak pakai sikit sahaja lagi ni. Aminah ni ha yang kacau,Aisya sebab itu Aisya lambat..."rungut Aisya,manja.

D'ato Shah tetap menggeleng. Dah muak dengar alasan yang sama setiap pagi. "apa lagi yang tak kena dengan kamu ni,huh? Kata tak suka lelaki kacau, tapi kalau begini pemakaian kamu lelaki mana sahaja yang tak tertarik? Kamu jangan salahkan lelaki jika mereka ganggu kamu lagi."

"ish,apa papa ni? tak baik doa lelaki kacau anak papa ni tau!"

"papa cuma cakap benda yang betul. Kamu ingat lelaki zaman sekarang boleh tahan ke tengok kamu yang berpakaian macam ni? Papa suruh kamu pakai tudung,kamu tak nak! Seribu satu alasan kamu bagi. Nanti kalau dekat neraka nanti, cubalah jawab benda yang sama!" sindir D'ato Shah.

Aisya menggigit bibir.Papa ni kalau bagi ayat sentap kalah ustaz! Omelnya tidak puas hati. Aminah disitu hanya mampu menahan tawa. Itulah, orang bagi nasihat tak nak dengar...kan dah dapat ceramah free.

"Sudah! Ambil beg, selepas itu terus masuk ke dalam kereta.Papa nak kamu cepat, kalau tidak...papa buang segala alat solek molek yang kamu ada!" ugut D'ato Shah. Terbeliak biji mata Aisya mendengarnya. Kelam-kabut dia mengemas segala peralatan alat soleknya yang bersepah diatas meja,lalu dimasukkan ke dalam laci. Beg sandang gucci yang berada diatas katil dicapainya, cepat-cepat dia membuka langkah seribu berlari keluar daripada biliknya.

D,ato Shah menggeleng kepala. "Aisya...Aisya... jenis ikut perangai arwah mama dialah ni"

"tak apalah, dato.Aisya tu masih berjiwa muda. Biasalah kalau dia nak kelihatan cantik..."ujar Aminah.

"saya tak kisah kalau dia nak cantik, tapi masalahnya...dia terlampau over. Saya tak nak dia jadi macam arwah mama dia. Sedangkan diri kita ini adalah cerminan untuk jodoh kita.Saya takut kalau jodohnya nanti seorang maknyah. Mana saya nak letak muka saya nanti,Aminah? Elok saya pergi dulu sahaja kalau dapat menantu macam tu..."ujar D'ato Shah, pasrah. Kepala digelengnya menunduk memandang lantai.Aminah tertawa kecil mendengarnya.

"Dato ni ada-ada sajalah,"

Abang Bodyguard Nakal!  (SUDAH TERBIT) Where stories live. Discover now