15

46.8K 2.2K 286
                                    

                  "Ehem! Kau... buat apa dekat atas pokok rambutan tu? Kalau nak rambutan kenapa tak cakap?"

"Si... Siapa cakap I nak rambutan? I selamatkan anak kucing itulah! Dia tersekat dekat atas pokok tadi. I dah tiada cara lain lagi selain panjat. Kalau I nak rambtutan sekalipun I boleh kutip tepi jalan." protes Aisya.

Dani mengangguk faham. Dia mengukir senyuman lebar saat memandang Aisya yang mengenakan baju kurung bercorak batik. Ini kali pertama dia melihat wanita itu berpakaian ayu seperti ini. Dia rasa seperti Aisya lebih cantik apabila memakai baju kurung. Nampak manis dan menggoda seperti wanita melayu terakhir. Ada baiknya juga mereka terkandas dikampung ini.

Kening Aisya bertaut pelik. Aneh pula cara mamat ni pandang aku dah kenapa? Terus Aisya menyilang kedua belah tangannya menutup dada.

"You kenapa huh pandang I macam tu?" soal Aisya, dingin.

Pantas Dani menggeleng kepala. "Tak pandang apa-apa."

"Heh, yalah tu! Habis you pandang I macam nak terkam tadi tu kenapa? You jangan berani ek, I report dekat Nek Tipah baru padan dengan muka you kena sunat lagi sekali! Gatal! Miang!"

"Eh? Sejak bila pula aku cuba nak terkam kau ni? Aku tak hamaklah nak buat kerja-kerja macam tu. Kau aje yang berangan!"

"I berangan? Untuk apa I nak berangan dengan orang macam you, huh? Macamlah I tak tahu yang you dah lama simpan niat untuk goda I, kan? Betul tak?"

Dani mencekak pinggang. Sejak bila pula aku nak goda minah ni? Perasan betul! Daripada aku ngorat dia, lebih baik aku mgorat mak cik jual petai dekat hujung kampung sana itu!

"Kau ni memang tak habis-habis nak berangankan? Entah bila masa pula aku nak dekat kau pun aku tidak tahu? Aku ini pun ada cita rasa tersendirilah. Aku ni suka yang bertudung, tutup aurat. Bukan baju singkat zaman batu macam kau!" sindir Dani, selamba.

Jatuh rahang Aisya mendengarnya. Zaman batu dia gelarkan aku?

"How dare you? This is style okay, bukan zaman batu!"

"Tak kisahlah style ke, fesyen ke... bagi aku kau tetap pakai baju zaman batu. Kalau aku tahu kau macam ni, aku biarkan sahaja kau jatuh patah riuk tadi. Biar sedar diri sikit!"

"You ni memang daripada mula suka cari fasal dengan I kan? Mentang-mentanglah I dekat kampung you sekarang ni, sesuka hati you sahaja nak kutuk I!"

"Heh, kalau dekat bandar pun aku beranilah. Sudahlah gemuk!"

"Gemuk?!"

Haih, ini sudah melebih! Bukan aku sahaja pantang dengan perkataan itu tetapi hampir semua perempuan benci apabila diejek 'gemuk'. Excuse me? Aku tiap-tiap hari amalkan diet seimbang tahu tak? Sesuka hati mulut dia sahaja cakap aku gemuk! Aku sumbat lemak dalam mulut dia baru tahu!

"Ish, you ni memang suka buat I panas tau! Kalau I tahu you perangai macam ini, dah lama I akan pecat you."

Abang Bodyguard Nakal!  (SUDAH TERBIT) Where stories live. Discover now