Ranking number one in romance!
⭐️[Pemenang tempat ketiga The King Of Romance 2019]
SUDAH TERBIT MENJADI BUKU ✔️
AISYA MAISARA. Perwatakan diva langsung tidak boleh dipisahkan dengan diri asalnya. Bagi Aisya, menjadi seorang yang berlagak sombong ada...
SYARIKAT AM Holding’s. Puteri terus meluru kearah kaunter pertanyaan. Sesekali beg tangan yang tergantung dibahunya dibetulkan sedikit.
PAP!
Dia menghentak kedua belah tangannya ke atas meja. Tersentak wanita itu dibuatnya. Dia lantas mendongak kepala memandang Puteri.
“Ya, Cik? Ada apa-apa yang boleh saya bantu?” soalnya bersuara lembut. Tertera ditanda namanya ialah Suraya. Puteri menjulingkan anak matanya ke atas. Kalau aku datang ke sini, tak lain tak bukan kerana minah diva itulah siapa lagi?
“Of course I need your help! Mana Dani? Bodyguard kepada bos gedik kau tu? Takkan pergi outstation sampai lama macam ni?” soal Puteri, dingin. Mana tidak dinginnya? Satu panggilannya malam semalam langsung tidak dijawab. Entah apa perempuan tu hasut dia sampai tidak menjawab satu pun panggilan daripada aku! Kalau sibuk pun beritahu sajalah, bukan diam dan terus membisu sampai sekarang!
“Sabar, Cik. Rasaya baru tiga hari mereka ke sana.”
“Sebab itulah aku tanya kau Cik Suraya. For your information, Dani Iskandar itu tunang aku! Dan aku dah hubungi dia hampir lima kali, kau tahu tak? Tapi satu panggilan pun dia tidak angkat! Tidak lain tidak bukan, ini mesti bos kau punya kerja!” tuduh Puteri secara melulu.
Suraya bangun daripada tempatnya. Selama dia bekerja disini, Cik Aisya sekali pun tidak pernah menganggu jadual sesiapa. Setakat nak hubungi seseorang dalam masa 10 minit rasanya tiada masalah. Jadi tidak mungkin bosnya akan melakukan kerja itu.
“Cik tak boleh salahkan Cik Aisya dalam hal ini. Tugas sebagai pengawal sememangnya sibuk. Mungkin itu puncanya dia tidak menjawab panggilan daripada Cik.” ujar Suraya.
Puteri tersenyum sinis.
“Sibuk sampai tak angkat call huh? Hei, Dani itu sekali pun tidak pernah tolak panggilan daripada aku. Sejak dia berkerja dengan bos kau, waktu dia sedikit pun tiada untuk aku. Nampak sangat bos kau tu tengah kawal jadual Dani. Aku tak kira, aku nak alamat mereka sekarang juga!”
“Tak boleh, Cik. Dato’ Shah sudah arahkan saya supaya tidak memberikan alamat ini pada sesiapa.”
“Peduli apa aku dengan Dato’ tu? Aku tak kira, aku nak juga alamat tu! Kalau tidak… aku sendiri akan masuk bilik bos kau dan cari alamat tu sampai jumpa. Tidak pun aku akan lingkupkan syarikat bos kau ni. Kau ingat aku tak boleh buat huh? Kau belum kenal lagi aku siapa tau!” ugut Puteri.
Pantas Suraya menggeleng. Kalau apa-apa terjadi pada syarikat ini tak fasal-fasal dia juga yang harus menanggung. Tidak mahu tidak, dia terpaksa juga mengalah. Keluhan kecil dilepaskan perlahan.
“Ja… Jangan, Cik.”
“Habis tu tunggu apa lagi? Bagilah aku alamat itu, cepat!”
“Baik, Cik.” Suraya menurut. Kelam-kabut Suraya mencari pen dan kertas di atas mejanya. Dia terus menulis alamat rumah anak yatim itu lalu diserahkan kepada Puteri. Puteri mengambilnya dengan kasar. Dia tersenyum menyenget memandang alamat itu.
“Rumah anak yatim? Heh, nak tunjuk baiklah tu kononnya. Just wait and see cik Aisya Maisara, aku akan tunjukkan kebahagiaan aku dengan Dani di hadapan kau. Biar padan dengan muka tebal make up kau tu!” gumam Puteri, geram.
KANAK-kanak di situ berlari berkejar-kejaran disekitar rumah Kaseh Indah. Senyuman manis terukir dibibir Dato’ Shah. Walaupun mereka dibesarkan tanpa ibu bapa, kanak-kanak di sini kelihatan tetap gembira walau apa jua keadaan sekalipun. Sekilas dia menunduk memandang jam tangannya yang sudah menandakan pukul 1 petang. Dia kembali mendongak memandang kawasan sekeliling rumah itu mencari kereta Alphard milik anaknya masih belum tiba.
Keluhan kecil dilepaskan perlahan. “Ke mana pulalah si Aisya dengan Dani ini pergi? Takkan tiga hari pun belum cukup dating lagi? Nak kena betul budak dua ekor ni!” desis Dato’ Shah, perlahan.
“Papa!” jerit Aisya yang baru sahaja tiba. Lantas Dato’ Shah memusing ke belakang memandang wanita berbaju kurung kedah yang berlari anak mendapatkannya. Kening Dato’ Shah bertaut pelik. Aisya terus menunduk menyalam tangan orang tua itu.
“Assalamualaikum, papa. Sorry sebab Aisya dengan Dani lambat, kita orang singgah kedai beli buah tangan untuk anak-anak yatim tadi.” ujar Aisya setelah dia kembali mengangkat wajah memandang ayahnya. Dato Shah masih lagi berdiam diri. Daripada bawah hingga atas dipandangnya. Biar betul ini anak aku atau dia juga anak yatim dirumah kebajikan ini? Dato’ Shah mula kebingungan. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal buat seketika.
“Pa? Pa, kenapa diam sahaja ni?” soal Aisya, pelik.
“Ai… Aisya ke?”
“Laaa… sudah tentulah Aisya, takkan orang lain pula panggil papa, papa? Takkan anak sendiri pun tidak kenal? Baru tiga hari sahaja papa tak jumpa Aisya, bukan tiga tahun!” rungut Aisya.
“Bu…Bukan macam tu. Ta… Tapi… kenapa lain sangat sejak sesat ni?” “Lain apanya? Aisya pakai tudung sahaja bukannya salut bulu kambing atas kepala! Lagipun selama ni papa jugakan yang suruh Aisya pakai tudung? Bila dah pakai tak cam orang pula. Sengajalah tu nak ejek Aisya. Merajuk nanti baru tahu!” adu Aisya, dia mencebik bibir sambil berpeluk tubuh. Baru tukar penampilan sedikit sudah tidak kenal, belum aku tukar macam wanita idaman terakhir para lelaki lagi!
Dato’ shah pula tidak tahu ingin berkata apa, dia masih bingung dengan apa yang sudah mengubah anaknya menjadi lebih baik. Ini baru tiga hari dia duduk dengan Dani. Kalau sudah selama-lamanya aku rasa makin bertambah baik anak aku nanti! Ish, tak boleh jadi ni. Kena nikahkan mereka cepat-cepat! Omel Dato Shah di dalam hati.
SEBARANG TEMPAHAN BOLEH WHATSSAP SAYA DI 0132564195
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.