HAMPIR setengah jam mereka berjalan. Kereta Alphard milik Aisya pun sudah tidak kelihatan lagi. Kakinya juga mula terasa kebas. Sesekali dia mengetuk kasut tumit tingginya itu beberapa kali cuba untuk menyelesakan kakinya yang kini terasa pedih dibahagian jari. Tak sampai beberapa minit selepas itu kedengaran irama dangdut mula terpasang tidak jauh daripada kawasan itu. Dani dan Aisya saling berpandangan buat seketika. Pantas mereka melangkah mencari daripada mana irama itu dipasang.
Kelihatan ada sebuah warung yang masih lagi terbuka ditepi jalan. Kebanyakkan pelanggan yang singgah ke warung itu terdiri daripada orang-orang muda yang membonceng motorsikal Rxz mereka. Kawasan itu juga meriah dengan irama dangdut yang dinyanyikan oleh seorang gadis muda berpakaian baju kurung diatas pentas kecil itu. Kalau nak dibandingkan dengan warung kedai kopi biasa memang jauh beza. Malah warung ini bagi aku rare gitu!
"Tunggu sini kejap ya, Aisyah. Abang nak pergi tanya tuan punya kedai tu kalau dia boleh bantu kita." ucap Dani. Aisyah mengangguk kepala. Lantas tangan Aisyah dilepaskan, lalu dia mengatur langkah ingin menghampiri warung itu. Tak sampai beberapa langkah, tangan lelaki itu sudah ditarik oleh Aisya. Spontan dia kembali terdorong ke belakang. Pandangannya terus teralih kearah Aisya yang sedang menggeleng kepala. Kening Dani bertaut pelik.
"Dah kenapa kau ni?" soal Dani.
"You...You pasti ke itu warung? Selalunya kalau I tengok cerita hantu, itu bukan warung tapi... jin yang buka warung itu. Kita balik ajelah ek?" pujuk Aisya. Dahinya sudah berpeluh ketakutan. Risau jika apa yang mereka lihat ini hanyalah permainan mata. Lagipun sekarang dah pukul 12 malam, mustahil jika ada warung melayu yang masih buka. Kalau mamak itu lainlah cerita...
"Haih, kau jangan risaulah. Aku kan ada."
"Memanglah you ada tapi buatnya kalau you pengsan dulu macam mana? Tak ke mampus I nak berlari dengan kasut tumit tinggi I ni?"
"Itu kau punya fasallah... siapa suruh pakai kasut tinggi melangit macam tu."sinisnya, selamba.
Dalam detik macam ini pun dia masih lagi nak menyakat aku. Kalau aku tahu begini jadinya, aku akan tunggu sahaja dikereta. Tak adalah membazir tenaga aku berjalan daripada sana ke sini! Aisya menarik muncungnya ke hadapan, dan memeluk tubuh. Aisyah yang melihatnya tertawa kecil. Dia rasa wanita itu kelihatan comel apabila membuat mimik wajah begitu. Kalaulah dia jadi kakak ipar aku, hanya tuhan sahaja yang tahu betapa bahagianya hati ini.
"Kakak ni comellah. Kalau kawin dengan abang Aisyah mesti Aisyah akan dapat keluarga yang bahagia." sampuk Aisyah.
Aisya menjuling anak matanya keatas. Dia membongkokkan sedikit tubuhnya, menyamakan ketinggian mereka berdua. Bahu Aisyah disapanya. "Sorry Aisyah. I bukannya apa... orang macam abang you ni sesuai dengan perempuan ayu like jiran dia tu. Siapa ek nama dia? PT3? Puteri? Ah, lantaklah... yang I tahu, I lagi cantik! Lagi gorgeous, and meletopss daripada dia! Heh!" sinis Aisya.
Dia terus mengibas rambut panjangnya ke belakang, acah-acah seperti diva sebelum melangkah kearah warung itu. Dani hanya menggeleng kepala. Nasib baiklah aku hanya seorang pengawal pribadi, kalau tidak... dah lama aku wresling wanita itu!
"Aisya duduk situ dulu. Abang nak pergi tanya pak cik itu kejap ya." pinta Dani, dia menunding jari kearah kerusi plastik yang berada tidak jauh daripada disitu untuk Aisya melabuh punggung sementara dia ingin meminta tolong pada tuan empunya warung itu. Aisyah hanya mengangguk kepala, menurut. Dia pun melangkah kearah kerusi itu, lalu melabuh disitu. Kedua belah kakinya digoyangkan ke depan dan ke belakang, menghilangkan rasa lenguh dikakinya.
![](https://img.wattpad.com/cover/199810773-288-k352606.jpg)
YOU ARE READING
Abang Bodyguard Nakal! (SUDAH TERBIT)
RomanceRanking number one in romance! ⭐️[Pemenang tempat ketiga The King Of Romance 2019] SUDAH TERBIT MENJADI BUKU ✔️ AISYA MAISARA. Perwatakan diva langsung tidak boleh dipisahkan dengan diri asalnya. Bagi Aisya, menjadi seorang yang berlagak sombong ada...