DOKUMEN pengenalan diri diletakkan keatas meja setelah selasai dia membaca semuanya. Dato Shah mengangguk beberapa kali sebelum mendongak memandang Dani. Apa yang dia mahukan pada lelaki ini memang serba cukup, sesuai untuk dijadikan sebagai pengawal pribadi untuk anaknya. Dato Shah menghulurkan tangan kanannya, lambat-lambat Dani menyambut huluran itu. Senyuman lebar diukir Dato Shah. "selamat menjadi bodyguard untuk anak saya." ucap D'ato Shah.
Dani tersenyum gembira menampakkan giginya. Aisya pula sudah menjuling anak mata keatas. Menyampah pula aku dengan mamat ni. "terima kasih, Dato."
"sama-sama. Kalau awak ada nak tahu apa-apa fasal anak saya awak boleh sahaja hubungi saya. Tidak pun awak tanya sahaja dia terus. Manalah tahu mula-mula jadi bodyguard selepas itu jadi menantukan?"
"pa!" keras Aisya, memandang D'ato Shah yang tertawa kecil dibelahnya. Ada pula dia berkata begitu pada Dani. Hello? I am diva okay, kalau lelaki kaya seperti Randy I dah tolak, inikan pula mamat bodyguard ni? Alamatnya aku akan tolak dua kali ganda kau tahu!
Aisya menjeling.
"papa gurau ajelah... by the way, jangan ingat kamu dah ada bodyguard kamu boleh buli dia pula selepas ini. Ingat ya, dia perkerja bukan hamba. And lagi satu, mulai esok Aisya kena bangun awal. Jangan biarkan Dani tunggu Aisya lama sangat." pesan D'ato Shah.
"you mean Aisya kena pergi kerja dengan mamat ni?" soal Aisya menunding jari kearah Dani.. Dato Shah mengangguk kepala. Terlopong luas mulut Aisya dibuatnya, dia terus memandang Dani yang duduk berhadapan dengannya. Dani tersenyum nakal. Dia mengenyitkan sebelah matanya kearah Aisya. Aisya tergamam. Cepat-cepat dia berpaling memandang Dato Shah. Lain macam pula aku rasa sekarang.
"No, pa! You can't! papa tak kenal pun siapa mamat ni seratus peratus. Macam mana kalau nanti dia buat sesuatu yang tak elok pada anak papa ni? Papa tak risaukan Aisya ke?"
"Ehem! Ehem!"Dani Berdehem. Serentak pandangan Aisya dan D;ato Shah beralih kearahnya. Dia tersenyum nipis. "untuk pengetahuan awak Aisya..."
"Don't call me, Aisya! Panggil I Cik Aisya, atau pun Mrs,Aisya." cantas Aisya terlebih dahulu. Seperti biasa dia pantang dengan panggilan Aisya sahaja. Dani menghela nafas kecil, cuba untuk bersabar. Nasib baik ada Dato Shah sahaja, kalau tidak dah lama aku cepuk minah ini!
"I mean Cik Aisya yang cantik molek bagaikan ratu model hollywood. Saya bukan jenis lelaki yang Cik Aisya sangkakan. Saya seorang yang berpendirian tetap dengan seorang bos dan majikan. Jadi Cik Aisya tak perlu risau, saya takkan melakukan benda yang tidak senonoh pada Cik Aisya. Saya seorang yang bertanggung jawab." ujar Dani, penuh dengan gaya percakapan seperti seorang yang jujur dan amanah.
Dato Shah tersenyum. "see? Dia pilihan yang terbaik. Jadi Aisya tak perlu risau. Tak payah nak fikir bukan-bukan. Kalau dia ambil kesempatan sekalipun bukan salah dia, tapi kamu."
"pa! Sampai hati papakan?"
"heh, dah kalau pakaian kamu macam ni kamu ingat apa? Lainlah kalau kamu pakai macam anak dara melayu yang sebenarnya. Tak adalah orang nak ganggu sangat. Ini pakai pun macam baju orang asli." sindir Dato Shah.
Aisya merengus geram. Dia terus berpaling ke lain, dengan gaya memeluk tubuh. Gelak tawa Dani jelas kedengaran dihujung cuping telinganya. Terus dia memandang Dani dengan pandangan tidak puas hati. Pantas Dani mendiamkan diri, buat-buat seperti sedang serius. Tahu pula senyap mamat ni! Aku tumbuk karang apa pun tak dapat!
![](https://img.wattpad.com/cover/199810773-288-k352606.jpg)
YOU ARE READING
Abang Bodyguard Nakal! (SUDAH TERBIT)
RomanceRanking number one in romance! ⭐️[Pemenang tempat ketiga The King Of Romance 2019] SUDAH TERBIT MENJADI BUKU ✔️ AISYA MAISARA. Perwatakan diva langsung tidak boleh dipisahkan dengan diri asalnya. Bagi Aisya, menjadi seorang yang berlagak sombong ada...