Kunci Hati - 1

85.8K 1.8K 163
                                    

DENGAN langkah yang kurang semangat, dia menarik bagasinya keluar dari pintu ketibaan. Matanya liar mencari pintu keluar. Langkahnya terus diaturkan ke pintu keluar sebaik saja menjumpainya.

Kaca mata hitam RayBan yang bersangkut di wajahnya ditarik perlahan dan ditanggal. Selendang yang sedikit renyok kerana tiupan angin terus dibetulkan. Matanya memandang suasana di KLIA itu. Sudah banyak yang telah berubah terutamanya kemudahan.

Hampir dia terleka menikmati suasana yang terasa 'baru' itu ditambah lagi dengan cuaca yang lembap sepanjang tahun. Ternyata dirinya lebih selesa dengan cuaca di tanah air sendiri berbanding di negara empat musim. Itulah orang kata, hujan emas di negeri orang dan hujan batu di negeri sendiri.

Setelah itu, dia menarik bagasinya kembali menuju ke arah teksi.

"Cik nak ke mana?"

Belum sempat dia bertanya, pemandu teksi itu menegurnya terlebih dulu.

"Cyberjaya." jawabnya ringkas.

"Boleh."

Setelah bagasinya dimasukkan ke dalam bonet teksi, dia terus melangkah masuk ke dalam perut teksi. Sepanjang jalan menuju ke Cyberjaya, dia hanya membuang pandang ke luar tingkap. Melihat suasana bandaraya yang kian berubah.

"Cik ni dari mana?" tanya pemandu teksi itu. Cuba berbual dengan penumpang yang tampak leka itu.

"Saya?"

"Ya, pak cik nampak cik ni macam leka aje pandang ke luar. Apa yang menariknya?" tanya pemandu teksi itu.

"Malaysia dah banyak berubah. Tak sangka begitu cepat." jawabnya ringkas.

"Oh, begitu. Sekarang Malaysia memang dah banyak berubah. Bangunan tinggi-tinggi pun dah makin banyak. Taman tema pun makin dibina. Begitu juga dengan kemudahan sekarang, semakin banyak dan dinaik taraf."

"Oh."

"Cik dari mana?" tanya pemandu teksi itu sekali lagi.

"Dari sinilah."

"Bukan tu maksud pak cik.. kamu dari mana? Belajar di luar negara ke?"

"London."

"Oh, jauhnya. Belajar ke?"

"Ya."

Pemandu teksi itu hanya tersenyum sendiri apabila mendengar jawapan dari penumpangnya itu. Tampak dingin walaupun ringan mulut menjawab tetapi pendek-pendek.

"Sejuk perut ibu cik mengandung. Cik belajar hingga ke menara gading. Menuntut di negara orang pula tu, mesti ibu ayah cik bangga."

Diam.

"Anak pak cik pun rasanya sebaya dengan cik. Walaupun anak pak cik hanya sambung belajar di kolej swasta sebab universiti kerajaan tak lepas, pak cik tetap bangga sebab anak pak cik tu mempunyai semangat yang tinggi untuk ke menara gading. Tak putus asa." 

Diam lagi.

"Cik.. kita dah sampai." Maklum pemandu teksi itu sebaik saja tiba. Wajah tenang penumpangnya dipandang sekilas sebelum dia melangkah keluar.

Dia terus melangkah keluar. Tiga helai not RM100 dihulur kepada pemandu teksi separa abad itu.

"Banyak sangat ni, cik." Pemandu teksi itu terkejut dengan jumlah tambang yang diberi si penumpang.

"Saya ikhlas. Ambillah, buat beli makanan." ucapnya ikhlas.

"Ya Allah.. semoga Allah murahkan rezeki cik. Terima kasih banyak, cik.. terima kasih." ucap pemandu teksi itu berkali-kali. Bersyukur.

Kunci Hati (EBOOK)Where stories live. Discover now