DADA langit yang tampak mendung dan redup Dhafira pandang dengan perasaan berbaur. Ada rasa sedih, gembira, sayu dan pilu. Tasik hatinya seakan sama seperti langit malam ini yang redup tanpa cahaya dari bintang mahupun bulan seperti hari-hari sebelum ini.Lutut dirapat ke dada lalu dipeluk erat. Sejuk terkena hembusan bayu malam yang meniup lembut. Kedua belah lengannya diusap bagi menghangatkan diri walaupun tidak seberapa.
Helaan nafas dihela dengan rasa yang agak berat. Matanya masih tidak dikalih dari terus memandang ke arah dada langit yang hitam.
Di situ, Dhafira seakan ternampak dua wajah insan kesayangannya. Dua insan yang telah dijemput Ilahi. Dua insan yang telah membawanya ke dunia yang penuh pancaroba dan dugaan ini. Dua insan yang mencurahkan kasih dan sayang dengan begitu ikhlas dan tulus kepadanya namun, hanya sebentar cuma. Dua insan yang pada akhirnya pergi meninggalkan dia ketika usianya masih terlalu muda dan mentah untuk mengenal erti hidup sebenar.
' Daddy, ibu.. pertama kali Fira melepak macam ni, Fira rasa terlalu rindukan ibu dan daddy. Kenapa Fira rasa macam ni, ya? Tak pernah Fira rasa macam ni. Tapi, hari ni Fira rasa perasaan yang berbeza dari sebelum ni. Fira rasa sedih, pilu, sayu, sebak tapi dalam masa yang sama Fira rasa happy dan teruja. Bercampur baur sampai Fira sendiri tak mampu nak tafsir perasaan Fira ni macam mana?'
' Daddy, ibu.. minggu depan anak ibu dan daddy akan bertukar status. Fira akan kahwin dengan Hazzar, anak kawan daddy.. Dato Megat Muazzam tu. Mesti daddy masih ingat, kan. Kalau daddy dan ibu ditakdirkan masih hidup sampai ke saat ni, Fira rasa ibu dan daddy pasti gembira sebab anak ibu dan daddy ni akan berikan ibu dan daddy seorang menantu yang handsome.'
Dhafira tersenyum sendiri apabila dia memuji Hazzar dalam hati. Entah apa akan lelaki itu kata kalau dia memuji secara berdepan. Tetapi, memang betul. Hazzar mempunyai seraut wajah yang kacak dan sejuk mata memandang. Dia sebagai seorang perempuan yang normal dan mempunyai hati serta perasaan dengan ikhlas akan memuji kekacakkan lelaki itu.
' Tapi, betul ke keputusan Fira ni? Hazzar mengakui yang dia dah ada kekasih. Fira percaya pengakuan Hazzar tu sebab Fira pernah nampak Hazzar dengan seorang perempuan. Diorang nampak happy, ibu.. daddy. Tidakkah keputusan Fira dah menghancurkan kebahagiaan diorang? Betul kata Hazzar, Fira selfish!'
Dhafira hela nafas apabila mengenang kembali kata-kata Hazzar padanya. Dia rasa aneh. Dia rasa bersalah sebenarnya. Dia rasa berdosa.
' Ibu, daddy.. Fira takut sebenarnya. Fira dapat rasakan Hazzar takkan bahagia hidup dengan Fira. Fira rasa Fira dah buat satu keputusan yang paling silap dalam hidup Fira. Fira betul-betul pentingkan diri, ibu.. daddy. Fira rasa kalau Fira mampu undurkan masa, Fira nak tarik semula keputusan Fira dan Fira akan berikan jawapan 'Tidak' pada diorang.'
' Fira buntu. Keyakinan Fira hilang untuk teruskan perkahwinan ni. Fira dah terlanjur kata. Macam mana Fira nak batalkan semua ni? Kalau Fira batalkan, macam mana pula dengan Tan Sri dan Dato Megat? Diorang akan benci Fira ke? Maruah keluarga pula macam mana?'
' Ibu, daddy.. Fira tak sanggup lagi nak hadap kebencian orang pada Fira. Fira tak kuat lagi menahan kata-kata hinaan dari semua orang. Fira tak sanggup lagi dicerca dan dipinggir. Fira tak tahan. Fira stress. Fira benci diri Fira sendiri, ibu.. daddy. Fira benci sangat. Kenapa Fira jadi macam ni?'
Dhafira mula terasa sebak. Dadanya ditekan. Sakit dan perit apabila teringat kembali semua kata-kata hinaan dan cerca yang dilempar ke arahnya. Hatinya bukanlah kuat.
' Alangkah bahagianya hidup Fira kalau ibu dan daddy masih hidup. Fira tak perlu rasa macam ni. Fira tak perlu hadap dan dengar semua hinaan dan cercaan diorang. Fira tak perlu menumpang hidup dan kasih pada orang. Tapi, siapa Fira? Siapa Fira mahu menghalang takdir Allah SWT? Siapa Fira mahu mengubah takdir yang telah Allah SWT tuliskan buat Fira? Siapa Fira mahu menamatkan semua ni tanpa keizinan dari DIA?'
YOU ARE READING
Kunci Hati (EBOOK)
RomanceAreej Dhafira. Wanita muda yang bekerjaya. Tampak sempurna di pandangan mata manusia. Namun, tidak pada hati dan jiwanya. Kerana kisah hidupnya yang tak seindah rupa. Dicerca dihina itu perkara biasa. Disebalik semua terselit cebisan rahsia. Tapi, h...