PERLAHAN dan mendayu saja suara Dhafira mengalunkan surah yassin untuk di sedekahkan keatas pusara kedua ibubapanya. Perasaannya terasa sebak dan pilu. Sudah dua puluh tahun berlalu kedua ibubapanya dijemput Ilahi. Hidupnya sebatang kara sejak kepergian dua insan kesayangannya ini. Jiwa dan hidupnya terasa kosong dan sepi. Dia sudah hilang deria untuk bergelak ketawa. Dia sudah tidak mampu lagi mengukirkan senyuman riang.Buku yassin kembali ditutup lalu dikucup seusai dia membaca. Bunga-bunga yang dibawa ditabur ke atas pusara lalu air disiram. Dhafira memegang batu nisan yang tertulis nama ibunya.
' Ibu.. Ibu... Ibu.. Fira teringin nak panggil macam tu lagi. Ibu.. Fira dah tunaikan hasrat ibu dan daddy untuk membina rumah di kampung ni. Fira dah penuhi impian ibu dan daddy. Fira harap ibu dan daddy suka sebab Fira sendiri yang reka rumah kita. Fira! tak tahu bagaimana citarasa ibu dan daddy jadi Fira ikut citarasa Fira sendiri. Fira harap ibu dan daddy suka.'
' Daddy.. Fira pun teringin nak panggil daddy macam tu lagi. Daddy.. Fira happy sebab sekarang Fira dah tahu semuanya pasal ibu dan daddy. Kawan daddy yang ceritakan pada Fira. Sekarang Fira happy sangat sebab asal usul Fira jelas. Fira happy sebab ibu dan daddy adalah orang yang baik-baik. Fira lega.'
' Daddy.. kawan daddy, Dato Megat merisik Fira dan mahu kahwinkan Fira dengan anaknya, Hazzar tapi Hazzar tak suka. Daddy.. apa yang patut Fira lakukan? Fira buntu. Hazzar akan benci Fira kalau Fira terima risikan tu. Apa yang perlu Fira lakukan, daddy? Dah berbulan Fira tak beri jawapan pada Dato Megat. Fira buntu dan tersepit.'
' Ibu, daddy.. tahu tak Fira rindu sangat dengan ibu dan daddy. Fira rindukan pelukan ibu dan daddy. Fira rindu cerita-cerita daddy. Fira rindu pujukan daddy bila Fira merajuk. Fira rindu masakan ibu bila Fira teringin nak makan sesuatu. Fira rindu nak tidur atas riba ibu. Fira rindu dengan cerita dongeng ibu. Sungguh.. Fira rindu. Fira rindu kehidupan kita yang dulu, yang boleh buat Fira bahagia tanpa sebarang hinaan dan cercaan.'
' Fira terasa macam nak ikut ibu dan daddy tapi Fira tahu Allah SWT dah tuliskan perjalanan hidup Fira. Macam mana pun, Fira kena redha dengan ketentuan-Nya, kan. Ibu, daddy.. doakan kita ya, agar suatu hari nanti akan berjumpa di sana. Fira teringin nak jumpa ibu dan daddy. Fira rindu nak peluk ibu dan daddy. Fira rindu.'
' Sejak ibu dan daddy pergi, Fira dah tak happy. Fira selalu kena buli. Fira selalu kena hina dengan diorang. Fira nak nangis tapi Fira tak sanggup nak nangis di depan diorang. Sakit, ibu daddy.. sakit sangat hati Fira ni. Hati Fira ni lembut. Bukannya keras macam batu tapi kenapa diorang selalu hina Fira? Apa salah Fira? Fira sedih. Fira kecewa dan Fira rasa Fira macam anak patung yang bernyawa.'
Setitis airmata yang mengalir pantas Dhafira seka. Batu nisan itu diusap seakan dia sedang mengusap wajah ibu dan daddy. Dhafira ketap bibir menahan sebak di dada. Peritnya hanya Tuhan yang tahu.
' Ibu, daddy.. tak apalah. Fira minta diri dulu ya. Dah nak dekat tengahari ni. Kesian pula Dina kat rumah Fira tinggal dia seorang diri. InshaAllah, ada masa nanti Fira akan datang sini lagi.'
' Ibu, daddy.. Fira sayangkan ibu dan daddy. Jika dulu Fira tak sempat berkata begitu, sekarang Fira nak ucapkan Fira sayangkan ibu dan daddy sangat-sangat. Tempat ibu dan daddy di hati Fira tiada gantinya walaupun Tan Sri Basir menjadi bapa angkat Fira. Fira panggil dia daddy sebab Fira hormatkan dia. Daddy jangan salah faham ya.'
' Fira balik dulu ya, ibu daddy. Nanti kita jumpa lagi. Assalamualaikum.'
Dhafira meraup wajah. Dia cuba tenangkan hati semula. Nafasnya dihela perlahan. Hatinya terasa sedikit tenang selepas meluahkan segalanya walaupun dia tahu ibu dan daddy takkan membalas. Lagipun dia hanya bercakap dalam hati. Dia yakin Allah SWT mendengar.
YOU ARE READING
Kunci Hati (EBOOK)
RomanceAreej Dhafira. Wanita muda yang bekerjaya. Tampak sempurna di pandangan mata manusia. Namun, tidak pada hati dan jiwanya. Kerana kisah hidupnya yang tak seindah rupa. Dicerca dihina itu perkara biasa. Disebalik semua terselit cebisan rahsia. Tapi, h...