Kunci Hati - 8

26.2K 1.1K 66
                                    

"HUSNA.. bos kau dah masuk ke belum?" tanya Shira.

"Belum lagi. Kenapa?" tanya Husna pula. Jam di tangan dipandang sekilas. Lambat setengah jam berbanding hari biasa.

"Selalunya pukul berapa Cik Areej masuk?" tanya Shira lagi.

"Selalunya dah masuk time ni. Maybe hari ni lewat sikit kut."

Shira angguk faham.

"Kenapa kau cari Cik Areej?" tanya Husna apabila Shira masih bertenggek di tepi mejanya.

"Encik Hadi nak jumpa Cik Areej. Tu sebab aku panggil dia."

"Bukan ke selalu Encik Hadi call Cik Areej? Kenapa hari ni kau yang kena panggil Cik Areej pula?" Husna diserbu rasa hairan. Selalunya bos besar mereka itu hanya memanggil Dhafira melalui panggilan telefon saja.

"Encik Hadi suruh aku bergosip pasal Cik Areej." Shira tersengih sambil terus bertenggek di atas meja Husna.

"Apa pasal pula suruh kau bergosip pasal Cik Areej? Apa yang hot issue?" soal Husna ingin tahu.

"Tak adalah sampai hot issue. Cuma aku nak tahu Cik Areej tu memang tak pernah senyum ke?"

"Kau tanya Husna buat apa, Shira? Aku rasa semua orang kat ofis ni tahulah yang Cik Areej tu sememangnya tak murah dengan senyuman. Jangan kata senyum, tegur kita pun tak.. bila tegur dia just angguk kepala dan terus blah macam tu aje. Kadangkala aku tak puas hati betullah dengan reaksi dia tu. Macam orang tak ada perasaan. Sombong dengan kedudukan dia tu." Izzati yang mencuri dengar topik bual Husna dan Shira mula menyampuk. Dia terus bangun dan mendekati meja Husna. Nak bergosip sama.

"Zati.. yang kau kutuk tu bos kita tau. Biarlah dia nak sombong ke apa ke dengan kedudukan dia tu. Senyum, tak senyum tu bukan urusan kita." ujar Husna.

"Cop! Salah tu, Zati. Aku dengar dari Encik Hadi yang Cik Areej tu tak pernah senyum dari kecil. Bukan kata senyum aje tak pernah, ketawa dan marah pun tak pernah sebab Cik Areej tu sebenarnya pendiam. Kalau bercakap pun ala kadar aje. Maybe cakap benda yang dia rasa penting kut. Yang tak penting tu dia takkan jawab atau abaikan aje." Shira mula masuk.

"Kau biar betul, Shira? Takkanlah Cik Areej tu tak pernah senyum, marah dan ketawa sejak kecil? Dia tu manusia ke patung? Takkanlah Cik Areej langsung tak ada perasaan macam kita semua. Orang pendiam pun takkanlah pendiam sebegitu teruk macam Cik Areej. Tu dah tahap kronik tu. Patut jumpa doktor." Zana turut menyampuk perbualan itu.

"Betul, Zana.. Encik Hadi beritahu aku sendiri tadi. Takkanlah Encik Hadi tu nak tipu pula. Kan Encik Hadi dah kenal lama dengan Cik Areej." Shira cuba membela walaupun dia tidak tahu samada benar atau salah.

"Shira.. Encik Hadi tu kan ada kena mengena dengan Cik Areej. Mestilah Encik Hadi cakap yang baik-baik aje pasal Cik Areej. Takkanlah dia nak beritahu hal sebenar pada kita. Mesti Encik Hadi risau kita takut pada Cik Areej kalau dia beritahu Cik Areej tu sebenarnya panas baran ke apa ke." Zati kembali menyampuk.

"Tak mungkinlah. Sepanjang aku kerja dengan Cik Areej tak pernah marah-marah atau naik angin kalau aku tak siap kerja atau lambat hantar laporan. Cik Areej bagi aku masa untuk siapkan atau dia sendiri yang siapkan. Bila cakap lembut aje macam muka dia yang lembut tu. Cuma dia tak banyak cakap aje." Husna membela.

"Husna, kau baru bekerja dengan dia sebulan belum lagi setahun. Kalau dah setahun gamaknya dia maki hamun sebab tak siapkan kerja dan lambat. Ni baru sebulan bolehlah dia bersabar dan lembut. Kalau tak percaya kau tengoklah tiga empat bulan lagi. Aku confirm, dia akan tunjuk sikap garang dia macam Cik Rana. Panas, cepat melenting dan cerewat macam Cik Rana." ujar Zana dengan yakin.

Kunci Hati (EBOOK)Where stories live. Discover now