Kunci Hati - 12

25.6K 1.1K 63
                                    


DERETAN  bangunan yang dicat dan dilukis cantik itu membuat Dhafira kagum dengan hasil tangan seni manusia. Kreatif. Kalau dia disuruh melukis belum tentu secantik itu malah langsung tidak layak dipamerkan seperti itu kerana dia bukanlah seorang yang bertangan seni.

Kerlipan dan cahaya lampu malam dari sisi sungai Melaka menambah lagi kecantikan di sungai itu. Ditambah lagi dengan ramai orang yang sedang melepak di kedai dan berjalan di penjalan kaki di atas, begitu menghidupkan suasana malam minggu di sungai Melaka.

Sesekali dia mengusap lengan sendiri. Sejuk dengan hembusan angin malam yang sepoi-sepoi bahasa. Apatah lagi dengan bot yang menyusuri sungai Melaka itu, bertambahlah angin yang menyapa ke tubuh kurus tinggi Dhafira.

"Fira.. " Irdina yang duduk di bersebelahan Dhafira menegur.

Dhafira menoleh. Keningnya diangkat, tanda bertanya.

"Kau ni mengelamun ke? Senyap aje sejak naik bot ni." Irdina perasan sikap Dhafira hari ini tidak seperti sebelum ini. Dhafira lebih banyak mendiamkan diri berbanding bercakap walaupun teman baiknya itu memang pendiam.

"Tak adalah. Aku tengah tengok bangunan-bangunan tu, cantik diorang hias. Dengan cahaya lampu lagi.. lagi-lagi bertambah cantik. Seni lukisan yang dilukis tu cantik." jawab Dhafira tanpa dipinta.

Spontan kening Irdina terangkat. Aik, banyak pula Dhafira beri dia jawapan. Tanya sikit saja.

"Tajam juga eh mata kau boleh hayati lukisan-lukisan tu waktu malam ni?" Bukan Irdina mahu memerli tapi penglihatan Dhafira boleh tahan. Dia pun hanya nampak samar-samar saja.

"Perli?" Dhafira tepuk paha Irdina perlahan. 

"Tak. Tapi, kagum."

Dhafira mengecil mata memandang Irdina. Tak percaya.

"Betullah. Kau ni jenis menghayati setiap lukisan. Bukan nampak dengan jelas pun semua lukisan tu."

Dhafira angguk. Percaya sajalah.

"Lepas ni kita nak pergi mana?" tanya Dhafira kembali merancana perjalanan mereka sebelum pulang ke hotel.

"Makan. Laparlah." Irdina tersengih.

"Makan aje kerja kau." cebik Dhafira.

"Bukan selalu."

Turun dari bot, mereka terus menuju ke kafe yang terletak dihadapan sungai Melaka itu.

"Fira, kau tunggu kejap eh. Aku nak pergi toiletlah." ujar Irdina setelah memesan makanan.

"Okay. Cepat sikit."

Sambil menunggu Irdina, fikirannya mula melayang semula. Perasaan ingin tahunya semakin membuak-buak. Rasanya dah cukup hampir dua puluh tahun dia menyimpan perasaan ingin tahunya ini.

Sudah tiba masanya dia tahu hubungan Tan Sri Basir dengan kedua arwah ibu bapanya. Dia mahu tahu mengapa Tan Sri Basir begitu melindungi dan sering mempertahankan dirinya. Dia yakin segala yang dilakukan Tan Sri Basir adalah ada sebabnya.

Sedang dia leka melayan perasaan, tiba-tiba satu suara menegurnya. Pantas dia mendongak. Seketika dia terpaku.

"Hai, Cik Areej." sapa Farid mesra sambil melemparkan senyuman manis.

"Err.. hai!" Dhafira pantas membalas. Seketika suasana disekelilingnya dipandang seakan mencari sesuatu.

"Cari apa?" Pantas Farid bertanya apabila melihat tingkah aneh wanita muda itu.

"Tak ada apa-apa." Dhafira tersenyum nipis. Kekok.

"Boleh saya duduk?" tanya Farid cuba bermesra walaupun dia sendiri tidak berasa yakin.

Kunci Hati (EBOOK)Where stories live. Discover now