SAMBIL menunggu Hadi, Dhafira duduk di lobi sambil membaca surat khabar. Selama seminggu ini dia terpaksa menumpangi Hadi pergi dan pulang kerja kerana Tan Sri Basir tidak mengizinkan dia menaiki teksi lagi. Jadi terpaksalah dia menunggu Hadi setelah lelaki itu habis kerja."Maaf, Cik Areej."
Dhafira terus mengalihkan pandangan dari surat khabar apabila dia ditegur.
"Ya?"
"Maaf kalau saya dah ganggu masa Cik Areej."
"Tak apa." ujar Dhafira mendatar.
"Err.. Cik Areej masih ingat pada saya lagi?"
Dahi Dhafira terus berkerut. Wajah pemuda itu dipandang buat seketika. Macam pernah nampak tapi tak tahu di mana.
"Awak?"
"Ya, saya." Angguk pemuda itu.
"Rasanya awak ni ketua bahagian pemasaran." ujar Dhafira.
"Ya, betul.. saya ketua bahagian pemasaran tapi sebelum tu kita pernah berjumpa. Cik Areej ingat tak Cik Areej pernah terlanggar saya masa di shopping mall lebih kurang tiga minggu lepas." ujar Hafiz.
Makin berkerut dahi Dhafira. Dia cuba memerah otak mengingat wajah lelaki di hadapannya kini.
"Boleh saya duduk, Cik Areej?" pinta Hafiz sedikit teragak-agak.
"Silakan." ujar Dhafira. Surat khabar tadi terus dilipat lalu diriba. Sekilas wajah lelaki itu dipandangnya.
"Kalau Cik Areej tak ingat, nama saya Hafiz." Bersungguh-sungguh Hafiz mahu atasanya itu ingat.
Dhafira angguk. Dia sudah ingat. Wajah Hafiz dipandang sekali lagi. Ya, betul. Lelaki ini adalah lelaki yang sama yang pernah dia langgar.
"Oh, maaf.. saya baru teringat."
"Err.. tak apa. Asalkan Cik Areej ingat." ujar Hafiz mula terasa gementar.
Dhafira pula terasa kekok. Sesekali dia menoleh ke arah lif VIP. Menunggu Hadi yang belum kunjung tiba.
"Err.. cik tunggu Encik Hadi ke?" soal Hafiz walaupun dia sudah tahu setiap hari Cik Areej menunggu Encik Hadi.
"Yup." Dhafira angguk.
"Tak sangka saya dapat jumpa cik semula. Terasa kecil pula dunia ni. Sekarang kita dah bekerja di syarikat yang sama. Yang lebih tak sangka cik adalah atasan saya." Luah Hafiz.
"Oh, saya pun." jawab Dhafira ringkas. Dalam hati dia berdoa Hadi datang dengan cepat.
Buat seketika Hafiz memandang Cik Areej. Selepas sehari Cik Areej bekerja di sini, Teguh Holdings sudah heboh dengan kecantikan wajah Cik Areej yang berwajah pan-Asia. Sentiasa tampak tenang namun, diri itu sebenarnya sangat dingin. Sekali pun segaris senyuman tidak pernah terukir di wajah lembut itu.
"Cik Areej tak selesa dengan saya ke?" tanya Hafiz. Dia tahu tarafnya dengan Cik Areej jauh berbeza. Cik Areej adalah orang yang ada kedudukan sedangkan dia tiada apa-apa. Tapi, baginya kedudukan tidak memberi apa-apa erti jika hati sudah mula menyukai.
"Tak adalah. Cuma tak biasa." jawab Dhafira seadanya.
"Kalau saya dah buat Cik Areej tak selesa, saya minta maaflah. Bukan maksud saya nak buat Cik Areej tak selesa cuma saya nak berkenalan dengan Cik Areej dengan lebih rapat lagi "
Dhafira sedikit tersentak dengan bicara jujur Hafiz.
"Saya.. "
Belum sempat Hafiz menyambung kata, suara Hadi sudah kedengaran menegur Dhafira.
YOU ARE READING
Kunci Hati (EBOOK)
RomanceAreej Dhafira. Wanita muda yang bekerjaya. Tampak sempurna di pandangan mata manusia. Namun, tidak pada hati dan jiwanya. Kerana kisah hidupnya yang tak seindah rupa. Dicerca dihina itu perkara biasa. Disebalik semua terselit cebisan rahsia. Tapi, h...