Kunci Hati - 2

36.7K 1.5K 56
                                    


"HABIS makan malam ni nanti, daddy nak semua berkumpul di ruang keluarga. Ada benda yang daddy nak bincangkan." ujar Tan Sri Basir ketika mereka semua sedang menikmati makan malam.

"Hal apa, daddy?" tanya Hadi.

"Makan dulu, nanti daddy akan beritahu." ujar Tan Sri Basir seraya menyambung kembali makannya.

"Entah-entah daddy nak bincangkan pasal si tak guna ni tak?" Rana menduga lalu memandang daddy

Pandangan Tan Sri Basir terus dihala ke arah Rana.

"Rana.. makan dulu."

Rana mendengus perlahan seraya menyambung kembali suapannya.

Dhafira hanya mampu menunduk dan diam. Selepas makan malam, seperti arahan Tan Sri Basir mereka semua berkumpul di ruangan keluarga. Dhafira hanya duduk bersendirian di sofa kembar dua sementara Rana dan Hadi duduk bersama Puan Sri Alma di sofa kembar tiga.

"Apa yang daddy nak bincangkan? Rasanya semuanya dah ada." tanya Hadi tanpa melengahkan masa.

Buat seketika Tan Sri Basir memandang anak-anak dan isterinya. Semuanya kelihatan sudah bersedia.

"Daddy dah putuskan jawatan Dhafira dalam Teguh Holdings iaitu COO. Jadi.." Belum sempat Tan Sri Basir menghabiskan ayatnya, Rana sudah mencantas.

"What?! COO?" Rana tergamam. Matanya terpaku pada wajah daddy disebabkan rasa terkejut.

Puan Sri Alma dan Hadi juga terkejut. Dan Dhafira tidak terkecuali.

"Daddy dah gila ke letak orang luar sebagai COO?" Bangkang Hadi jelas-jelas tidak suka dengan keputusan itu.

 "Abang ni dah kenapa? COO tu selayaknya untuk Rana bukannya dia." Puan Sri Alma turut membantah.

Dhafira hanya diam. Tidak mampu dia bersuara. Suasana sekarang tampak tegang dan panas.

"Keputusan daddy muktamad." tegas Tan Sri Basir.

"Daddy!" Hadi dan Rana terkejut lagi. Tajam renungan Rana pada Dhafira. Meluat dan marah. 

Tan Sri Basir hanya beriak tenang. Wajah Hadi dipandang.

"Hadi.. daddy nak kamu memperkenalkan Dhafira kepada semua staf syarikat minggu depan sebagai COO Teguh Holdings. Kalau daddy dapat tahu kamu tak perkenalkan Dhafira, mungkin jawatan kamu daddy tarik dan diberikan kepada Dhafira." ujar Tan Sri Basir. Tegas!

Hadi terlopong. Duduknya terus tegak mengadap daddy.

"Sanggup daddy buat macam ni pada anak daddy sendiri disebabkan si tak guna ni? Sepatutnya Rana yang jadi COO bukannya si tak guna ni. Kenapa bukannya Rana, daddy? Apa yang lebihnya dia berbanding anak daddy ni?" Rana terus mempersoalkan keputusan bapanya. Dadanya berombak kasar. Panas hati.

Puan Sri Alma hanya mampu menggeleng kepala. Wajah tenang Dhafira dipandang sinis. Pura-pura baik.

"Nampaknya abang lebih beratkan anak pungut abang ni berbanding anak abang sendiri sehingga abang berikan dia jawatan sebesar tu dalam Teguh Holdings. Semudah tu kan abang beri kepada orang luar yang tak ada kena mengena dengan keluarga kita, yang sekadar anak pungut!" Puan Sri Alma mula mencelah.

Dhafira telan liur. Dia ingat selepas tujuh tahun dia tidak akan mendengar lagi kata-kata itu tetapi ternyata sangkaannya meleset. Tiada apa yang berubah melainkan masa yang kian berubah.

"Siapa cakap Dhafira anak pungut dan si tak guna? Dhafira anak daddy. Walau apa pun yang terjadi Dhafira anak daddy sampai daddy mati sekali pun. Kalau kamu persoalkan mengapa daddy letak Dhafira sebagai COO jawapannya adalah Dhafira sememangnya layak untuk jawatan sebesar tu. Kalau ikut kehendak hati daddy nak letak Dhafira sebagai CEO." tegas Tan Sri Basir lagi.

Kunci Hati (EBOOK)Where stories live. Discover now