Kunci Hati - 18

23.4K 1K 47
                                    

SETELAH hampir tiga jam mereka bermesyuarat,  akhirnya selesai. Sepanjang mesyuarat, Dhafira benar-benar tidak selesa. Hazzar kerap memandang ke arahnya. Tanpa membuang masa, Dhafira mengemas fail-failnya dan melangkah keluar dari bilik mesyuarat itu.

Ketika dia menuju ke lif, telinganya menangkapnya laungan dari belakang. Dia terus mengeluh. Butang lif terus ditekan dan menunggu.

" Kejap, Areej.. Dhafira." Hazzar yang sedikit mengah mengejar langkah Dhafira yang pantas.

Ting!

Pintu lif terbuka dan Dhafira terus melangkah masuk. Begitu juga Hazzar yang mengekori langkahnya.

" Kenapa awak cuba mengelak dari saya?" Soal Hazzar serius.

" Bila masa saya mengelak?" Soal Dhafira tanpa memandang Hazzar.

" Jangan pura-pura tak tahu, Dhafira." Ujar Hazzar. Tiada lagi panggilan Areej sebaliknya sudah bertukar kepada Dhafira kerana dia tahu Dhafira lebih selesa mengguna nama kedua berbanding pertama.

" Buat apa saya nak mengelak?" Soal Dhafira lagi. Dia cuba tenangkan diri walaupun hakikatnya hatinya tidak mampu ditenangkan saat ini. Dia rasa sesak nafas disebabkan terpaksa berkongsi lif yang sama dengan Hazzar.

" Maybe awak tahu kenapa saya panggil awak tadi." Ujar Hazzar tetap memandang ke arah Dhafira walaupun wanita itu sedikit pun tidak memandang ke arahnya.

" Tahu apa?" Dengan sedikit teragak-agak Dhafira menoleh. Liurnya terus ditelan apabila melihat pandangan Hazzar terarah kepadanya lebih awal.

" Jangan nafikan something yang awak dah tahu." Ucap Hazzar masih lagi serius.

Mulut Dhafira terus terkunci. Dia kembali memandang ke hadapan. Nafasnya ditarik dalam-dalam lalu dihembus perlahan-lahan. Sesak!

" So?"

" Saya rasa kita perlu berbincang. Ni bukan perkara main-main."

Dhafira pejam mata seketika. Degup jantungnya yang sedang berdenyut saat ini mengalahkan denyut jantungnya ketika berlawan badminton dengan Irdina. Sesak dan sukar untuk bernafas.

" Okay."

" Kalau macam tu, jom kita keluar minum. Better kita discuss kat luar berbanding kat sini." Ajak Hazzar tanpa membuang masa lagi.

Dhafira terus memandang jam Rolex di tangannya. 11.30 pagi.

" Sorry, saya busy waktu ni."

" Sekejap aje."

" Sorry." Ucap Dhafira lagi.

Hazzar berdecit kecil. Lebih sayangkan masa daripada berbincang pasal mereka. Hazzar mengomel dalam hati.

" Alright. Lunch nanti."

" Okay, lunch. Kat mana?"

" HH Cafe."

Dhafira angguk seraya melangkah keluar sebaik saja pintu lif terbuka. Langkahnya terus dibawa ke bilik pejabatnya. Nafas lega dihela sambil dia meraup wajah. Peluh!

" Ya Allah.. kenapa aku rasa macam ni? Sesaknya!" Dhafira pejam mata sambil bersandar lesu. Serabut!

Matanya kembali dibuka dan terus duduk tegak. Fail di hadapan terus dibuka. Dia tidak akan membiarkan dirinya hanyut dengan perasaan sendiri. Kerja tetap kerja. Dia takkan mencampur adukkan masalah peribadi dengan kerja. Tanpa membuang masa, dia terus fokus.

Tepat angka 12.30 tengahari, mejanya dikemas. Fail yang telah dia semak disusun berasingan dari yang belum disemaknya. Beg tangan di dalam laci dicapai seraya melangkah keluar.

Kunci Hati (EBOOK)Where stories live. Discover now