12. The Salt in Our Wounds

349 38 3
                                    

Jeritan dan lolongan bergema memilukan suasana. Bunyi rantai besi bergerincing kasar menghentam apa sahaja. Tom bersandar di dinding, melurut terduduk di atas lantai. Bahunya terhenjut menahan tangisan yang membuak di dada. Ayah mana sanggup melihat anaknya menderita. Hendrick dan yang lain-lain hanya mampu diam membisu. Masing-masing berwajah muram seakan hilangnya mentari di dunia ini.

"Tom."

Perlahan-lahan dia mengangkat wajah, memandang sesusuk tubuh yang cukup dirindui selama ini.

"Seroja..." bagai anak kecil yang mengadu kesedihan, dia teresak di situ, tidak mampu untuk berdiri. Seroja mampir, melutut di hadapan Tom. Teragak-agak menarik lelaki itu ke dalam pelukannya, suami yang dirindui tanpa henti. Pecah tangisan Tom di bahunya.

Anna yang baru keluar dari bilik melempar senyum lemah pada Seroja. Ada darah di hujung bibirnya.

"Tak ada apa yang serius pun. Anna tersalah langkah dan terjatuh. Lisa dah tenang lepas diberi ubat tadi," balas Anna, tidak mahu suasana bertambah tegang apabila Hendrick memandang serius padanya biarpun sebenarnya Lisa menolak dia sehingga tercampak mengenai kekisi tingkap.

Malam itu mereka berkumpul di ruang tamu, berbincang tentang langkah seterusnya. Lisa semakin teruk. Bekalan ubat sedatif dan ubat penenang yang lain sudah dijarakkan waktu pengambilan serta dikurangkan dos kerana badannya tidak mampu menampung semua itu. Dia semakin kerap muntah malah seakan sudah ketagihan.

Dan risikonya ialah dia tidak lagi boleh mengawal dirinya sendiri saat kesan ubat hilang. Wajahnya yang manis kini dihiasi urat kebiruan yang menjalar jelas bersama mata yang merah. Kedua tangan dan kakinya dibelenggu dengan rantai besi.

Perbincangan mereka seakan tidak membawa ke mana melainkan jalan buntu.

"Aku tak kuat untuk lihat dia menderita begini. Tapi... aku tak sanggup lihat dia mati di depan mata sendiri," Tom bersuara lirih. Gambar Lisa renyuk digenggam. Wajah Seroja yang setia di sisi dipandang sayu.

"Maaf. Saya gagal jaga anak kita..."

Seroja membisu. Sedikit pun dia tidak menyalahkan Tom namun dia tidak mampu membalas kata. Hatinya remuk redam.

"Awak boleh jumpa dia sekarang kalau awak sedia," beritahu Anna pada Seroja.

Seroja menunduk seketika. Dia mesti kuat. Tidak mahu menangis di hadapan Lisa.

Saat pintu dibuka, air mata spontan memenuhi tebing kelopak mata melihat Lisa berbaring mengiring memeluk tubuh dengan rantai besi yang membelenggu diri. Hampir-hampir dia tidak mengenali Lisa kerana wajahnya sudah berubah sejak kali terakhir mereka berjumpa 2 bulan yang lalu.

Perlahan-lahan dia mengambil tempat di sisi Lisa. Kepala dilabuhkan pada bantal yang sama dibaring Lisa. Hujung jemarinya menyentuh pipi Lisa yang cengkung. Nafasnya lemah berhembus.

"Ibu?" Entah bila Lisa membuka mata. Mereka berpandangan dan berbalas senyum yang pudar. Lisa menolak tangan Seroja yang mengelus rambutnya.

"Ibu tak boleh dekat dengan Lisa..." lemah dia berkata. Merasa terasing, terpinggir.

"Ibu rindu..." dua patah perkataan dan Seroja kalah dengan air mata yang diombak pilu. Tubuh Lisa ditarik ke dalam pelukan. Angan-angan ingin menghabiskan usia akhir bersama puteri tunggalnya itu kini semakin jauh.

Lisa memejamkan mata. Merasa kehangatan kasih seorang ibu. Tidak disangka begini akhirnya pertemuan mereka.

"Ibu kena tolong Lisa... untuk tamatkan semua ni," Lisa bersuara lirih.

Seroja mengeratkan pelukan.

"Ibu kena pujuk ayah untuk biarkan Lisa mati sbelum Lisa..." Lisa mengetap bibir. "...bunuh orang lain."

Lisa : The Grey Eyes (Completed)Where stories live. Discover now