Cerita tiada kaitan dengan kehidupan mati mahupun hidup ini hanya rekaan semata-mata
Jangan copy cat karya aku pula penat-penat aku cari idea boleh pulak tiru ff aku macam tu je
Kalau ada ff yg sama jln critanya itu hanya kebetulan
Typo perkara biasa guys~
Karya @littlev-
.
.
.
."Eomma hari ini kita ke mana?" Tanya gadis kecil dengan mata bulat kepada ibunya.
"Kebetulan hari ini eomma cuti jadi..." Sang ibu berhenti seketika.
"Eomma ini suka sangat jawab dengan ayat tergantung. Tak mau kawan. Humm!" Rengek gadis kecil sambil menyilangkan tangan pada dada dan memandang ke luar cermin kereta.
"Alololo...anak eomma merajuk eh? Eomma baru nak ajak anak kesayangan eomma ke funfair." Dengan nada sayu wanita itu berkata.
"Funfair?! Eomma ni kenapa tak cakap awal-awal! Jom pergi sana! Dah lama Byul tak kesana!" Ditariknya lengan baju ibunya.
"Sayang sabar, eomma sedang memandu ini. Sayang duduk elok-elok kat belakang. Eomma janji kita pergi sana." Cuba memujuk anaknya duduk semula takut kejadian tak diingini berlaku.
"Okey! Eomma jangan tipu kalau tipu Byul gigit eomma nanti! Aumm!" Memberi amaran kemudian berlakon seperti seekor singa yang sedang mengaum.
Wanita itu ketawa geli melihat reaksi anaknya. Ada-ada saja dia akan buat lawak secara tidak sengaja seperti mendiang suaminya.
"Ya,ya sayang. Kalau eomma tipu eomma kena gigit jadi Byul sebagai anak baik mesti dengar nasihat eomma ok?"
"Ok!!" Kemudian membuat bentuk bulat dengan ibu jari dan jari telunjuk yang kecil itu.
•°•°•°•
Funfair
Suasana di sana sangat riuh-rendah. Banyak pengujung pergi ke sana semata-mata meluangkan bersama dengan orang tersayang. Tidak kira daripada warga tua,orang dewasa,remaja mahupun kanak-kanak.
"Eomma! Eomma! Eomma! Besarnya! Byul tak sabar nak naik semua permainan di sini! " Dengan mata bulat dia melihat kemeriahan di funfair itu. Pelbagai permainan disediakan di sana.
"Jadi Byul nak main apa?" Tanya wanita itu sambil memandang ke arah anaknya dari tadi terpegun dengan suasana funfair.
"Itu! Itu! Ada patung kucing! Byul nak! Byul nak!" Menarik tangan ibunya ke arah patung kucing yang berada di atas rak.
Sampai disana Byul bersusah payah duduk di atas kerusi yang disediakan oleh penjual itu.Ibu Byul menolong anaknya duduk di atas kerusi.
"Uncle! Uncle! Uncle! Byul nak tu!" Menunjuk ke arah patung kucing itu.
"Kalau adik nak, adik mesti masukkan bola ini ke dalam botol ini."
"Kenapa? Ini satu permainan?" Tanyanya dengan polos.
"Ya adik comel. Nah uncle bagi tiga bola kat adik, kemudian adik mesti masukkan ketiga-tiga bola ini ke dalam botol baru adik dapat patung yang adik nak." Terang pakcik itu dengan sopan.
"Baik Byul akan cuba! Fighting!" Dengan semangat Byul berkata dengan mata berapi.
•°•°•°•
Setelah beberapa kali Byul baling bola itu ke dalam botol tapi tetap saja gagal.
"Hiks..Hiks...Hiks...Byul tak main dah! Susah sangat! Eomma!" Tangis Byul lalu menekup muka pada baju ibunya.
"Sayang tak payah nangis hmm, kita cuba lagi nak?" Wanita itu mengusap belakang Byul yang sedang menangis dengan lembut.
"Tak nak! Tak nak! Nak balik hiks..Hiks..." marah Byul sambil menggeleng kepala.
"Kita baru sampai tak kan nak balik cepat?"
"Byul nak pulang!Hiks...Hiks..." Semakin kuat tangisannya.
"Ok sayang kita balik. Uncle maafkan anak saya. Dia ini kadang-kadang mudah bertukar emosi. Uncle saya betul-betul minta maaf." Berkali-kali menunduk minta maaf.
"Tak apa, uncle faham." Pakcik itu ke arah rak yang banyak permainan kemudian mengambil patung berbentuk kucing.
"Adik comel. Ini hadiah daripada uncle. Jangan nangis lagi ok?" Memberi patung itu kepada Byul dan mengusap kepala Byul.
"Thanks uncle." Byul mengambil patung itu lalu memeluk dengan erat sekali.
"Terima kasih banyak uncle, berapa patut saya bayar untuk payung ini?" Ibu Byul baru mengambil dompet tapi dihalang oleh pakcik itu.
"Tak apa. Uncle belanja. Uncle tak nak anak awak terus menangis tak baik untuk gadis comel macam kamu." Pakcik itu mencubit hidung Byul membuatkan Byul ketawa.
"Kalau uncle dah cakap begitu. Byul apa kata Byul bagi ciuman kepada uncle sebagai bayaran untuk patung byul."
Byul menangguk lalu menciun pipi pakcik itu.
"Uncle Byul janji akan jaga patung ini baik-baik."
"Uncle tau kamu dapat jaga patung itu dengan baik. Jadi adik comel kamu patut bermain semua permainan disini rugi kamu tak cuba. Jangan balik dulu." Promosi pakcik itu.
Pada masa itu, Byul menghabiskan masa di funfair bersama ibunya dengan kenangan indah yang tidak dapat dilupakan.
•°•°•°•
Brakkk!
Sebuah kereta terbabas ke arah gaung.
"Uhuks!Uhuks!" Batuk wanita itu. Kemudian melihat keretanya terbalik ke atas. Darah keluar dari kepalanya terus menitis.
"Byul..." Panggil wanita itu. Berusaha membuka tali pinggan keledar.
"B-Byul..Uhuks!" Panggilnya lagi tapi beserta dengan darah keluar dari mulutnya.
Mencari sosok anaknya walaupun keadaannya sedang kritikal.
"B-Byul..." Berjaya mencari anaknya yang sedang memeluk patung kucing itu. Kemudian cuba menyeret tubuh anaknya keluar dari cermin kereta.
Setelah keluar dari kereta ibu Byul memeriksa nadi Byul. Syukur Byul masih hidup.
"Byul say- Uhuks! Uhuks! Uhuks!" Nampaknya banyak darah keluar dari mulut wanita itu.
"T-tolong bertahan, saya nak jumpa a-anak saya untuk kali ter-terakhir. Ukuhs! Ukuhs!" Menekup mulutnya bagi mengelakkan darah terus keluar.
Eomma minta maaf sekiranya eomma pergi dulu nak, eomma harap kamu lebih kuat selepas ini. Tuhan tolong jagakan dia untuk aku....
.
.
.
.Kenapa yg last tu aq nangis?😢
YOU ARE READING
(ᴏɢ) ᵗᵉᵐᵃⁿ ᵏʰᵃʸᵃˡᵃⁿᵏᵘ ᵐᵉⁿʲᵃᵈⁱ ⁿʸᵃᵗᵃ (ᴍʏɢ)
Fantasy❛I'm your king, you my queen︎ ❜ Start✍: 3/10/19 End✍:00/00/00