•TKMN 03•

131 20 2
                                    


.
.
.
.
.

"Byul..." Ujur Dr. Park dengan lembut.

"Ya?" Sahut Byul.

"Sampai bila kamu mau begini? Doktor banyak kali kata jangan biarkan imaginasi kamu itu terus mencipta sesuatu yang tak nyata di dunia realiti ini."

"Doktor cakap apa ini? Imaginasi? Byul mana ada berkhayal doktor." Agak pelik dengan pernyataan Dr. Park. Byul memang tak gila hanya saja ada masalah peribadi.

Dr. Park mengeluh pasrah dengan sikap keras kepala pesakit seorang ini. Doktor cakap  perkara betul boleh pula Byul putar belit tentang fakta yang dikeluarkan oleh seorang doktor.

"Byul jika terus begini. Doktor terpaksa hantar Byul ke..." Percakapan Dr. Park dipotong oleh Byul.

"DOKTOR JANGAN HANTAR BYUL KE SANA?! BYUL TAK NAK! TAK NAK! BYUL TAK GILA! TAK GILA!"Jerit Byul histeria. Siapa sanggup pergi ke hospital sakit jiwa. Byul tak sudi.

Byul nak hidup seperti manusia biasa. Tapi disebabkan penyakit itu Byul terpaksa disahkan mengalami masalah mental.

"Byul tenang. Doktor cakap saja bukan hantar Byul terus ke sana." Dr. Park cuba menenangkan pesakit itu. Takut Byul terus mengamuk dan tak dapat dikawal.

"Betul ni doktor. Byul tak sana?" Byul berhenti menjerit setelah mendengar saranan doktor itu.

"Ya, doktor tak akan hantar ke sana."

"Doktor tolong jangan cakap pasal ini lagi. Byul takut. Byul tak ada siapa lagi selain Nurse Joey dan doktor sebagai keluarga Byul. Semua di sini anggap Byul gila sedangkan Byul manusia juga macam mereka." Kata Byul dengan sayu.

"Jangan dengar cakap mereka. Mereka iri dengan kemesraan doktor, Nurse Joey dan Byul. Sebab mereka kurang kasih sayang." Dr. Park cuba menceriakan Byul. Kata- kata itu membuatkan Byul tersenyum manis.

"Doktor boleh Byul tidur. Byul mengantuk." Byul mengusap mata sekali-sekali menguap kerana keletihan bersedia untuk tidur.

"Tidurlah. Nanti Nurse Joey hantar makanan. Jangan tak makan tau."

"Ok, Captain."

.
.
.
.
.

"Nurse Joey. Masakan nurse Joey sangat sedap!" Byul sangat gembira dengan bekal yang di bawah oleh nurse Joey. Hampir setiap hari nurse Joey membawa bekal untuk dirinya kerana menolak makanan yang disediakan oleh pihak hospital. Hal ini kerana makanan di hospital tak sedap. Tawar! 

"Baguslah Byul suka makanan itu. Unnie mampu sediakan nasi goreng kimchi saja. Tadi unnie tergesa-gesa. Maklumlah bangun lewat." Nurse Joey mengambil bekal yang kosong itu lalu menyimpan dalam beg kecil.

"Unnie itu untuk siapa?" Byul tertarik dengan bekal yang berwarna merah itu. Agaknya untuk siapa? Meh kita siasat.

"Itu untuk seseorang." Sahut nurse Joey.

"Dr. Park Capang ehhh..." usik Byul. Hal ini menyebabkan muka nurse Joey menjadi merah.

"Eh m-mana ada." Bergetar suara nurse Joey menjawab.

"Alah unnie ni malu pula. Byul tau nurse Joey suka doktor tu. Setiap kali byul tengok unnie dekat dengan Dr. Park mesti muka unnie merah. Hehehe..." Byul menyakat nurse Joey.

"Kantoi pula." Nurse Joey bermain dengan jari telunjuknya.

"Byul jangan cakap yang unnie suka dia. Unnie takut Dr. Park tak selesa dengan unnie nanti."

"Unnie ini buat apa nak berahsia kalau cinta sudah berputik jangan dibiarkan ia terus melayang begitu saja. Mesti diikat dengan benang merah supaya kekal selamanya. Byul tau nurse Joey dengan Dr. Park suka sesama sendiri." Dengan puitis Byul berkata macam doktor cinta pula.

"Kalau bab ini Byul pandai berkata-kata dari mana Byul dapat bakat ini?" Hairan dengan kebijaksaan Byul. Walaupun umur masih terbilang muda tapi pemikirannya sangat matang.

"Mungkin dari appa Byul. Appa Byul suka usik eomma Byul semasa eomma Byul di bangku sekolah. Mungkin sebab itu eomma suka tentang appa . Sangat romantik dan penyayang. Tapi sayangnya kedua-dua pergi dulu dari Byul. Tak sempat tengok Byul membesar."

Mengenang semula kenangan manis bersama keluarga sulit dilupakan. Tapi sukar menerima bahawa Byul bersendirian sekarang.

"Byul apa kata kita melawat kubur eomma dengan appa kamu hari ini?" Nurse Joey menukar topik. Dari riak muka Byul tergambar kesedihan selepas mencerita tentang keluarganya tadi.

"Byul nak. Lama sungguh Byul tak kesana."

.
.
.
.
.

"Eomma appa apa cerita di sana? Harap eomma dan appa bahagia disana. Byul di sini baik-baik saja. Walaupun Byul hanya ada Dr. Park, nurse Joey dan Yoongay sentiasa disisi Byul tapi Byul gembira mendapat mereka sebagai keluarga yang bahagia. Byul kadang-kala sedih kerana orang di sekeliling Byul mengatakan Byul tak waras. Byul tabah dengan semua fitnah yang mereka lontarkan. Eomma appa tolong bagi kekuatan untuk Byul untuk teruskan hidup."

Byul berdoa dalam hati supaya kata-kata yang dia sampaikan dapat didengari oleh kedua-dua ibu bapanya.

"Byul?" Nurse Joey memanggil Byul. Byul segera menoleh ke belakang.

"Sudah puas berdoa? Kita balik. Sudah senja ini. Cuaca makin sejuk selepas matahari terbenam." Ajak nurse Joey. Byul mengangguk lalu mengenggam tangan nurse Joey yang sejuk itu.

Sampai di hospital Byul terpaksa balik ke bilik sendirian kerana nurse Joey ada kecemasan di hospital. Semasa bejalan Byul menyapa pesakit dan pekerja dengan memberi tunduk hormat. Walaupun sesetengahnya agak terganggu dengan kehadiran Byul mereka berpura-pura membalas sapaan Byul.

"Itu ke pesakit yang para doktor nak cadang ke hospital sakit jiwa?"

"Haah, tapi Dr. Park tak setuju dengan cadangan itu kau tau kan dia adalah anak emas Dr. Park. Semua benda dia minta Pr. Park bagi."

"Memang tak tahu malu. Kalau dah gila buat apa nak tinggal sini menyusahkan saja. Baik hantar  ke sana. Tapi aku takut dia bagi benda pelik kat aku. Seram."

"Kau jangan kuat sangat mengumpat nanti orang lain dengar dapat nahas kita berdua nanti lebih lagi-lagi Dr. Park. Kalau tau kita sedang bercakap tentang dia. Mati kita."

Byul mendengar semua yang dikatakan oleh dua orang itu. Byul tak tahu hina sangat ke kalau dia ada penyakit ini. Taulah dia selalu bercakap seorang-seorang. Tapi tak perlulah hina seteruk ini. Byul juga ada perasaan macam mereka.

"Yoongay asal orang takut dengan aku?" Tanya Byul kepada Yoongay yang sedang berbaring di katil Byul.

"Entahlah mungkin kau memang gila kot?" Dengan santai Yoongay bercakap begitu.

"Nak penampar Yoongay?" Tawar Byul sambil mengangkat sebelah tangan. Yoongay pula berpura-pura tidur.

.
.
.
.
.

(ᴏɢ) ᵗᵉᵐᵃⁿ ᵏʰᵃʸᵃˡᵃⁿᵏᵘ ᵐᵉⁿʲᵃᵈⁱ ⁿʸᵃᵗᵃ (ᴍʏɢ)Where stories live. Discover now