.
.
.
.
.Kerana Yoongay tak melayan dirinya semasa Byul memberi tawaran petang tadi. Byul merasa bosan baring di atas katilnya. Berkali-kali menukar posisinya masih tak dapat mencari keselesaan.
Dengan nekat Byul bangun dari katil lalu menuju ke arah Yoongay yang sedang tidur di atas kerusi. Dalam posisi duduk yang berdekatan dengan jendela. Yoongay terbangun apabila Byul baring di katil lalu memindahkan diri tidur di atas kerusi.
Yoongay sangat lena tidur di tepi jendela. Angin yang lalu dari luar meniup beberapa helaian rambut Yoongay memberi kesan kepada siapa melihatnya. Seolah-olah dia sedang dalam posisi menjadi model majalah mingguan pada halaman hadapan.
Byul agak terpersona melihat Yoongay. Cuba mendekatkan diri ke arah Yoongay lalu menyadarkan badannya di tepi jendela. Menikmati kedamaian Yoongay yang sedang lena.
Yoongi ada kalanya merengut semasa tidur membuatkan Byul ketawa dengan kelakuan Yoongi.
"Comel...."
Tanpa sedar Byul menyebut perkataan itu.
"Doktor comel ke Byul?"
.
.
.
.
.Byul tidak menyedari bahawa Dr. Park Chanyeol masuk ke dalam bilik Byul. Hairan melihat pesakitnya dari tadi menatap kerusi yang kosong tanpa penghuni.
Agaknya Yoongay yang dia sedang perhatiankan? Kata Dr. Park dalam hati. Dr. Park mencatat apa yang Byul sedang lakukan sekarang sebagai laporan. Nampaknya Byul berkhayal lagi?
Dr. Park hanya menggelengkan kepala melihat patung kucing jatuh dari katil. Membongkok badan lalu mengambil patung itu. Kemudian meletakkan semula di atas katil.
"Comel..." suara kecil Byul bersuara menyebabkan Dr. Park menoleh ke arah Byul.
"Doktor comel ke Byul?" Tanya Dr. Park balik. Hal ini menyebabkan Byul terkejut kerana ada orang yang membalas katanya. Segera Byul mencari suara itu.
"T-taklah salah cakap." Dengan perasaan malu Byul menjawab. Byul mengumpat dirinya kerana bercakap dengan kuat. Kantoi sedang memuji seseorang.
"Doktor memang comel pun." Bangga mengatakan diri sendiri sedang dipuj oleh orang lain.
"Apalah doktor ini. Byul sedang memuji Yoongay." Nafikan apa yang Dr. Park kata.
"Bila pula Byul tertarik dengan Yoongay bukan main tadi mengumpat Yoongay tak sesuai dengan Byul."
"Betul ke Byul tertarik aku?" Membuka mulut apabila dirinya sedang dibahas.
"Ya, semasa aku masuk ke dalam bilik, Byul dari tadi pandang kau. Selepas tu cakap kau comel." Jawab Dr. Park tapi kenapa orang bertanya itu lain macam suaranya. Macam suara jantan?
"Baguslah dia suka aku, daripada kau yang tak ada pakej yang Byul idamkan." Ungkap orang itu dalam bentuk sindiran.
"Eleh ingat kau bagus sangat untuk Byul hmm?" Soal Dr. Park balik.
"Aku hari-hari bersama Byul. Kau pula asyik berkepik dengan nurse Joey. Sampaikan kau kadang-kadang lupa yang Byul ada di sana." Balasnya.
"Nak gaduh ke?" Tawar Dr. Park dengan aura hitam di belakangnya.
"Doktor jangan gaduh. Nanti menyusahkan Byul." Cuba meleraikan pergaduhan mereka takut dia menjadi mangsa nanti.
"Doktor geram dengan dia arghh..." mengigit hujung pen.
"Kejap...." Dr. Park teringat sesuatu. Dia sedang di dalam bilik Byul hanya dia dan Byul saja berada di dalam bilik itu. Tapi kenapa ada orang lain selain daripada mereka berdua? Siapa yang sedang berbual dengannya tadi?
Dr. Park perasan bahawa kerusi itu tadi tiada orang . Tapi kenapa sekarang ada sosok lelaki menatap dingin ke arahnya.
"Byul siapa tu?" Menunjuk ke arah lelaki itu dari tadi santai duduk di atas kerusi.
"Dialah Yoongay.." Jawab Byul.
" Tuhan, kenapa aku segila ini." Kata Dr. Park sebelum pengsan.
"DOKTOR!DOKTOR!DOKTOR!"
.
.
.
.
.Dr. Park terlentang di katil Byul yang sedang diperiksa oleh nurse Joey. Kebetulan nurse Joey yang menuju ke arah bilik Byul terdengar teriakan Byul memanggil nama doktor. Tergesa-gesa masuk ke dalam bilik Byul.
Setelah sampai di hadapan pintu nurse Joey segera membuka pintu.
Kemudian melihat Dr. Park terbaring di atas lantai. Byul berdiri kaku disebelah Dr. Park tidak tau nak buat apa."Dr. Park hanya pengsan saja. Takut unnie dengar jeritan Byul. Ingatkan ada orang mati tadi." Nurse Joey membuat lawak tentang kejadian tadi.
"Boleh cerita kenapa Dr. Park pengsan?" Soal nurse Joey kepada Byul yang sedang memeluk patung kucing itu.
"Tadi Dr. Park bergaduh dengan Yoongay kerana tak peka dengan Byul. Byul cuba leraikan pergaduhan mereka. Tapi lepas Byul cakap yang doktor sedang bercakap dengan Yoongay terus pengsan."
Terang Byul sambil mengelap dahi Dr. Park dengan tuala. Prihatin sungguh Byul terhadap Dr. Park yang sedang bermandi peluh. Mimpi buruk agaknya selepas melihat Yoongay.
"Yoongay? Teman Byul tak boleh nampak itu kan?"
"Ya..."
"Tapi kenapa Dr. Park boleh-" percakapan nurse Joey terhenti apabila Byul menyerahkan patung kucingnya kepada nurse Joey. Byul berusha mengambil pen Dr. Park yang terjatuh di atas lantai.
Nurse Joey menunggu sehingga urusan Byul selesai. Semasa menunggu Byul untuk bersembang semula seseorang menghempus nafas dari belakang. Bulu roma nurse Joey tiba-tiba naik kerana hempusan itu.
Kerana penasaran nurse Joey memusingkan badan kebelakang melihat satu sosok yang berbaju putih.
"HANTU MAT PUTEHH!"
.
.
.
.
.Adakah aku terlalu awal mendedahkan kewujudan Yoongay?🙈
YOU ARE READING
(ᴏɢ) ᵗᵉᵐᵃⁿ ᵏʰᵃʸᵃˡᵃⁿᵏᵘ ᵐᵉⁿʲᵃᵈⁱ ⁿʸᵃᵗᵃ (ᴍʏɢ)
Fantasy❛I'm your king, you my queen︎ ❜ Start✍: 3/10/19 End✍:00/00/00