.
.
.
.
Byul menangis teresak-esak dalam pelukan nurse Joey. Kejadian tadi membuatkan Byul hampir trauma jika Dr. Park tidak tiba pada masa yang tepat. Dr. Park sangat murka terhadap mereka kerana mengambil kesempatan ke atas Byul untuk kepentingan diri sendiri.
Dengan tidak berperikemanusiaan Dr. Park menghalang mereka menggunakan kata-kata kesat. Pada masa itu, emosi Dr. Park sangat tidak stabil selepas diceramahi oleh pengarah hospital.
Selepas itu, satu persatu mereka keluar dari bilik Byul. Tidak berani memandang ke arah Dr. Park yang sedang naik angin. Ada juga mendengus kesal tidak kesampaian melihat sosok itu.
Setelah semuanya pergi Byul terus berlari memeluk nurse Joey betul-betul bersebelahan dengan Dr. Park. Nurse Joey mengucap kata semangat supaya Byul terus berdiri teguh menghadapi kecelaruan ini.
"Unnie Byul tak kuat.. Byul nak keluar dari sini.. Hiks...Hikss..." Tangis Byul. Perasaan takut mulai menyelubungi dalam dirinya. Sudah cukup kalau boleh dia nak lari sejauh mungkin daripada tempat ini. Hanya derita dia terimai di dalam hospital ini.
"Maafkan unnie tak dapat jaga Byul dengan baik. Unnie menyesal sangat." Air mutiara jatuh daripada kelopak mata nurse Joey. Tugasnya sebagai nurse gagal menjaga Byul sebaik mungkin. Dia sudah berjanji dengan seseorang tapi dia mungkiri kerana tidak peka.
"Unnie selalu ada untuk Byul, unnie tak tau nak cakap apa jika dia melihat Byul menderita sekarang, tapi unnie redho sebab memang tugas ini yang harus unnie lakukan. Unnie sangat sayang kamu Byul."
Satu kucupan mendarat di atas dahi Byul. Byul baru saja tertidur kerana kelelahan menangis. Nurse Joey membaringkan Byul di atas katil lalu menyelimut Byul. Anak patung kucing itu masih dalam genggaman Byul. Ia terlampau berharga untuk dilepaskan.
"Sweet dream Byul ."
_____
Byul's Pov
Entah kenapa aku berada di suasana tempat tidak dikenali. Orang lalu lalang menatap aku dengan takut. Setiap kali aku bertentangan mata dengan mereka, mereka melarikan pandangan ke arah lain.
Tidak ada seorang berani mendekati aku tak kisah di mana pun aku berada orang akan tetap menghindari aku. Tanpa disedari air mataku jatuh. Aku menekup mulut untuk menahan suara supaya orang tidak tau yang aku sedang sedih.
Inikah duniaku?
Penuh derita dan tangisan?
Hidup keseorangan tanpa kawan?
Baik aku ma--
Sebuah tangan menyentuh bahuku. Aku automatik menoleh ke belakang. Ada seseorang berada di belakangku. Berbaju putih yang labuh, bertopi lebar meletak di atas kepalanya diperbuatkan daripada jerami dan sebelah matanya ada kesan luka yang panjang.
YOU ARE READING
(ᴏɢ) ᵗᵉᵐᵃⁿ ᵏʰᵃʸᵃˡᵃⁿᵏᵘ ᵐᵉⁿʲᵃᵈⁱ ⁿʸᵃᵗᵃ (ᴍʏɢ)
Fantasy❛I'm your king, you my queen︎ ❜ Start✍: 3/10/19 End✍:00/00/00