•TKMN 05•

123 20 11
                                    

.
.
.
.
.

Byul's Pov

"Yoongay macam mana ni? Aku tak tau nak buat sekarang." Dengan hati tak tenang aku mengadu  kepada Yoongay.

"Mereka pingsan je pun. Itu nak heboh. Baik aku tidur." Yoongay dengan perasaan tidak perduli bersedia melelapkan mata lagi tapi di halang olehku.

Papp!

Bunyi permukaan paha Yoongay yang di pukul menghasilkan bunyi kuat menyebabkan Yoongay terkejut beruk dengan kekuasaan tamparan aku.

"Aduh! Kau nak apa sebenarnya?!" Tidak puas hati kerana dirinya di tampar tanpa sebab.

"Kau tak tolong aku. Aku tamparlah. Baik kau tolong aku sebelum orang lain masuk sini. Nanti mereka fikir aku yang buatkan mereka tak sedarkan diri." Balasku.

Aku takut aku di hantar ke hospital sakit jiwa jika kerana mereka ingat aku penyebabnya Dr. Park dan Nurse Joey pingsan.

"Ya,ya,ya. Habis tolong kau aku sambung tidur balik ok?" Yoongay setuju untuk membantuku walaupun terpaksa.

.
.
.
.
.

"Doktor, unnie bangunlah!" Aku mengoncang badan Dr. Park dan Nurse Joey dengan kuat. Tapi mereka masih tak sedarkan diri.

"Dah mati kot."

"Kau jangan memadai pula. Nak aku pukul kau sampai jadi arwah nak?" Ancam aku sambil menjeling Yoongay.

"Ehh kau ni. Orang gurau sikit. Nak kurangkan suasana tegang."

"Gurau kau tak kena pada masa yang tepat. Baik kau ambil air kat bilik air isi dalam botol ini."

Perintahku pada Yoongay. Yoongay dengan malas mengambil botol itu dan menuju ke bilik air.

Beberapa minit kemudian Yoongay membawa botol berisi dengan air.

"Kau buat apa dengan air ini?" Menyerah botol itu kepadaku.

"Adalah tengok je." Aku menuang air pada telapak tangan aku sedikit lalu merenjis air pada muka Nurse Joey dan Dr. Park.

"Hmmm..." Kedua-dua terusik apabila aku merenjis air tadi.

"Auchh...kepalaku." adu Dr. Park sambil memegang kepalanya.

"Doktor tak apa-apa ke?" Tanyaku dengan prihatin.

"Doktor ok. Hanya kepala doktor pening si- YAKK DIA TU SIAPA?! BYUL DIA  PEROGOL BERSIRI!" Dr. Park terkejut melihat ada orang dibelakangku.

"MANA?! MANA?! TOLONG BYUL! BYUL MASIH DARA?!"

Tergopoh-gopoh mencari sosok yang dikatakan oleh Dr. Park dengan tak tentu arah.

"ADA KAT BELAKANG BYUL!" Tunjuk Dr. Park.

Aku automatik melihat ke belakang melihat Yoongay sedang mengusap mata seperti anak kucing. Ngantuk agaknya.

"Ishh.. Dr. Park ini takutkan Byul saja. Dia tu Yoongay. Kawan Byul." Ucapku geram menghela nafas dengan lega.

"Tapi... Kenapa kulit dia putih sangat! HANTU MAT PUTEH NI!" Tak terima yang dikatakan olehku adalah benar.

"Betulah dia kawan Byul. Hari-hari Byul cakap dengan dia. Dr. Park je tak perasaan. Byul syok cerita pasal Yoongay kat Dr. Park. Dr. Park sibuk kacau nurse Joey."

"Mana ada?!" Merah muka Dr. Park mendengar omelan aku tadi. Sukalah tu~ Hehehe...

"Byul aku nak tidur." Sampuk Yoongay. Nampaknya dia memang nak tidur lagi.

"Tidurlah kat sofa dulu. Nurse Joey masih pingsan lagi." Kerana terlalu penat sangat Yoongay hanya ikut saja.

"Nurse Joey? Dia mana dia?"

"Tu ada kat belakang doktor." Jawabku dengan memuncungkan mulut ke arah nurse Joey.

"Oh cinta hatiku! Kenapa adinda begini! Kakanda tak nak keseorangan disini tanpa adinda!"

Dr. Park membuat drama sambil memeluk tubuh nurse Joey. Aku pula jadi penonton tak berbayar.

.
.
.
.
.

"Jadi betulah Yoongay wujud?" Soal nurse Joey.

Aku mengangguk kepala. Sibuk makan chip more.

Selepas nurse Joey sedarkan diri. Dia sedaya upaya tidak merasa takut dengan kehadiran Yoongay.

"Tapi saya ingat Yoongay hanya imaginasi semata-mata?"

"Yoongay memang wujud. Tapi orang lain tak dapat lihat hanya Byul saja dapat tengok. Jadi selama ini kamu berdua tak percaya dengan Byullah?"

Bersedia mengeluarkan air mata.

"Eh tak. Tak. Saya bukan tak percaya. Hanya saja saya tak sedar dengan kehadiran dia."

Dr. Park cuba memujukku supaya tidak menangis.

"Yoongay ni pemalu. Sebab tu orang tak nampak dia." Yoongay yang sedang berbaring atas sofa berdecik kecil.

"Oh..." Kedua-dua menjawab.

"Jadi semua orang boleh nampak dia?"

"Tak pasti. Cuba doktor panggil nurse lain mana tau mereka nampak." Saranku kepada.

Dr. Park bagai dipukau terus memanggil nurse datang ke sini.

Beberapa minit kemudian dua orang nurse datang ke arah bilikku.

Tok

Tok

Tok

" Dr. Park boleh kami masuk?" Tanyanya. Dr. Park menjawab ya dan mereka masuk ke dalam.

"Ada apa doktor panggil kami ke sini?"

"Cuba kamu lihat sofa di sana? Ada nampak sesuatu tak?"

Mereka dua agak hairan dengan arahan yang diberikan oleh Dr. Park.

Mereka hanya mengikut dan menoleh ke arah sana. Tapi mereka tak nampak apa-apa.

"Hanya sofa berwarna biru. Tak ada apa-apa di sana." Menggeleng kepala kerana tak melihat sesuatu di sana.

"Kita berdua gila ke?" Bisik Dr. Park tepat pada telinga nurse Joey. Nurse Joey segera memukul bahu Dr. Park.

"Aucch!"

"Jangan cakap macam itu nanti tersinggung perasaan Byul nanti."

Walaupun mereka berbisik aku masih dapat dengan apa yang mereka cakap.

"Dr. Park kalau boleh kami minta izin keluar. Kami hendak sambung kerja."

Tanya salah satu nurse dengan sopan.

"Pergilah. Maaf menganggu kamu berdua bertugas." Dr. Park memberi senyuman manis.

Hal ini membuatkan kedua-dua nurse tersebut hampir cair dengan senyuman Dr. Park tadi.

"Doktor nampak tak patung Byul?"

"Tak Byul. Cuba tengok bawa katil."

"Tak ada doktor." Aku membungkuk ke bawah.

"Ini ke?" Tanya nurse itu kepadaku. Aku segera mengambil patung itu.

"Terima kasih."

"Sama-sama. Aku jumpa kat tepi almari sebelah Jenab tadi.Ehh Jenab mari kita sambung kerja." Menarik kawannya itu.

Jenab hanya kaku di sana.

"Kau kenapa ni?" Melihat kelakuan kawannya agak pelik hari ini.

"Tu..." Tunjuk Jenab ke arah sofa tadi. Nurse itu membeliak mata tak percaya apa yang mereka tengok.

"Bukankah itu..."

"Putera kayangan..." Sambung Jenab masih melihat sosok tidur di atas sofa.

.
.
.
.
.

What putera kayangan? Makin pelik jalan crita ni😂

(ᴏɢ) ᵗᵉᵐᵃⁿ ᵏʰᵃʸᵃˡᵃⁿᵏᵘ ᵐᵉⁿʲᵃᵈⁱ ⁿʸᵃᵗᵃ (ᴍʏɢ)Where stories live. Discover now