.
.
.
.
Selepas insiden dua orang jururawat dapat melihat teman khayalan Byul hari tu, berita ini cepat tersebar di seluruh hospital. Setiap kakitangan yang berkerja disitu berpusu-pusu ingin mengetahui siapa dikatakan sampaikan semua orang berminat mencari sosok itu.
Para doktor mahupun jururawat yang lalu di depan bilik Byul mesti berhenti seketika untuk menjenguk apa yang di dalam bilik itu. Ingin mengenal pasti sama ada rumor itu benar atau palsu.
Doktor Park dan nurse Joey menjadi buruan oleh pihak hospital untuk membuka mulut menceritakan segalanya insiden yang berlaku apa hari itu.
Pada mulanya, doktor Park tidak mahu membuka mulut untuk menceritakan kejadian pelik pada hari itu, tapi kalau tidak dia boleh dibuang kerja sebab menipu dalam melaksanakan tanggungjawabnya sebagai doktor.
Dengan paksa rela doktor Park menceritakan satu-persatu macam benda ini boleh berlaku. Nurse Joey hanya terdiam di sisi doktor Park tanpa mengatakan apa-apa pun.
Byul pula menjadi mangsa keadaan kerana semua orang yang tidak perduli dengannya dulu berebut ingin mengetahui lebih lanjut tentang sosok itu.
Byul ingin menangis semua orang tidak berhenti menanyakan tentang Yoongay. Byul tidak berani menjawab soalan mereka kerana doktor Park tidak menyuruhnya membuka mulut untuk menceritakan tentang Yoongay.
Jika Byul berpaling tadah juga, maka semakin huru-hara hospital itu nanti.
"Byul boleh tak ceritakan kepada kami siapa sosok yang selalu dengan Byul itu? Kami ingin berkawan dengannya." Tanya orang itu dengan ramah.
Byul ingin membuka mulut tetapi teringat dengan pesanan Dr. Park, Byul cepat-cepat menggelengkan kepala lagi.
"Byulkan budak baik, tak baik tau tidak menjawab pertanyaan orang lebih berumur. " Pujuk orang itu lagi.
"Byul budak baik, Byul tak nak Dr. Park marah nanti. " Akhirnya Byul membuka mulut.
"Kami kawan doktor Park juga, betul tak guys?" Semua orang yang berada di dalam bilik Byul mengangguk setuju.
"Byul tetap tak nak cakap." Byul tetap dengan jawapan sama.
Orang itu mengeluh pasrah kemudian bercakap semula.
"Byul tak nak kan? Kami sudah bercakap baik-baik tadi, jadi kami akan bertindak dengan lebih drastik lagi."
Byul dengan muka blur menatap ada dua orang jururawat ke arahnya.
Happ!
"TIDAK!!! LEPASKAN AKU!" Tiba-tiba saja dua orang jururawat itu menahan kedua-dua belah lengannya.Byul meronta untuk minta dilepaskan.
"Cepat ambil patung itu sebagai alat kita untuk melihat orang itu."
Anak patung kucing dalam gegangman Byul dirampas.
"JANGAN AMBIL!!! ITU EOMMA AKU BAGI!!!"
.
.
.
.
"Tuanku, bukan hamba ingin menyampuk tapi sampai bila tuanku melarikan daripada ayahanda tuanku." Kata seorang pengawal itu yang setia menjaga putera tersebut.
"Kau sendiri tau kan yang aku tak nak jadi putera. " Dengan malas putera itu menjawab.
Pengawal itu masak sangat dengan perangai tuannya yang keras kepala dan degil. Sudah tau tuannya adalah darah daging anak raja maka laksanakan tanggungjawab sebagai seorang putera tak lagi bakal menjadi raja.
"Tuanku sudah berapa kali hamba katakan. Tuanku tidak boleh larikan diri daripada takdir tuanku yang sudah diukir bahawa tuanku adalah putera dan bakal menjadi raja." Pesan pengawal itu untuk kali ke berapa.
"Aku nak jadi raja pun nanti mesti aku kahwin dengan orang kerabat diraja juga kan? Puteri yang sangat jelita mengalahkan kecantikan seorang dewi. "
"Bukan itu bonus yang tuanku mememiliki isteri sangat jelita." Jawab pengawal itu dengan secara positif.
"Memang mereka jelita tapi kebanyakan mereka sangat gedik dan mata duitan." Pengawal itu mampu terdiam dengan kata-kata tuannya itu.
Apa yang keluar dari mulut putera itu sangat betul. Banyak puteri diraja ingin menjadikan tuannya menjadi suami mereka kerana kerajaan tuannya tersangatlah kaya dan berpengaruh.
"Kalau tuanku tak nak kahwin dengan puteri diraja apa kata tuanku cari bakal isteri tuanku sendiri?" Soalan ini menarik perhatian putera itu.
"Maksud kau?"
" Ayahanda tuanku tidak cakap apa-apa mengenai tuanku tidak boleh kahwin dengan orang biasa, maka ambil peluang ini dengan secepat mungkin. Tuanku berminat tak?"
.
.
.
.
Maaf lama tak update :)
Rindu aku atau ff ni?
YOU ARE READING
(ᴏɢ) ᵗᵉᵐᵃⁿ ᵏʰᵃʸᵃˡᵃⁿᵏᵘ ᵐᵉⁿʲᵃᵈⁱ ⁿʸᵃᵗᵃ (ᴍʏɢ)
Fantasy❛I'm your king, you my queen︎ ❜ Start✍: 3/10/19 End✍:00/00/00