Bab 1 - Lelaki itu

145 5 0
                                    

HARI berganti hari. Minggu berganti minggu. Akhirnya Zandra sudah menamatkan zaman persekolahan. Zandra berjaya mendapatkan keputusan yang cemerlang setimpal dengan usahanya yang siang malam tak berhenti untuk belajar. Dalam hatinya, masih ada sekelumit perasaan sakit yang sukar digambarkan. 

Walaupun begitu, dia menjalani harinya seperti biasa. Walaupun dia merasakan seperti ada yang tidak selesa dalam jiwa, tapi dia cuba untuk menangkis semuanya.

Zandra bangkit daripada tidur tanpa sengaja. Angin sejuk daripada air-cond menyapa kulitnya dengan lembut. Sejuk! Dia meraba-raba atas meja untuk mencari remote untuk meningkatkan suhu agar menjadi lebih hangat. Mahu sakit perutnya kalau macam ni punya sejuk. Masuk angin.

Dia mengerling seketika jam loceng. Baru pukul 4:30 pagi. Zandra menyandarkan kepalanya pada kepala katil untuk berfikir sebentar. Pintu bilik Zandra diketuk membuatkan lamunannya terhenti. Lambat-lambat dia berjalan menuju ke pintu. Maklumlah, mamai!

Refleksi cahaya terang daripada luar bilik membuatkan Zandra menutup mata sendiri. Silau yaa ampunn!

"Adik dah bangun? Awalnya." kata Radzuan.

"Tak boleh nak lelap lena. Tu yang terjaga. Ada apa ketuk pintu ni?" soalnya sambil menggosok-gosok mata. Pedih mata.

"Nak tahajjud tak?"

"Hmm.. Abang tunggu kat bilik solat. Kejap lagi orang pergi." balasnya dengan malas.

"Jangan lambat." balasnya sebelum melangkah pergi.

Dia menutup kembali pintu bilik dan terus ke bilik air untuk membersihkan diri. Wajah putihnya dipandang seketika melalui pantulan cermin. Perlahan-lahan dia tersenyum. Belum pernah dia buat kerja gila dengan tersenyum sendiri.

7 minit cukup untuk dia menyiapkan diri. Radzuan menjadi imam tahajjud pada malam ini. Diakhir solatnya, Radzuan berdoa dan Zandra mengaminkan. Selesai solat tahajjud, Zandra menyalami tangan abangnya dengan penuh rasa sayang.

"Adik, adik tak nak sambung belajar ke? Abang dah nak habis belajar, adik tak nak sambung pula."

"Entahlah. Adik tak fikir lagi." balasnya dengan nada yang biasa, tak kisah.

"Abang rasa adik kena sambung belajar. Paling tidak, dapatkan diploma. Kalau tak nak sambung lagi, abang tak kisah."

"Zandra tak macam orang lain. Ada ke universiti yang nak ambik Zandra? Think again, brother." balasnya dengan nada yang dingin.

Radzuan melepaskan nafas beratnya.

Zandra sudah banyak perubahan. Daripada seorang gadis yang manja dan periang, dengan sekelip mata sahaja dia berubah menjadi lebih pasif dan tidak mudah bergaul. Kalau dahulu ada sahaja ingin menyakat Radzuan, namun sekarang tidak lagi. Dia lebih sibuk dengan urusan dan dunianya sendiri.

Sudah 4 tahun Zain meninggalkan Zandra di sini.

Setiap pagi sebelum bersarapan, dia akan berjogging di taman yang tak jauh daripada taman perumahan. Tapi, hari ini dia mengambil keputusan untuk tidak berjogging. Earphone disumbatkan pada telinga kanan dan kiri sambil melemparkan pandangan pada orang yang lalu lalang. Lagu kegemarannya didendangkan.

Tenang perasaannya ketika itu. Udara segar pada waktu pagi membuatkan dia lebih tenang daripada selalu.

SEORANG lelaki yang berlari di situ memberhentikan langkah lariannya kerana terlalu jauh buatnya untuk meneruskan lagi larian. Ekor matanya terpandang seorang perempuan yang duduk salah satu bangku yang terdapat disitu.

Perempuan itu membuatkan dia terpana.

Bahunya ditepuk dari belakang.

"Qhalif! Kenapa kau berhenti ni?" soal kawannya, Suffian.

Jangan Lepaskan Aku!Where stories live. Discover now