Bab 3 - Loker

66 3 0
                                    

ZANDRA menuju ke peti lokernya untuk meletakkan barang-barang. Beberapa hari lepas, dia sudah dapat kunci loker tapi belum sempat untuk buka sebab sibuk menguruskan hal persatuan dan sebagainya. Semua siswa dan siswi dibekalkan loker setiap orang satu. Pagi ni Zandra datang awal sikit sebab dia naik kereta sendiri. Dan bangun awal.

Lorong itu sunyi.

Zandra nampak Najwa berdiri di hadapan lokernya yang terbuka. Langkahnya untuk ke loker terbantut kerana melihat Najwa berdiri kaku sambil meletakkan tangannya ke dalam lokernya. Dengan senang hatinya Zandra mendekatinya. Dialah orang pertama yang menyapa Zandra.

"Hai kak Najwa." katanya dengan sopan.

"Eh, Zandra. Apa akak-akak ni? Panggil Najwa je. Awalnya sampai? U ni bukan macam sekolah tau." katanya dengan senyuman yang manisnya.

Zandra tergelak sendiri kerana melihat dia terperanjat. Najwa ni comel, cantik tapi rendah sikit daripada Zandra. Bila bercakap tentang Najwa, semua pasti akan terbayang dengan wajahnya yang putih, bibirnya yang mungil.

"Najwa punya loker kat sini? Saya punya kat sana. Selang 6 pintu."

"Oh, yeke? Tak sangka. Nanti bolehlah berborak lagi." Najwa menutup pintu lokernya. "Saya gerak dulu. Nak pergi tandas sekejap."

Zandra mengangguk faham dan melihat Najwa berlalu pergi sehingga bayang-bayangnya hilang dibalik selekoh dinding. Dia kembali ke niat yang asal iaitu pergi ke loker untuk meletakkan barang.

Klek!

Ingatkan tak boleh nak bukak sebab kunci lokernya tu macam karat sikit. Zandra membuka loker itu perlahan-lahan dan melihat lokernya masih lagi kosong. Tisu yang berada di dalam begnya keluarkan untuk mengelap sedikit habuk dan debu yang sudah bertapak lama dalam lokernya ini.

Beberapa jenis buku yang telah dipersiapkan oleh Zandra untuk setiap kelas telah selamat dimasukkan ke dalam loker tersebut. So, tak adalah nak bawak buku ke hulu, ke hilir.

Kelas pertama akan bermula sebentar lagi. Tak sabar!

QHALIF, Suffian dan Radzuan duduk sebaris ketika berada di dalam kelas. Semuanya menumpukan perhatiannya sehinggalah Qhalif menyenggol siku Radzuan.

"Wan, loker adik kau kat mana?"

"Kalau kau nak bincang pasal ni, tunggu masa Puan Farida keluar boleh tak? Aku tak nak kena denda macam minggu lepas disebabkan kau. Dah, jangan kacau aku!" balasnya dengan geram.

Qhalif mencebirkan bibirnya. Ya, minggu lepas Radzuan didenda. Sebab? Tak siap assignment. Bukan tak siap, cuma tak hantar saja. Tapi, kalau dengan Puan Farida, banyak alasan yang kau bagi, dia akan pandang yang kau tak siapkan assignment dia. Nasiblah.

Dengan tak semena-menanya, Suffian menarik telinga Qhalif dan berbisik seperlahan yang mungkin. Qhalif tersentak sehingga terpegun seketika.

"Kau biar betul?"

"Kau kenal aku kan? Aku takkan cakap kalau aku tak nampak dengan mata kepala aku sendiri."

Qhalif menelan air liur sendiri.

Selepas tamat kelas, Qhalif dan Suffian membuat haluan mereka. Mereka terus ke lorong loker. Satu persatu loker ditelek. Mana satu loker Zandra? Suffian berdiri dihadapan sebuah loker.

"Betul ke ini lokernya? Ini bukan ke loker.."

"Apa yang awak buat kat sini ni?" Suara Zandra bergema di lorong tersebut.

Bunyi kasut tumit Zandra sedikit sebanyak membuatkan Qhalif dan Suffian menjarakkan badan mereka daripada loker Zandra. Zandra pula memandang mereka berdua seperti singa betina yang dalam kelaparan. Putus kepala kejap lagi kang.

Jangan Lepaskan Aku!Where stories live. Discover now