Bab 12 - Pendam

49 3 0
                                    

"That's why dia tak nak kau pilih dia. Kau layak dapat perempuan yang lebih baik."

Qhalif menggelengkan kepalanya. Seperti tidak percaya kalau Zandra memiliki penyakit itu. Kejadian Zandra bercakap seorang diri terlayar dalam kotak fikirannya. Itu membuatkan dia mendesah kuat.

"Kenapa aku tak perasan dengan semua ni? Zandra jadi macam ni disebabkan Firdaus yang dah nak rogol dia! Sekarang, Zandra dah mula untuk berhalusinasi dengan bercakap seorang diri. Firdaus memang dah melampau, Mirah! Aku takkan lepaskan dia!" kata Qhalif dengan penuh kemarahan.

Kalau boleh digambarkan kemarahan Qhalif, pasti terbelah meja di hadapannya.

"Istigfar, Lif. Kau tak kenal Firdaus tu macam mana. Firdaus yang aku kenal takkan buat perkara yang senang orang nak detect. Fidaus ni licik. Kita takkan dapat tahu apa langkah seterusnya yang dia buat. He is a dangerous man."

Qhalif berjalan ke hulu ke hilir. Dia sendiri sedang berfikir untuk merancang sesuatu. Perasaannya kalut tika ini. Ketakutannya pada kehilangan seseorang yang dia sayang buat kali kedua membuatkan Qhalif mahu melindungi Zandra.

"Firdaus sanggup buat apa sahaja. Dan aku yakin, kau takkan perasan kewujudan dia walaupun dia berada di sebelah kau."

Ucapan Amirah itu membuatkan Qhalif terhenti.

"Apa maksud kau?"

"Whatever yang Zandra putuskan, aku harap kau tetap dengan pendirian kau untuk memperisterikan dia. Jangan mengalah. Aku dapat rasakan yang Firdaus akan buat sesuatu pada Zandra. Please lindungi Zandra. Buat dia gembira macam dulu, sebelum dia diangkat menjadi anak angkat."

"Aku sayangkan Zandra. Aku akan pastikan lelaki jahannam tu akan meringkuk dalam penjara."

Di sebuah lorong yang sunyi daripada laluan orang awam, terdapat beberapa manusia yang berada di situ. Seorang lelaki yang sedang dibelasah dengan teruk sehingga tiada daya untuk melawan. Percikkan darah berada disegenap pakaiannya. Dia pula hanya terbaring lemah dibawah telapak kaki seorang lelaki yang memakai kot kulit berwarna hitam.

"Aku minta maaf, Edin." ucap lelaki dengan nada yang terketar. "Aku janji akan bayar semua tu, minggu depan."

Lelaki yang dipanggil Edin itu hanya tertawa sinis sambil menghembuskan asap rokok. Mahu sahaja putung rokoknya itu dicucurkan pada mulut lelaki itu. Tahu berjanji, tapi tak dapat nak tunaikan.

"Kau tahu berapa lama aku kejar kau, huh?!" Lelaki itu berdiam diri tanpa mengeluarkan suara. "Dah 3 bulan aku kejar kau. Tapi, kau masih cakap benda yang sama. Kau ingat aku nak percayakan kau ke, sial!" Jeritan Edin menggemakan lorong antara dua bangunan kosong itu.

"Maaf." Hanya perkataan maaf yang dapat dia keluarkan.

Lelaki itu memang sudah dapat menjangka bahawa dia akan mati di tangan ketua mafia yang bernama Edin ini. Sudah 3 bulan dia merancang untuk melarikan diri daripada orang-orang Edin, tapi gagal. Ada sahaja orang-orang Edin  yang berkeliaran di seantero negara.

"Maaf? Maaf kau invalid. Aku cuma nak duit aku. Mana kau sorokkan semua duit aku?!"

Tanpa kawalan kemarahan, Edin menerajang lelaki itu sehingga percikkan darah bertambah di setiap pukulan. Pijakan dan tendangan yang bertubi bukanlah sesuatu yang susah buatnya. Lelaki itu berdiam diri kerana tidak dapat melawan tenaga Edin yang jelas-jelas lebih banyak daripadanya.

Di akhir hayat lelaki itu, dia sempat berkata sesuatu dalam keadaan yang berbisik.

"Black Holes.."

Edin tersenyum sinis dan mengeluarkan pistolnya. 3 das tembakan dilepaskan dan tepat mengena pada jantung, kepala dan alat sulitnya. Itu pengajaran bagi orang yang ingkar dengan arahan Edin Syah!

"Jimmy! Kemas bangkai ni. Aku tak nak ada yang heboh pasal ni esok. Isaac, cari maklumat pasal Black Holes! Orang-orang yang tak guna ni, memang perlu dihapuskan!"

Sebatang rokok di keluarkan daripada kotaknya dan dinyalakan. Langkahnya meninggalkan dua orang lelaki yang berada di belakangnya.

Zandra mengoles BB Cream ke mukanya. Seterusnya, bedak compact ditekap-tekap sehingga rata. Bibirnya yang pucat itu dioles oleh lipstick berwarna matte yang dikeluarkan oleh syarikat Maybeline. Hari ini dia akan menghantar daddynya ke KLIA. Berat hatinya untuk meninggalkan daddynya.

Dia mendesah di depan cermin. Tiba-tiba pula tak bersemangat.

"Adik dah siap?"

"Yea. Abang turun dulu. Nanti Zandra ikut." balasnya dengan nada yang lemah.

Radzuan menutup pintunya. Zandra memandang sepi gambar yang paling bermakna buat dirinya. Wajah lelaki dengan pakaian hospital bersamanya itu sedikit sebanyak mengingatkan dia kepada lelaki itu.

Setelah lama dia menatap, dia menurunkan gambar tersebut. Hatinya semakin sakit ialah disebabkan gambar tu. Gambar tu membuatkan dia terkenang kepada Zain.

Dia mengambil beg slingnya dan terus turun ke bawah. Lambat-lambat dia berjalan, akhirnya sampai juga dia ke bawah. Dia menuju ke dapur. Daddy dan Radzuan sedang rancak berborak. Zandra tetap dengan wajah sugulnya.

"Eh, kenapa tuan puteri bermasam muka? Hari ni, Tuanku Raja akan berangkat." usik Radzuan kepada Zandra dengan menggunakan bahasa istana.

"Tak ada mood." balas Zandra dengan pantas.

"Tak habis lagi pasal semalam?" Roti yang di tangan diletakkan di atas pinggan. "Adik, kalau lelaki tu dah beria-ia nakkan adik, maknanya memang dia betul-betul sayangkan adik."

"Abang lupa ke pada lelaki yang suka kat adik masa Tingkatan 5 dulu? Dia pun setiap hari hantar letter, bagi chocolate pada adik. Dia selalu cakap yang dia sayangkan adik. Tak de pun abang nak back-up dia. Jangan disebabkan dia tu kawan abang, abang boleh tolong dia. No way! I warned you, don't help him!" bebel Zandra.

Dah pulak nak bukak cerita masa dia form 5!

Radzuan kalah. Tuan puteri yang maha agung dah menurunkan titah. Tak ada apa yang perlu Radzuan selaku rakyat marhaen buat melainkan menuruti apa yang yang dihajati untuk mengelakkan dia dihukum.

Daddynya yang terdiam tiba-tiba bersuara.

"Bila tengok perangai Zandra ni, teringat daddy pada arwah mummy. Perangai dia sebiji macam Zandra. Degil. Asyik dia je nak betul. Kalau dia kata A, A lah yang dia nak. Daddy pun tak tahu macam mana daddy boleh bersabar dengan perangai sarkastik mummy dulu. Inilah namanya cinta. Tak kisahlah kita ni cacat atau tak sempurna, pasangan kita mesti dapat terima kita."

Radzuan dan Zandra berhenti berkelahi dan mendengar kisah daddynya.

"Walaupun mummy ada kekurangan, daddy akan jadi kelebihannya. Kalau daddy ada kelemahan, mummylah kekuatan daddy. Itulah namanya jodoh. Jodoh yang saling melengkapi antara satu sama lain."

Zandra terpana dengan ayat daddynya. Adakah itu merujuk kepada dirinya?

"Tapi, bila mummy meninggal dan Zandra menghilang waktu itu, itu ialah ujian bagi daddy. Ujian yang daddy sendiri rasa yang daddy takkan boleh pikul. Daddy hilang arah sampai daddy terlupa yang daddy masih ada lagi satu permata yang ditinggalkan oleh mummy."

"Semua yang daddy cakap ni akan berlaku dalam hidup Zandra. Tak payah dipinta atau diminta, ia sendiri akan datang. Sama juga dengan Radzuan. Soal jodoh, ajal dan maut, rezeki dan ujian, itu semua telah ditetapkan. Kalau Zandra tak yakin itu pilihan Zandra, Istikharahlah. In sya allah, Allah akan permudahkan."

Zandra mengangguk. Segala yang dipendam oleh Zandra kini terurai ketika mendengar pesanan-pesanan daripada daddynya. Dia seperti mendapat jawapan untuk setiap persoalannya.

"Terima kasih, daddy."

"Most welcome."

Mak Biah berjalan mendekati keluarga kecil itu.

"Sekarang dah nak dekat pukul 9:30 pagi. Tuan nak pergi pukul berapa?" Persoalan Mak Biah itu menyentakkan semua orang yang ada di situ.

"Ya Allah! Macam mana boleh terlupa ni? Jom, Radzuan, Zandra. Nanti terlepas flight pulak!" kata daddy dengan terkocoh-kocoh.

Tulah, cerita lagi pasal cintalah, jodohlah. Kan dah lambat! Inilah perangai daddy. Kalut. Mesti arwah mummy tenang orangnya.

Jangan Lepaskan Aku!Where stories live. Discover now