Bab 17 - Terperangkap

44 3 0
                                    

Pagi itu, Isaac terbangun agak lewat. Mungkin sebab penat sangat. Matanya melihat keadaan katil yang kosong membuatkan darahnya berderau. Dia bingkas bangun walaupun kepalanya masih mamai. Matanya juga tidak dapat dilihat dengan jelas.

"Rose? Kau kat mana? Rose!" jerit Isaac dengan kuat sambil menggosok matanya.

Sampai diluar bilik, dia nampak perempuan yang dipanggil Rose itu ada bersama dengan Kak Jane.

"Rose, kau jangan buat aku takut boleh tak?"

Perempuan itu memandangnya pelik. Orang gila pun tak pandang kalau bukan namanya yang dipanggil. Apatah lagi perempuan itu. Kak Jane juga hairan.

"Siapa Rose?" soal perempuan itu.

"Memandangkan kau tak bagitahu siapa nama kau, biar aku yang decide apa yang patut aku panggil kau." balas Isaac sesuka hatinya.

"So, nama aku ni Rose?" soal Rose seperti mengalami amnesia.

Itu lebih baik. Dia tak nak nama dia yang dulu.

Isaac menganggukkan kepalanya. Dia suka melihat Rose dapat menjadi seperti perempuan yang lain. Masuk ke dapur, masak dan membuat kerja-kerja rumah yang selayaknya. Tak adalah asyik terperap je dalam bilik.

Bau nasi goreng membangkitkan selera Isaac yang sedang menunggu masakkan Rose. Perutnya sudah berkeroncong irama rancak serupa diclub. Seketika kemudian, Rose membawa semangkuk nasi goreng lalu duduk di sebelah Isaac.

Kak Jane yang melihat suasana itu tidak mencampuri. Dia terus ke belakang untuk menyidai baju seperti selalu.

Rose menceduk nasi goreng itu dan meletakkan di pinggan Isaac. Sempat juga Isaac menadah tangan untuk membaca doa sebelum makan. Sebelum ni, dia main bedal saja apa yang dimasak oleh Kak Jane. Rose memandang Isaac dengan penuh pengharapan.

"Macam mana? Ok ke?" soalnya takut-takut.

Isaac mengetap kedua bibirnya seperti menahan sesuatu dalam mulutnya lalu menggelengkan kepala.

"Maaflah kalau nasi goreng ni tak sedap. Nanti aku buat yang baru." katanya dengan penuh rasa serba salah.

Sepatutnya, Kak Jane yang masakkan untuk Isaac. Tapi, Rose beria-ia nak buatkan Isaac nasi goreng. Dia mahu menyediakan nasi goreng kepada Isaac sebagai tanda terima kasih kerana telah menyelamatkannya. Tapi, dia hanya merosakkan suasana breakfast Isaac pula.

Baru sahaja Rose mengangkat mangkuk itu, tangannya ditarik lembut oleh Isaac untuk Rose duduk semula.

"Biarkan je nasi goreng tu kat situ. Nasi goreng ni sedap. Aku nak makan ni." katanya seperti penyedap hati.

"Aku tak nak kau sakit perut. Tak pe. Aku suruh Kak Jane masakkan untuk kau. Aku ni memandai pula nak masakkan untuk kau. Mungkin air tangan aku kot yang menyebabkan makanan tu tak sedap. Jijik."

Terhiris hati Isaac bila Rose menuturkan ayatnya.

"Hei, apa yang kau cakapkan ni? Nasi goreng kau sedap. Aku tak tipu. Yang tadi tu aku main-main je. Sorrylah. Kau tak nak makan sekali?"

"Tak ada selera."

Rose hanya memerhati sahaja Isaac ketika makan. Tak sangka yang Isaac mempunyai wajah yang tampan. Berkulit sawo matang gitu. Senyuman pulak ada lesung pipit. Rasa macam nak cubit je pipi tu.

"Kau yang tak ada selera ni boleh kenyang ke kalau tengok aku?" Rose mengalihkan pandangannya. Malu pula.

Sepi buat seketika.

"Rose.."

"Isaac.."

Kedua-duanya nak mengutarakan sesuatu. Kalau diam, sepi sangat. Kalau nak bercakap, serentak pulak.

Jangan Lepaskan Aku!Where stories live. Discover now