Bab 19 - Keputusan

56 4 0
                                    

Malam itu, Qhalif berkumpul dengan semua ahli keluarganya. Tengku Syed Zarif, bapanya. Emylina, ibunya dan Tengku Sharifah Arsha, kakaknya. Semua menunggu kata-kata yang terkeluar daripada mulut Qhalif.

"Tujuan Qhalif suruh berkumpul ni sebab Qhalif nak cakap yang Qhalif nak berkahwin." katanya dengan sekali lafaz sahaja.

Dia nampak yang mama dan papanya berpandang sesama mereka dan tersenyum. Manakala Arsha pula membuat muka yang annoyying. Nampak sangat sekejap lagi dia nak membangkang.

"Mama dengan papa setuju sangat. Dah lama kami inginkan menantu."

"No, ma! Dengan siapa si Qhalif ni nak kahwin? Kita tak tahu lagi latar belakang perempuan tu."

Qhalif memejamkan matanya sambil menahan marah. Kalau Qhalif nak membuat sesuatu keputusan, pasti akan dibangkang oleh kakaknya. Entah apa yang kakaknya dengki sangat padanya, dia sendiri tak tahu.

"That's why lah aku kumpulkan semua orang untuk bagitahu benda ni." katanya geram pada Tengku Arsha. Tak menyabar.

"Entah kamu ni, Arsha. Kamu tu sepatutnya berterima kasih pada Qhalif sebab dia sanggup nak berkahwin. Kalau nak harapkan kamu? Sampai ke tua mama tak dapat nak merasa ada menantu."

"Mama ni ada je cara nak menangkan anak mama tu. Hah, Qhalif. Apa yang nak dibincangkan sangat tu. Cepatlah sikit. Huh!" katanya dengan kasar.

Itulah Arsha. Seorang perempuan yang panas baran dah hanya ikut kepala sendiri. Kalau boleh, semua benda dia konker.

Qhalif menggelengkan kepala. Dia dah lama bersabar dengan kakaknya itu. Banyak kali dia cuba menegur kakaknya itu. Tapi, entah kenapa hati kakaknya itu lebih keras daripada Zandra. Padanlah dapat bertahan dengan Zandra.

"Siapa pilihan hati Qhalif?" Soal Emylina.

Qhalif menarik senyumannya dan mengeluarkan telefon Samsung Galaxy A50nya untuk menunjukkan wajah Zandra yang manis itu. Tengku Syed Zarif dan Tengku Emylina berasa teruja. Setelah melihat wajah Zandra, senyumannya bertambah panjang lagi. Nampaklah macam nak bagi greenlight.

Telefon itu beralih kepada Tengku Arsha sebelum dipulangkan semula pada Qhalif.

"Nama dia Afeefa Zandra. Dia anak seorang pengetua sekolah. Zandra ni kawan Amirah. Kalau mama dengan papa nak jelas lagi mengenai dia, Amirah boleh bagitahu."

"Mama suka perempuan ni. Ayu, manis. Berhijab. Sejuk mata mama memandang walupun dia tak ada pangkat." komen Emylina.

"Kau nak kahwin dengan perempuan ni? Anak pengetua? Tak ada class langsung!" kata Tengku Arsha dengan lancang.

"Arsha, kenapa cakap macam tu? Kalau kamu rendahkan Afeefa Zandra ni, sama juga kamu rendahkan mama. Kamu tu bukan budak-budak yang patut kena marah. Kalau kamu cemburu sangat dengan adik kamu ni, bawak lelaki. Kalau mama terima, papa kamu sendiri yang yang nikahkan kamu."

Tengku Arsha merengus. Dia menghetak tangannya pada sofa tanda protes sebelum pergi.

"Suka sangat bela Qhalif tu!"

Emylina dan Tengku Syed Zarif hanya menggelengkan kepalanya. Mereka sendiri tak tahu perangai Arsha itu ikut siapa. Keras kepala, hati batu dan suka sangat bertindak melulu.

"So, bila nak bawa kenalkan pada mama papa?"

Qhalif tersenyum malu. Zandra tu dah lah pemalu. Tak tahulah bila nak bawaknya.

"As soon as possible."

"Good! Esok, mama nak pergi butik. Mama akan kerahkan semua pekerja mama untuk siapkan design yang limited edition untuk menantu mama ni. Make sure jadi." kata Emylina yang begitu excited. Tengku Syed Zarif pula hanya melihat tingkah comel isterinya.

Jangan Lepaskan Aku!Where stories live. Discover now