Bab 8 - Keturunan

57 4 0
                                    

Hari ini ialah public holiday. Zandra, Radzuan dan daddynya berada di rumah. Daddynya bercadang semalam, dia mahu pergi berbelanja untuk persiapan umrahnya. Zandra dan Radzuan melonjak keriangan kerana sudah lama mereka bertiga tidak pergi shopping. Walaupun hanya untuk membeli barangan persiapan untuk umrah, itu cukup untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan.

"Zandra dah siap ke belum?! Lamanya! Nanti lambat sampai pula." jerit daddy daripada ruang tamu.

Zandra yang berada di dalam biliknya terkejut dengan suara petir daddynya yang garau itu sehinggakan jarinya tercucuk dengan jarum brooch.

"Aduh!" Sedikit darah yang mengalir itu dihisap untuk menghentikan darah daripada terus mengalir. "Ya daddy! Zandra turun ni." Dia memasang brooch itu dengan kemas pada bahunya.

Terkocoh-kocoh Zandra berlari daripada tingkat 3. Maigodd! Kena suruh daddy runtuhkan satu tingkat ni. Macam tak cukup nafas Zandra dibuatnya. Penat. Tercungap-cungap dia setelah sampai di bawah.

"Dah daddy. Zandra dah siap. Eh? Mana abang?"

"Abang kamu pun sama jugak. Lambat. Pergi panggil dia."

Zandra tak larat nak naik semula. Telefon dalam beg slingnya di keluarkan dan ditelefon abangnya yang berada di dalam biliknya.

"Abang, cepat sikit! Daddy dah tunggu ni."

"Ya, abang turun ni."

Seketika kemudian, Radzuan turun dengan pemakaiannya yang segak. Cukup sekadar baju t-shirt yang berwarna biru laut dan seluar jeans berwarna hitam. Ditambah pula dengan rambutnya yang kemas disikat membuatkan Radzuan bertambah tampan. Wangian yang digunakan juga sesuai dengan suasana untuk bersiar-siar.

"Jom."

Rindunya Zandra pada kenangan seperti ini. Dia seperti Dejavu kerana pernah melalui mimpi seperti ini. Semasa dalam perjalanan, dia tersenyum dengan seikhlas hatinya. Kalau ada arwah mummynya, pasti akan lebih gembira. Tapi, itu mustahil.

Setelah beberapa minit Radzuan memandu, akhirnya mereka sampai di salah sebuah kedai yang menyediakan peralatan dan barangan untuk persiapan haji atau umrah.

Zandra dan Radzuan membantu daddynya untuk membuat pilihan dari segi saiz jubah, songkok dan sebagainya. Daddynya juga bersyukur kerana dikurniakan anak-anak yang begitu prihatin kepadanya. Sekurang-kurangnya, terubat rindu pada arwah isteri yang pernah mendampinginya. Layanannya sepersis.

Selesai membeli barangan tersebut, mereka singgah pula di sebuah restoran yang menjadi kegemaran mereka bertiga. Radzuan dan Zandra membesar dengan masakan daripada restoran itu. Pantang ada masa terluang, pasti akan pergi situ.

Sampaikan, tuan kedai mengenali mereka bertiga. Sebagai tanda terima kasih kepada keluarga Daddy, tuan kedai tersebut telah memberi beberapa hidangan percuma setiap kali mereka bertiga singgah di situ.

"Zandra pesan macam selalu je." kata Zandra.

"Wan teringin nak makan lamb stick dan spicy pasta." kata Radzuan setelah melihat buku menu tersebut.

"Daddy nak air suam dan roti canai."

Zandra dan Radzuan berasa hairan. Kenapa secara tiba-tba sahaja daddynya bertukar selera? Ada yang tak kena ke?

"Kenapa daddy berubah selera? Ada yang tak kena ke?"

Daddynya hanya tersenyum. Lantas menggeleng.

"Tekak daddy tak berapa nak sedap. Tak kisahlah, yang penting daddy makan." katanya seperti menyedapkan hati anak-anaknya.

Banyak topik yang mereka tiga beranak ini bualkan. Daripada kisah Radzuan dan Zandra sering bergaduh semasa kecil sehinggalah kemalangan yang merenggut kebahagiaan mereka. Mereka juga membincangkan tentang masa hadapan. Daddynya selalu berharap bahawa dia dapat melihat salah seorang anaknya naik pelamin setelah menunaikan umrah.

Tapi, itu semua masih terlalu awal. Zandra baru sahaja 19 tahun dan baru melanjutkan pelajarannya.

Tiba-tiba..

"Eh, tak sangka jumpa keluarga orang gila kat sini." sinis Zainab, mak saudara angkat kepada Zandra dan Radzuan.

Perbualan yang rancak tadi kian menyepi kerana kedatangan Zainab dan anak lelakinya, Qhay. Zandra hanya menundukkan pandangan kerana sedar siapa 'orang gila' yang dimaksudkan oleh Zainab itu.

"Jaga sikit mulut mak cik tu! Mak cik tu perlu sedar kat mana kedudukan mak cik dalam keluarga saya." balas Radzuan.

Sesuka hati sahaja nak memerli. Siapa dia? Sekadar anak perempuan angkat yang dipungut oleh nenek Radzuan.

Zainab menyunggingkan senyuman sinisnya.

"Dah berkali aku tanya, macam mana korang boleh percaya dengan semua helah dia yang hanya nak kan harta keluarga kita? Aku takkan percaya dia." katanya dengan angkuh.

"Ma, dahlah tu." Qhay cuba menahan Zainab.

Zandra yang tertunduk, menundukkan lagi kepalanya.

"Nab! Abang pun dah banyak kali cakap jangan kurang ajar dengan anak-anak abang! Sama ada Zandra ni anak abang atau bukan, itu masalah abang. Nab takkan mungkin ada pertalian dalam keluarga kami. Stop be pretend as our family. Kalau Nab kata Zandra ni anak kutip, sedarlah! Nab pun tak kurang sama dengan Zandra."

"Abang jangan nak mengungkit perkara yang dah lepas."

"Nab yang mula dulu. Abang tak pernah jemput Nab masuk dalam keluarga ni. Oleh kerana abang masih ada ihsan, abang terima dan layan Nab macam adik abang sendiri. Abang tak penah abaikan Nab. Nab tanya sendiri diri Nab, apa yang Nab buat pada abang ni adil atau tak?"

Dengan riak yang tidak puas hati, dia melangkah pergi.

"Pak long, Abang Wan, Zandra. Maafkan sikap mama. Maaf sebab mengganggu."

"Tak apalah. Pak long dah biasa. Nanti nasihatkan mama tu." balas daddy dengan lemah lembut.

"Cakap dengan mak kau supaya sedar diri! Jangan asyik nak mendongak ke langit je." sambung Radzuan pula yang dalam kemarahan.

"Wan!"

"Baiklah!" balas Qhay dengan lembut sebelum berlalu.

Qhay keluar daripada restoran itu dengan perasaan yang malu. Tebal malunya sehinggakan dia mahu sahaja memarahi sikap ibuya yang sudah memalukan diri sendiri dan Qhay.

"Tak sepatutnya dia cakap benda tu pada Zandra. 4 tahun benda ni berlalu. Takkan nak kenangkan semula?" soal Radzuan yang sudah berang.

"Ini baru sedikit, Wan. Kita kena kuat. Allah uji umatnya dengan pelbagai ujian. Mungkin, ini ujian untuk kita. Maafkan dia dan doakan dia supaya dapat hidayah."

"Kenapa adik tak pertahankan diri tadi?" Soalan Radzuan diajukan pada Zandra yang menunduk. "Mana kata-kata sinis yang adik selalu cakap pada lelaki yang nak try adik? Kenapa diam?"

Bertubi soalan yang diajukan oleh Radzuan kepada Zandra. Zandra seperti kucing yang menunduk ketika dimarahi oleh tuannya.

"Macam mana adik nak sangkal kata-kata Cik Nab, kalau dia keluarkan fakta yang betul? Zandra pernah jadi gila. Zandra jumpa keluarga ini setelah beberapa tahun Zandra menyepi seolah-olah Zandra dikutip semula. Zandra kena hadam benda tu semua. Entah-entah, Zandra ni bukan daripada keluarga ni."

"Astagfirullah! Apa yang Zandra cakap ni? Dah, daddy tak nak dengar ada yang membahaskan pasal ni lagi. Beberapa hari lagi daddy nak berangkat. Jangan buat daddy risau dengan keadaan kamu berdua."

"Zandra nak pergi tandas sekejap."

Ketika berada dalam tandas, Zandra menangis tanpa suara. Sudah lama dia tak menangis sendirian kecuali ketika melawat kubur Zain. Benar, dia amat sakit hati dengan apa yang diucapkan oleh Cik Zainab. Walaupun itu ialah fakta, namun Zandra sendiri tak mahu peristiwa itu berlaku.

Dia membasuh wajahnya sebelum keluar.

Jangan Lepaskan Aku!Where stories live. Discover now