Bab 10 - Q&A

50 5 0
                                    

Amirah berada dalam biliknya. Esok, sudah tentu dia akan bertolak pulang ke Melaka semula. Hajatnya untuk berjumpa dengan Zandra sudah tercapai. Sehinggakan dia sudah merosakkan rancangan Qhalif yang ingin memenangi hati Zandra.

Terkadang, dia tertawa kecil kerana mengenangkan semula perancangan yang diaturkannya bertentangan dengan perancangan Qhalif. Namun, dia doakan agar Qhalif dapat menakluk hati Zandra yang sudah lama terkunci. Sampaikan tak tahu kuncinya tu kat mana.

Qhalif mengetuk pintu bilik Amirah daripada luar dan membukanya dengan perlahan.

"Ada apa ni?"

Qhalif menyunggingkan senyumannya. Sejujurnya, Amirah sendiri tertarik dengan kejujuran, ketampanan, dan senyuman yang dilemparkan oleh Qhalif. Takkan Zandra tak dapat rasakan semua tu? Cuma, Qhalif tu nakal sikit je.

"Tak ada apa. Aku nak borak-borak kosong je." katanya dimuka pintu.

Pintu yang terbuka membuatkan Qhalif hanya menyandar pada dinding sahaja. Tangan dan kakinya disilangkan.

"Cakap jelah. Kau nak tanya pasal Zandra kan?" tekanya sambil melipat bajunya sendiri.

"Pandai pun. Aku nak tahu semua pasal Zandra. Daripada dia kecil sampai dia besar. Aku nak tahu perkara yang terburuk yang pernah dia alami dan pengalaman termanis yang pernah dia alami. Tak kurang jugak, aku nak tahu siapa lelaki yang pernah menawan hati dia suatu masa dulu. Lagi, aku nak tahu apa yang menjadi kegemaran dia. Boleh?"

"Kau ingat aku ni kaunter pertanyaan ke? Banyak yang kau nak tanya tu."

"Kau dah rosakkan plan aku, kau ingat aku nak lepaskan kau macam tu je?"

"Ok, kalau pasal tu aku minta maaf."

Qhalif menggumam perlahan sebelum mendesak untuk Amirah melimpah ruahkan rahsia Zandra.

"Ok, aku jawab soalan pertama kau. Aku tak berapa tahu sangat pasal Zandra sebab as you know, aku dengan dia kawan baik daripada zaman sekolah menengah. Bukan sekolah rendah."

Qhalif mendiamkan diri untuk mendengar semua informasi yang disampaikan oleh sepupunya.

"Soalan kedua, perkara yang terburuk yang pernah dia alami ialah bila dia tahu yang sebenarnya dia ialah anak angkat. Dulu, sebelum Zandra jumpa dengan keluarga dia yang sekarang, dia Zandra dibesarkan oleh sebuah keluarga angkat. Zandra ada abang angkat yang bernama Firdaus. Tapi, dia tak pernah suka pada Zandra since Zandra masuk dalam keluarga dia. Sampai umur 15 tahun, dia dapat tahu yang dia tu anak angkat. She try to find her family. And finally, she found it. Keluarga yang dia cari sebenarnya ada di depan matanya sendiri, Radzuan, lelaki yang pernah jadi crush Zandra."

"What?!" terjerit Qhalif dibuatnya.

"Masa tu, Zandra tak tahu lagi yang Radzuan tu abang dia."

Qhalif mengangguk perlahan sebelum menyuruh Amirah untuk melanjutkan.

"Jawapan soalan ketiga, of course lah bila Zandra dijumpakan semula dengan keluarga dia. Dia dapat jumpa keluarga dia masa birthday Radzuan yang ke-16. Tapi, itu tak bermakna dia bahagia. Dia masih lagi belum dapat jumpa mak dia sebab meninggal dalam kemalangan dan dalam pada masa yang sama, dia telah diangkat oleh keluarga angkat yang aku cakap tadi."

"Macam mana boleh jadi macam tu? Bukan ke yang Zandra tu masih ada keluarga kandung?"

"You can ask her if you want. I don't have answer for that question." balasnya dengan menghelakan nafasnya. Penat dia bercakap.

"Then?"

"Kenangan manis yang pernah dicipta oleh Zandra dengan arwah Zain."

Wajah Amirah dikendurkan. Dia juga merindukan arwah Zain. Sebelum pulang ke Melaka, dia pasti akan menziarahi kubur Zain.

"Siapa Zain?"

"Dialah lelaki yang dah berjaya menawan hati Zandra. Diorang dah janji nak mengikat kasih bila besar, tapi tak kesampaian. Arwah meninggal sebab positif leukimia. Tapi, Zandra tak pernah putus harapan untuk buat Zain gembira pada hujung hayatnya. Disebabkan kematian Zain, Zandra tak dapat nak buka pintu hati dia untuk mana-mana lelaki. Cinta dia pada Zain tak pernah berkurang."

"Saya akan terima awak kalau awak dapat memenuhi apa yang kurang dalam diri saya."

Ucapan Zandra tempoh hari membuatkan dia berdiri tegak. Amirah terkejut dengan perilaku Qhalif. Sindrom ke apa ni? Qhalif menepuk tangannya dengan kuat dan ketawa sambil berjalan ke sana- ke sini.

"Kau ni dah kenapa? Mental pulak?"

"Aku dah tahu apa yang kurang dalam diri Zandra." Amirah menjungkitkan keningnya.

"Maksud kau?"

"Zandra cabar aku untuk buat dia jatuh cinta dalam masa 3 bulan. Syaratnya, aku perlu penuhi apa yang dia kurang. Kalau kau cakap cinta Zandra tak pernah kurang pada Zain, maknanya dia cuma kekurangan Zain sebab Zain dah meninggal. Betul tak?"

"Betullah kot." Amirah hanya membenarkan sahaja.

"Amirah, kau cerita pasal Zain pulak. Aku nak tahu."

Amirah mengeluh. Rasa nak marah pun ye jugak. Sudahlah banyak lagi barang yang perlu dia siapkan, boleh pulak kena jadi kaunter pertanyaan yang tak berbayar.

"Eh kau ni! Aku nak kena kemas baju ni. Esok aku nak kena gerak awal. Aku ni naik bas, bukannya jet persendirian. Kalau aku tertinggal bas, kau nak tolong hantarkan ke?" bebel Amirah kepada Qhalif.

Qhalif mencebirkan bibirnya. Tak nak jawab dahlah. Tak payahlah marah-marah.

"Tak nak tolong tak pe. Huh!" katanya dengan wajah yang mintak menyepak.

"Terima kasih pun tak! Bagus sangatlah tu!" jeritnya kepada Qhalif yang sudah pergi. Harapnya dapat dengan sampai ke telinga Qhalif. "Sabo jelah aku ni jadi sepupu kau."

Beberapa minit kemudian, belum sempat Amirah menghabiskan lipatan kainnya, Qhalif masuk kembali ke dalam biliknya degan nafas yang tercungap-cungap.

"Dah kenapa pulak ni?"

"Radzuan call. Dia cakap.. Zandra.."

"Kenapa dengan Zandra?" Amirah memotong percakapan Qhalif.

"Dia meroyan macam dulu."

Amirah terus melemparkan baki bajunya ke atas katil dan terus berdiri dek kerana terkejut dengan berita yang telah di sampaikan oleh Qhalif. How can?

"Kita terus ke rumah dia. Aku nak jumpa dia."

Sejak daripada tadi Zandra hanya duduk termenung ke luar balkoni biliknya. Pintu sliding yang menjadi pemisah antara balkoni dan ruang biliknya dibuka seluas-luasnya. Rasa sejuk yang menghentam dirinya ditahan. Tangannya menggosok lengan perlahan.

Daddy dan Radzuan masih lagi setia menanti di muka pintu untuk memerhati Zandra. Takut juga kalau-kalau Zandra nak terjun ke bunuh diri ke.

"Macam mana dengan Zandra?"

"Macam tulah, daddy. Daripada tadi dia asyik kat balkoni tu je. Wan risau. Dia tu ada hyperventilation." adu Radzuan kepada daddynya.

Daddy hanya menghelakan nafasnya. Sudahlah esok dia akan berangkat untuk menunaikan umrah. Anaknya pula buat hal.

"Daddy batalkan penerbangan untuk esok jelah kalau macam ni." kata putus daripada sang bapa.

"No! Wan tak izinkan." bantah Radzuan. "Urusan Zandra, biar Wan yang uruskan. Wan nak daddy buat umrah, doakan kesihatan Zandra. Doakan Zandra supaya cepat sembuh. Please, daddy?"

"Baiklah."

Jangan Lepaskan Aku!Where stories live. Discover now