Amirah mula menapak masuk ke dalam bilik Zandra yang hanya dipasang lampu tidur dan sinaran cahaya bulan sahaja. Boleh tahanlah dia perlu meraba-raba angin. Cahaya bulan menerangi Zandra di muka sliding door.
"Zandra. It's me, Mira. Come in. Outside is cold. You will be sick." katanya dengan menggunakan bahasa Inggeris.
Zandra menolehkan kepalanya memandang Amirah lalu tersenyum yang dipaksakan.
"Kau tak payah nak berspeaking sangat."
"Hehehe. Ingatkan kau jadi macam budak kecil. Tu yang aku try."
Amirah duduk di sebelah Zandra di balkoni bilik Zandra. Mereka sama-sama merasai angin malam nan dingin itu. Sahabat sejati sehidup semati. Lama mereka berdiam seribu bahasa sebelum Zandra membuka bicara.
"Aku nampak dia tadi. Dia ada kat sini." katanya dengan lemah.
"Aku tahu." balas Amirah pendek. "Tapi, kalau dia betul-betul wujud, kenapa dia tak nak jumpa aku? Kenapa dia tak nak jumpa Wan, sepupu dia? Itu semua khayalan kau, Zandra!"
Zandra memejamkan matanya dan melafazkan ayat yang sudah lama terbuku dalam dadanya.
"Dia nak aku buka pintu hati aku."
Amirah terdiam lagi. Ucapan Zandra amat jelas kerana suasana dalam bilik itu sangat sunyi.
"Aku tahu ni berat untuk kau, tapi tak salahkan kalau kau bagi peluang pada lelaki yang berusaha untuk membahagiakan kau? Rendahkan ego kau, Zandra. Tak bagi apa-apa manfaat pun pada kau kalau kau tetap macam ni." balas Amirah dengan nada yang memujuk.
"Aku tak sedia."
"Dah lepas beberapa tahun Zain tinggalkan kita. Kau masih cakap 'tak sedia'? Berapa kurun lagi yang kau perlukan untuk kau sedia? Ingat, Zandra. Lagi lama kau meratap pemergian dia, selagi tu dia tersiksa dekat sana." Nada lembut bertukar menjadi nada amaran.
Zandra merapatkan kakinya ke dada lalu menyembabkan wajahnya pada lutut.
"Aku sayangkan kau. Aku pun sayangkan Zain. Semua orang sayangkan korang berdua. Tapi, Allah lagi sayang Zain. Allah ambil Zain sebab DIA nak bagi yang lebih baik daripada Zain pada kau. Percaya pada Allah, Zandra."
Dia sendiri kurang yakin dengan pilihannya. Adakah benar?
Qhalif dan Radzuan duduk di ruang tamu sambil menunggu Amirah keluar daripada bilik Zandra.
"Apa yang dah jadi pada Zandra?"
"4 tahun yang lepas, Zandra mengalami trauma yang teruk. Aku dengan daddy aku sampai tak dapat nak control dia masa tu. Semua ni terjadi disebabkan Firdaus tak guna tu! He wants to rape Zandra."
Qhalif terkejut.
"Zandra ada abang angkat yang bernama Firdaus. Tapi, dia tak pernah suka pada Zandra since Zandra masuk dalam keluarga dia."
Radzuan pula tak dapat nak menyembunyikan rasa marahnya. Kalau dapatlah Firdaus tu, memang dia nak kena ganyang betul-betul. Kes 4 tahun yang lalu akan sentiasa melekat dengan kemas dalam kotak pemikiran Radzuan sehingga kini.
"Siapa Firdaus? Jelaskan pada aku, Radzuan." pintanya dengan keras.
Radzuan terdiam seketika sebelum membuka mulut untuk mencerita tentang peristiwa 4 tahun yang lalu. Semua yang terjadi kepada Zandra daripada kecil juga diceritakan. Qhalif menundukkan kepalanya kerana sedih mendengar kisah Zandra.
Banyak yang perlu Zandra tempuh. Kebahagiaan yang dikecapi hanyalah seketika, namun kedukaan akan menghampirinya sepanjang hayat. Qhalif pula berjanji dengan dirinya untuk melakukan apapun supaya Zandra dapat berasa bahagia kembali.
YOU ARE READING
Jangan Lepaskan Aku!
DiversosIni dua kisah cinta duka. Dua kisah cinta yang berbeza dunia. Mereka mencintai tetapi sukar untuk memiliki. Mereka harus menempuh segala onak duri untuk mencapai kebahagiaan. Tidak disangkal, dunia ini amat kejam untuk mereka. Ini kisah mereka. Kis...