Bab 15 - Pertahan atau melawan?

46 3 0
                                    

Perempuan itu terjaga daripada tidurya yang lena. Terkerdip-kerdip matanya menahan cahaya matahari daripada masuk ke dalam retinanya. Kepalanya masih lagi dalam mode mamai. Sakit yang mencucuk mula dirasakan.

Dia mula mengingati kejadian malam tadi.

Perempuan itu duduk menyandar ke dinding katil sambil memeluk erat kakinya. Dia tersangat takut.

Dia ingat ada seorang lelaki cina yang berkepala botak menyentuhnya sesuka hati. Badannya diratah dengan rakus oleh nafsu serakah. Maruhnya, harga dirinya diragut hanya dengan satu malam sahaja. Sudah banyak kali dia diperlakukan begitu.

Bukan tidak berusaha untuk melarikan diri, namun sering kali gagal. Pasti ada sahaja yang menghalangnya. Untunglah perempuan itu tidak menggantungkan diri.

Dalam ketakutan itu, dia mendengar ada suara yang bergema. Suara tanpa orang.

"Kau takkan boleh lari ke mana-mana."

"Kau takkan boleh lari ke mana-mana."

"Kau takkan boleh lari ke mana-mana."

"Tak! Pergi! Pergi!"

Perempuan itu menjerit dengan kuat. Sampaikan Kak Jane yang sedang sarapan terkejut.

"Perempuan tu dah bangun ke?"

Dengan pantas Kak Jane masuk ke dalam bilik tersebut. Keadaan perempuan itu amat teruk. Dia seperti meracau. Rambutnya kusut masai. Dia cuba mendekati perempuan itu.

"Cik. Bawa bertenang cik."

Perempuan itu memandang Kak Jane.

"Kau siapa?! Kau mesti orang suruhan Edin kan? Kau keluar! Keluar!" racaunya dengan teruk. Habis semua barang dibalingnya.

Atas faktor keselamatan, Kak Jane perlu keluar. Dadanya berdebar dengan melihat keadaan perempuan itu. Dia yakin bahawa perempuan itu sudah menanggung banyak kesengsaraan.

Kak Jane panik dengan situasi sekarang. Terdetik pula dalam hati, "Kenapalah tuan bawa balik perempuan gila ni?" Dia ingin memberitahu Tuan Isaac mengenai hal ini.

Telefonnya dikeluarkan.

Panggilannya tidak dapat disambungkan membuatkan Kak Jane mendesah. Dia membuka aplikasi Whatsapp dan menulis beberapa ayat.

Isaac yang berada dibiliknya hanya berpura-pura tidur. Edin masuk ke dalam biliknya tanpa kebenaran. Dia nampak Isaac tertiarap disaat tidur. Tersenyum sinis Edin apabila melihat keadaan itu.

"Kau mungkin boleh tipu orang lain, tapi aku, kau tak boleh tipu. Lebih baik kau bangun sekarang!" arahnya dengan sarkastik.

Perlahan-lahan Isaac memusingkan badannya dan memandang Edin yang tiada senyuman pada riak wajahnya. Dia membetulkan duduknya sambil menompangkan tanganke belakang.

"Mana kau bawa perempuan tu?"

"What do you mean? Mana aku ada bawa perempuan tu ke mana-mana."

"Jangan ingat aku bodoh macam kau! Untuk pengetahuan kau, setiap ruang dalam mansion ni dipasang dengan CCTV. Termasuklah bilik air kau yang jijik tu! Sekarang bagi tahu aku, mana perempuan tu?" Raik Isaac bertukar.

"Kau yang suruh aku selamatkan perempuan tu. Kenapa kau nak minta semula?"

Kini Isaac pula bermain kata dengan Edin. Lama dah dia bersabar dengan Edin ni. Elak kena tumbuk je daripada Edin nanti.

Edin yang sudah tidak menahan sabar lagi. Kawan tak kawan. Edin memanjat atas katil dan menggenggam kolar Isaac. Dia tak membantah.

"Eh, bodoh! Perempuan tu aset aku! Kau siapa nak bawak dia lari?!"

Jangan Lepaskan Aku!Where stories live. Discover now