Pejam celik, pejam celik, dah seminggu daddynya meninggalkan Zandra dan Radzuan. Tak apalah. Minggu depan pasti daddynya pulang. Zandra pula kembali dengan kehidupannya yang normal. Hubungannya dengan Qhalif mulai membaik. Tapi, tak semua Zandra boleh turuti. Macam dua hari lepas, baru sahaja Qhalif mahu mengajak Zandra untuk menonton wayang. Tapi, ditolak oleh Zandra.
Qhalif juga buntu nak buat apa lagi.
Hari ni, Zandra pulang awal kerana kelas di akhir waktunya dibatalkan. Dia sibuk dengan aktivitinya di dapur.
"Amboi! Rajinnya dia. Nak buat apa ni? Nak Mak Biah tolong?"
"Zandra nak buat kek coklat. Radzuan nak makan. Lagipun, Qhalif nak datang sekejap lagi. Tu yang nak buat ni." Mak Biah mengambil loyang, namun ditegah oleh Zandra. "Eh, tak pe. Biar Zandra buat sendiri. Tak naklah susahkan Mak Biah."
"Kalau itu yang Zandra nak, Mak Biah nak rehat sekejap eh? Kalau ada apa-apa, panggil je."
"Ok!" balasnya dengan girang.
30 minit berlalu untuk Zandra menyiapkan adunan untuk membuat kek. Dia menuangkan bater pekat yang berwarna coklat itu ke dalam loyang berbentuk 'LOVE'. Dia menarik senyuman lebar. Kali terakhir dia membuat kek ini ialah 4 tahun yang lalu. Terlalu cepat untuk masa berlalu.
Belum sempat dia hendak melupakan Zain, masa sudah pun berlalu. Huh!
Bunyi loceng rumah berbunyi. Lantas, Zandra memasukkan loyang itu ke dalam microwave dan setkan masa.
"Ye, sekejap!" jeritnya.
Pintu dibuka dan melihat Qhalif berada di hadapan pintu masuk. Dia memandang luar pagar. Qhalif juga terikut untuk memandang di belakangnya. Takut juga kalau-kalau Zandra nampak sesuatu yang dia tak nampak lalu ada yang mengikutnya.
Dia teringat kejadian lalu ketika melihat Zandra berbual dengan angin.
"Kenapa datang seorang je?"
Kus semangat!
"Suffian balik awal. Dia kan anak mak. Lagipun, sekejap lagi Radzuan sampai. Bagilah saya masuk dulu." kata Qhalif dengan senyumannya.
"Jangan berangan nak masuk selagi Radzuan tak balik." balasnya dengan tegas.
Tanpa berfikir panjang, Zandra terus menutup pintu. Maka, terpakulah Tengku Syed Qhalif Wildan di muka pintu. Ada seiras dengan nyamuk bila dipukul. Kaku tak bergerak.
"Apalah nasib aku bercinta dengan perempuan yang sarkastik macam ni?"
Qhalif hanya duduk di pondok hadapan rumah Zandra.
"Padan muka! Siapa suruh datang seorang. Kan dah kena." kata Zandra sendiri.
Beberapa minit kemudian, bunyi deruman kereta Radzuan memecah kesunyian Zandra yang sedang menunggu kek coklatnya masak. Dia menjengah ke luar tingkap untuk kepastian.
Keluar sahaja Radzuan daripada kereta, cepat-cepat Zandra membuka pintu rumah. Wajahnya yang tiada senyuman itu dipamerkan seperti selalu. Sangatlah jarang bagi seorang Afeefa Zandra untuk melebarkan senyumannya.
Kira bersyukur kalau dia dapat senyum dengan seikhlasnya. Entah bila agaknya.
"Kenapa Qhalif duduk luar?" soal Radzuan.
"Lambat abang balik, lambatlah Qhalif nak masuk. Dah, panggillah dia. Rentung anak orang duduk kat luar. Dia kan anak tengku. Tak memasal kena saman." kata Zandra tanpa perasaan. Sempat tersenyum sinis pulak tu.
Ya Allah, bertuah punya budak. Dia aniaya bakal suami sendiri? Apa punya bakal bini lah ni?
Qhalif berjalan mendekati Radzuan dengan wajah sugulnya. Radzuan berasa kasihan dengan kawannya itu. Ada sahaja yang Zandra nak kenakan.
YOU ARE READING
Jangan Lepaskan Aku!
AcakIni dua kisah cinta duka. Dua kisah cinta yang berbeza dunia. Mereka mencintai tetapi sukar untuk memiliki. Mereka harus menempuh segala onak duri untuk mencapai kebahagiaan. Tidak disangkal, dunia ini amat kejam untuk mereka. Ini kisah mereka. Kis...