"Bye, jaga diri" dahi aku dikucup mesra. Sedih rasanya dia akan pergi selama 3 hari!
"Eleh, gedik nak peluk peluk bagai. Suami kau tu pergi 3 hari bukan 3 tahun!" kutuk Syed Aiman. Aku hanya senyum mendengar dia berkata begitu.
"Aiman kamu tu tak ada isteri lagi kamu tak tau rasanya" mata Syed Aiman dijuling ke atas.
Mungkin dia sudah meluat sebab sikit sikit ada orang backup aku. Hehehe
Tangan aku lambai pada Sir. Aku tunggu sehingga kereta miliknya hilang dari radar.Yang aku pelik, masa aku datang untuk kelas tambahan, kereta mewah mewah. Tapi kereta yang kami selalu guna kereta Alza dan Myvi. Mana pergi semua kereta honda dan lain lain tu?
Kekok rasanya nak duduk rumah mentua tanpa suami. Aku lebih banyak diam dari bercakap.
Kaki aku mengatur langkah ke ruang bilik. Masih awal kalau nak keluar pun. Aku pun naik ke bilik dan kemas baju.
Sambil aku kemas baju aku tertidur. Sejak dua menjak ni badan aku selalu letih. Tidak tahu kenapa
***
Petang tadi ummi ajak aku dan Sharifah keluar. Katanya nak beli barang nak buat kenduri kesyukuran minggu depan.
"Ummi, macam mana nak pilih ikan ni?" aku bertanya memandangkan ummi suruh aku pilih ikan.
"Ala akak pilih yang fresh." kata Sharifah
Tak masalahnya dik, kalau aku tau fresh tu macam mana, aku tak tanya ummi tau tak? haishh adik ipar siapa la ni.
"Pilih yang matanya tak merah. Lepas itu insangnya elok." aku hanya meng'oooo' sahaja.
Banyak barang yang dibeli. Dalam perjalanan pulang ke rumah, ummi singgah di butik yang menjual tudung. Entah apa namanya.
Kami disambut oleh kakitangan butik tersebut. Rupa rupanya butik ini kepunyaan kawan ummi. Ummi borong habis dekat butik ni. Aku pun selit la dua tiga helai tudung. Hehehe nanti bila dah sedia untuk bertudung, boleh la aku pakai tudung ni.
****
Hari majlis kesyukuran sudah tiba. Aku dan Sir sangat teruja. Rupa rupanya majlis ini untuk kami. Ummi bersyukur dengan kami yang dah selamat diijabkabulkan.
"Irfan, tolong ummi angkat lauk dekat belakang, letak dekat depan. Nis teman ummi sambut tetamu dekat depan." aku hanya angguk dan terus membontoti ummi
"Assalamualaikum ummi.. Rindunya Dira dekat ummi. Lama tak jumpa. Ummi sihat?" soal seorang gadis bertudung. Ayu manis jelita orangnya.
"Waalaikumsalam. Ummi pun rindu Adira.. Alhamdulillah ummi walid semua sihat." ummi nampak mesra dengan gadis yang bernama Adira itu.
"Ummi abang Irfan mana ya? Rindu sangat dekat dia. " dah kenapa pulak minah ni tanya mana suami aku?
"Dia ada dekat belakang tengah angkat lauk. Tapi..." belum sempat ummi habiskan ayatnya, gadis itu sudahpun berjalan ke belakang.
Aku yang tidak tahu nak buat apa hanya berdiri kaku.
"Lah kamu tunggu apa? Pergi dapatkan suami kamu dari belut." pelik ummi ni. Tadi sembang rancak. Sekarang panggil belut.
Aku nampak Sir dan Adira sembang. Aku malas nak kacau. Tapi bila diingatkan balik belut dengan Sir, aku terus pergi kearah Sir dan peluk pinggangnya.
"Eh perempuan ni siapa ha? Asal dia peluk you Irfan? Dik, dia ni kekasih akak. Kalau nak tau kita orang ni dah nak tunang," aku hanya senyum pada gadis bernama Adira.
"Ohh nak tunang eh? Sorry kacau tunang akak tapi dia ni, suami saya." terbutang mata Adira mendengar Sir sudah menikah dengan perempuan semuda aku.
"Eleh. Kalau setakat nak tipu boleh la. You ni adik angkat baru you eh?" terus Adira tarik tangan Sir. Kini Sir berada di sebelahnya.
Dengan otak yang bijak aku ni, aku buka galeri dan cari gambar kami bersanding dan tunjuk pada Adira.
"Kalau gambar macam tu aku pun boleh buat lah! Zaman sekarang dah maju dik, boleh edit. " Adira masih tak percaya. Jadi aku tunjuk gambar kami yang lebih privacy.
Gambar dimana aku memakai singlet dan Sir tidak berbaju dalam bilik. Sudah jadi kebiasaan Sir untuk tidur tanpa baju. Hanya dalam bilik.
"how dare you menikah dengan orang lain?! You cakap you nak nikah dengan i bila i balik sini." air mata Adira sudah mengalir membasahi pipinya.
"Tapi kita dah putus lepas i dapat tahu you ada hubungan dengan orang lain dekat Zurich!" kata Sir sedikit keras.
Adira terus balik selepas Sir mengaku memang aku isterinya. Lepas Adira pergi, aku terus masuk bilik tanpa berkata apa apa.
Aku sakit hati! Sir kata dia dah takda apa apa hubungan dengan bekas kekasihnya. Tapi ni apa?! DAHLA BERCINTA DENGAN BELUT! PAKAI JE TUDUNG TAPI PERANGAI? HM!
Author comment:
SEBENARNYA KAN, TAK SAMPAI HATI NAK BUAT DIORANG NI BERGADUH. HUHU.
TAKPELAH TUNGGU NEXT BAB OKEY?
VOTE AND JANGAN LUPA BACA CERITA
YOU ARE READING
SAYANG CIKGU PRAKTIKAL!! [editing]
Romance~ SAYA AKAN JAGA AWAK ROSEREEN❗~ [Syed Irfan & Nisrena Rosereen Love Story] -ORIGINALLY STORY FROM WATTPAD.COM- CEKCK OUT SAYANG CIKGU PRAKTIKAL 2 NOW!! Seorang gadis bernama 'Nisrena rosereen' telah jatuh hati pada salah seorang guru praktikalnya...