SCP-44

3.9K 167 10
                                    

30K GUYS!

"abang, tadi aisyah ada bagitau saya, anak anak kita ada dekat sana. Dia jemput kita petang nanti. Abang busy tak?" mummy cuba pancing daddy pelan pelan.

"abang tahu, tadi uthman ada call bagitau. Jomla. Abang pun dah rindu dekat dorang." pandai mummy pancing walaupun joran tak kuat. Sebab jarang daddy nak keluar kalau tak ada kerja.

***

"abang saya rasa dah sampai masa la." kata Lina bila perutnya mengeras dan pinggang dan perutnya sakit .

"bila tiba hari rayaa.. Semua insan bergembira" tiba tiba lagu raya yang keluar dari mulut Naqiu.

Lengan Naqiu dicubit. Si isteri sakit boleh pula dia menyanyi lagu raya. Puasa pun belum.

"auuu sakit sakit." lengan yang dicubit diusap. Dah macam sepit ketam.

"cepatla, ambil barang letak dalam kereta." sakit yang dialami ditahan.

Naqiu yang belum faham masih terpinga pinga.

"Naqiu, isteri awak ni mengandung bukannya buncit. Bila mengandung, mesti sampai masa dia bersalin. Masanya sekarang! Saya sakit ni!" nak cakap lembap tak baik. Cuma dia slow.

"Lah, kenapa tak cakap straigh to the point? Kejap abang ambilkan barang barang sayang" pantas Naqiu sediakan barang yang akan dibawa ke hospital.

"CEPAT!" Naqiu masih jalan seprti biasa. Macam tiada apa yang jadi.

Selepas itu mereka bergegas ke hospital sebelum memberitahu mummy dan daddy.

"Suami masuk sekali. Takkan lah awak taknak teman isteri awak sakit dekat dalam? Buat pandai tanggunglah sakitnya sama sama." ayat itu diakhiri dengan gelak. Dalam masa begini masih semoat nurse menyakat.

***

"sayang, mummy dah sampai. Taknak turun ?" selepas makan tadi dia naik dan baring di atas katil. Nak kata penat, aku yang drive sampai sini.

"kepala saya sakit." kepalanya aku picit. Mungkin dia cuba untuk mengingati sesuatu.

Kata Doktor, aku dan ahli keluarga yang lain tidak boleh memaksa dia untuk ingat sesuatu. Dia juga tidak boleh paksa dirinya ingat sesuatu. Padah jadinya nanti.

"sayang cuba ingat sesuatu? Abang tak paksa sayang ingat apa apa. Biarlah sayang ingat sendiri. Abang tunggu" walaupun pedih hati ini, aku sanggup tunggu ingatan dia pulih sendiri sepenuhnya.

"tadi awak cakap mummy sampai? Saya nak turun" perlahan lahan dia turun dari katil. Rambut yang kusut juga dibetulkan sebelum tombol pintu dipulas.

"mummy" sampai saja anak tangga terakhir, Rosereen berlari memeluk ibu tercinta.

"mummy, Nis rindu." air mata mengalir di pipi. Nampaknya dia betul betul rindu.

"haish, dah taknak menangis lagi. Duduk. Nis ni mengandung tau. Dalam perut tu ada orang. Jangan lari" Rosereen mengambil tempat disebelah mummy. Aku pula ambil tempat disebelah daddy.

Kring! Kring!

"Hello. Ya? Hah? Yalah kejap lagi mummy sampai" Mummy menerima panggilan daripada Naqiu.

"Kenapa mummy?" soal aku bila mummy cemas dalam gembira.

"Hazelina dah kena tahan ward. Rasanya dah nak bersalin. Jom la pergi tengok Nis" Rosereen yang diajak tapi mata pandang aku.

"Haa jom! Tak sabar nak dapat anak buah yang pertama ni! " aku terus capai kunci kereta.

Ummi dan walid juga turut ikut. Tak sabar nak sambut anak kepada abang ipar yang merangkumi kawan aku sendiri.

***

"saya yang sakit kenapa awak yang pucat ni?" habis pucat muka dan tangan Naqiu.

"nanti ada darah kan?" rupa rupanya dia takut darah. Sebelum ni tidak begini.

"sejak bila pulak takut darah ni?" pelik si isteri. Tiba tiba si suami takut darah.

"mummy cakap banyak darah. Eww! Takut" bibirnya digigit membayangkan darah yang begitu banyak.

"yang sambut baby nanti Doktor bukan abang. Dah jangan risau."

"okey Miss ready? Dokter dah sampai" kata nurse yang bertugas untuk menjaga Lina.

...

Hampir setengah jam didalam bilik itu akhirnya seorang bayi yang suci tanpa dosa dilahirkan. Seorang bayi perempuan yang sangat comel. Bayi yang belum diberikan nama berusia kurang satu jam yang beratnya 2.28kg dicium.

"Assalamualaikum anak abah." kalini air mata jantan Naqiu mengalir.

Dia menyaksikan bertapa susahnya lahirkan seorang manusia ke dunia ini. Bertapa sakitnya si ibu menahan peritnya melahirkan.

Bayangkan anak yang dikandung 9 bulan, yang susah untuk dilahirkan tidak hormat pada orang tuanya sendiri? Sakitnya hati kedua ibu bapa itu.

"jadi anak yang solehah sayang.  Hormat pada ibu abah,dan semua ahli keluarga kita. " pesan Naqiu pada anaknya.

Dahi si isteri dikucup. Air mata mengalir lagi. Wajah Hazelina  yang kepenatan dipandang penuh makna.

" terima kasih dah lahirkan anak abang ke dunia ni. Maafkan abang banyak salah dengan sayang. " pipi Lina pula dicium

"dah, tanak sedih. Malu anak tengok. Ha nak letak nama apa?"

"Kasih Humaira" nama itulah nama pertama yang Hazelina mahukan. Kini, nama itu menjadi kenyataan.

"sedap nama tu. Kasih Humaira binti Naqiu Raziq. " senyuman terukir dibibir. Memori ini akan disimpan sampai akhir hayat.















HALUUU GUYS! HAPPY 30k!!!!! Vote, comment dan follow saya! Comment dekat MB saya atau DM kalau nak followback! Dont worry I will follow you back! ♥ ♥♥

SAYANG CIKGU PRAKTIKAL!! [editing]Where stories live. Discover now