Aku terjaga dari lena bila sir kejutkan aku untuk bangun. Rupanya dah sampai di rumah kami. Aku tak tanya banyak, jadi aku terus mengatur langkah untuk masuk ke dalam rumah.
Sir yang aku tinggalkan sorang sorang di luar rumah mengangkat barang yang aku bawa pulang dari Hospital. Contohnya seperti bantal aku, skincare aku, dan lain lain. Aku buat Hospital tu macam hotel dah.
"Esok pergi Balai. Ambik keterangan." seloroh sir yang duduk disebelah aku. Nampaknya pergaduhan kami masih belum habis sepenuhnya.
Aku langsung tidak beri apa apa riaksi pada sir. Aku tau kalau aku bersuara, setan makin bersemangat nak hasut supaya kami bergaduh. Perut aku yang tak tahu nak kata buncit atau memboyot aku usap.
Sir hanya pandang tindakkan aku. Aku tau dia teringin nak pegang perut aku. Tapi kerana dia masih menangkan ego dia tak capai keinginannya. Yang aku peliknya, perut aku tak macam perut ibu mengandung yang lain.
Perut aku macam berusia empat bulan. Sebab perut aku lebih buncit dari ibu mengandung yang lain. Aku pernah tengok perkembangan ' babybump ' youtuber luar negara, perut dorang masih kempis bila berusia dua bulan. Tapi aku buncit. Mungkin lain orang lain situasi.
***
Sir tengah masak di dapur, aku tak halang sebab aku nak rasa air tangan dia. Butang on di alat kawalan tv aku tekan. Ada satu rancangan tazkirah yang baru bermula. Mereka membincangkan tentang tajuk Hubungan akan goyah bila suami isteri bergaduh? . Aku tonton saja tanpa menukar siaran.
" dalam perhubungan ni biasalah ada pergaduhan. Tak kira dengan siapa sekali pun. Suami, isteri, abang, kakak, adik, ibu, ayah, atuk, nenek, senang cerita semua orang." kata seorang lelaki yang memulakan ceramahnya.
" betul tu. Tak elok sebenarnya bergaduh lama lama ni. Makin lama kita bergaduh, makin jauh hubungan kita renggang. Jadi nasihat saya, kalau bergaduh tu, cepat lah berbaik..." aku kuatkan suara sehingga aku yakin sir dengar di dapur.
"lagi lagi kalau isteri tu tengah mengandung. Kesian dia. Dah la bawak anak, cepat cepat la minta maaf walaupun salah dia. Emosi ibu mengandung ni tak stabil." penceramah ni macam faham situasi kitaorang.
Aku sengaja nak sir dengar jadi aku kuatkan suara lagi.
"Ye sayang dah dah la tu. Saya dengar la. Awak nak bagi jiran sebelah dengar juga ka sayang? " aku tersenyum mendengar laungan sir dari dapur.
"tunggu situ, habis abang masak abang pujuk sayang." sekali lagi aku tersenyum sampai ke telinga mendengar sir panggil aku sayang semula.
Tak sabar nak sir pujuk aku. Tunggu punya tunggu akhirnya aku terlena.
...
"Sayangggggggg, bangun sayang" pipi aku menerima satu kucupan dari Sir. Aku tidak terus membuka mata, malah mata aku pejam lebih rapat.
Tanpa aku sedar hampir empat hari kami bertengkar dan berenggang. Kami tak lain macam orang yang tak mengenali antara satu sama lain.
"kalau awak pejam mata lagi, abang taknak pujuk tau." aku terus buka mata seluas luasnya.
"haa tau pun buka mata. " sakat sir bila aku buka mata.
"dah jom makan." sir bangunkan aku dari pembaringan.
"hah? Makan? Abang cakap nak pujuk?" mulut aku secara tak langsung dah muncung macam itik.
"alolololo itik abang ni.. Comelnya dia." sir cubit pipi aku macam budak kecil.
"hm yelah, saya abang panggil itik, Adira abang panggil sayang. Tak apa lah abang. Abang pergi jelah kawin dengan dia tu. Saya izinkan." aku terus baring semula. Tak mau pandang muka sir lagi.
"sayang betul ni??" soal sir teruja.
"hm" aku pusing berpaling dari sir.
"Hahahaha taklah sayang, jaga awak seorang isteri ni pun dah separuh mati. Ini nak jaga lagi satu isteri, maksudnya separuh tambah separuh jadi satu. Hm alamatnya mati la abang. Tak mampu tak mampu." bebel sir sendirian. Aku hanya senyum melihat gelagat guru sains dan guru kelas aku begitu.
Siapa sangka seorang guru sains yang sangat serius menjadi seorang yang manja di depan aku? Tiada sapa yang sangka.
"abang ni, bebel banyak la. Sayang nak makan. Lepastu abang pujuk sayang okey?" aku berdiri sambil paut tangan sir.
"ehh yakin nya awak ni. Ada ka saya cakap nak pujuk awak? Yang tadi saya cakap tu untuk kucing jiran sebelah." aku lepaskan tangan sir dan kembali duduk. Secara automatic mulut aku muncung
"hehehehe takda la sayang, dahh jom makan."
"taknak." aku silangkan tangan supaya susah sir nak tarik aku.
"okey." sir terus angkat aku menuju ke dapur.
"abanggg jangan nanti jatuh..." aku peluk sir kuat kuat. Semoga kebahagiaan ini kekal selama lamanya.
***
"Naurah! Turun la teman mummy dekat bawah ni" panggil mummy dari tingkat bawah.
"Naurah nak duduk dalam bilik la mummy. Jangan kacau." sejak dua menjak ni kakak asyik duduk dalam bilik dan kunci pintu. Tak tau kenapa.
"awak ni, kenapa tak panggil saya ja teman? Biar la anak kita tu nak bercinta...ops" kata daddy dan terus tutup mulut.
"apa? Dia bercinta? Dengan siapa? Bila? Bila nak tunang?" tembakkan dari mummy membuatkan daddy geleng kepala. Stress dia dengan perangai isteri sendiri.
"nanti kita tanya la dia... Awak, lepasni kan kita tinggal berdua lah ye?" dahi mummy dicium.
"ish awakni, nanti anak nampak la. Malu saya" muka mummy merah menahan malu.
Sekali lagi dahi mummy dikucup.
"ish! Mummu daddy! Tak senonoh la! Erghhhh" marah Naurah pada kedua orang tuanya.
"biarlah kita orang dah kawen. Kakak tu cemburu kenapa? Haa satu lagi. Daddy dah terlepas cakap yang kakak tengah bercinta." ternganga mulut Naurah bila dengar dari mulut daddy.
...
"yee kakak bagitau. Nama dia Alvin. Nama islam dia Muhammad Alvin bin abdullah. Dia mualaf. Kakak jumpa dia masa mula kakak praktikal dekat Hotel dulu. " gambar Alvin ditunjuk.
"Not bad .. Okey laa tu mualaf. Bagus. Nanti bawa dia jumpa kami. Lepastu mummy ajar dia macam mana nak merisik, dan terus suruh dia bawa rombongan, kakak tunang."
"mummy dia tau pasal islam. Sebab mak ayah, dan adik beradik dia yang lain islam dan dorang dah kawen. Dia ja baru masuk islam. Lagi satu kitaorang nak tunggu kak lina dengan nis bersalin dulu. Nanti kalut" dalam diam kakak sudah rancang semuanya.
Kak! Aku doakan semoga kau bahagia!
comment here!
Haii korang! Macam mana okey? Vote untuk bab ni, baru sis update bab seterusnya. Okeh sis dah cakap dekat diri sendiri, kalau vote cecah 400 baru sis update.
😊
(inshaallah malam ni klau rajin update lagi..)
YOU ARE READING
SAYANG CIKGU PRAKTIKAL!! [editing]
Romance~ SAYA AKAN JAGA AWAK ROSEREEN❗~ [Syed Irfan & Nisrena Rosereen Love Story] -ORIGINALLY STORY FROM WATTPAD.COM- CEKCK OUT SAYANG CIKGU PRAKTIKAL 2 NOW!! Seorang gadis bernama 'Nisrena rosereen' telah jatuh hati pada salah seorang guru praktikalnya...