Happy 3K Reader's❤
~•~Setelah setengah jam berada di jalan raya, Sir membawa kami ke sebuah kedai Shell out. Dah lama aku teringin nak makan, harini dapat pun!
Sebaik saja aku dan yang lain sampai di kedai makan, aku nampak Adira si Belut pujaan Sir.
Entah apa nasib aku, sejak kenal Sir asyik jumpa belut je. Lepas ni aku kena berubah jadi ketam. Aku nak sepit semua belut sampai putus badan diorang. HAHAHA
"Sir, Sir Fariz baru putus cinta ke? Saya tengok status whatsApp dia ni layan broken aja," Maya bertanya sambil menunjuk status WhatsApp Sir Fariz.
"Dia baru putus tunang dua minggu lepas. Tunang dia..." macam biasa, belum sempat habis cakap, belut sudah sampai.
"Irfan sayang, " kerusi ditarik dan Adira duduk di sebelah Sir.
Tiba tiba ada notis masuk.
DIVA TIGA KEPALA 💃
Selrose: Takkan kau nak tengok je? @ nis
Maya: Kau tak buat apa apa aku cabut urat kentut kau.
Ishh yalah.
"Abang, sayang lapar la. Kenapa lambat sangat ni hm," aku merengek sambil sondol di tangan Sir.
"Sayang, sabar la kejap, kejap lagi makanan sampai." Sir langsung tak manjakan aku! Tak boleh jadi ni.
"Abang..." pinggang Sir terus aku peluk. Sir terus berpaling kearah aku. Haa jangan macam macam Sir.
"Sayang, sabar la sayang.. Abang pun lapar sayang minum air ni dulu." Sir suap straw ke dalam mulut aku.
Sengaja aku buat air tu tumpah dan..
"Sayanggg minum elok elok sayang," sir kesat air dibibir aku dengan jarinya. Aku pandang Adira dan aku kenyit mata.
Nampaknya Adira tidak senang duduk. Dan dia pun mulakan permainannya.
"You, i rasa pening la" kepalanya dipicit. Itulah taktik murahan perampas. Pening, minta dipicit. Selepas itu buat buat nak jatuh.
Maya keluarkan minyak. Minyak itu diberi kepada Adira
"Nah ambik ni. Jangan nak gedik sangat nak menggatal dengan laki orang. Kalau kau ada laki nanti, ada orang buat macam mana kau buat dekat kawan aku, kau suka la? Kain sendiri pun terkoyak! Ini nak tolong jahit kain orang. Gi mampus la!" pelik aku. Ada ke peribahasa sebegitu rupa? Setahu aku kacau kain orang je. Entahla.
Fuhhhh sekali berdesup kata kata Maya kepada Adira.. Terus Adira pergi meninggalkan kami.
Sebaik saja dia pergi, makanan pun sampai. Yaa Allah, ketam besar!
Kepah banyak! Udang berselerak! Terus aku terasa perutku berbunyi. Kami makan dengan seleranya.
"Sir. Kalau Nis bagitau saya sir layan perempuan tu lagi, saya putar kepala Sir dari depan ke belakang." nasi disuap masuk ke dalam mulut. Hampir hilang rasa hormat Selrose pada Sir.
"Yee dah, sambung cerita Sir Fariz."
Nampaknya Maya seperti berminat dengan cikgu praktikal juga? Hahaha entahla aku sendiri tak paham dengan perempuan sorang ni. Mungkin ada SAYANG CIKGU PRAKTIKAL VOL 2? Hahaha. Mungkin author akan cerita tentang Maya pula?
YOU ARE READING
SAYANG CIKGU PRAKTIKAL!! [editing]
Romantik~ SAYA AKAN JAGA AWAK ROSEREEN❗~ [Syed Irfan & Nisrena Rosereen Love Story] -ORIGINALLY STORY FROM WATTPAD.COM- CEKCK OUT SAYANG CIKGU PRAKTIKAL 2 NOW!! Seorang gadis bernama 'Nisrena rosereen' telah jatuh hati pada salah seorang guru praktikalnya...