First of all sorry atas segala kekurangan bab ni. Inshaallah saya akan baiki kekurangan saya.
~•~Hampir dua bulan berlalu. Perut aku makin membesar. Masih boleh ditutup jika pakai baju kurung. Tapi bila pakai baju sukan, nampak habis perut aku yang buncit ni. Setiap kali pendidikan jasmani, aku tak boleh aktif macam dulu lagi.
Aku dah tak boleh nak main bola jaring macam dulu. Kalau dulu aku main di posisi 'Center ' sekarang orang lain dah ganti tempat aku.
Sir kata bila perut aku dah betul betul buncit, aku dah tak boleh sekolah biasa lagi. Katanya nak tukar aku ke 'home school' . Habisla sir lepasni. Tak ada orang yang nak tengok ke mana saja dia pergi lepasni.
"sayang, termenung apa tu" tegur sir yang entah datang dari mana.
"nak main bola tampar tu jugak. Hm" dari tadi aku hanya tengok rakan kelas aku main bola tampar.
" tak boleh sayang, awak tu mengandung." aku hanya mengangguk faham.
"saya ingat kan, nak tukar kerja la. Dah taknak jadi cikgu lagi." memang dari dulu sir suka mencuba semua benda. Tak salah mencuba katanya.
" sir nak jadi apa? Nak jadi polis? Hm, tak sesuai lah sir." seronok aku dapat mengusik sir.
"saya nak jadi penyanyi pulak la."
"tak boleh sir. Saya tak bagi. No no no" aku menggerakkan jari telunjuk kekanan kekiri.
Sedang leka aku berbual-bual dengan sir, Hanna yang duduk berehat di tepi gelanggang tidak senang duduk. Tak lain macam cacing kepanasan.
"tak boleh jadi. Aku kena dekat dengan sir."
"apa kau nak buat Hanna?" soal Amira iaitu salah sorang rakan hanna.
" kejap lagi ada masa sejarah. Cikgu Asnita tak datang. Sir ganti.. Kau tunggu kejap lagi." Hanna senyum sinis lalu kembali bermain bola tampar.
"dahla Rosereen, Saya nak makan. Awak kalau nak makan tunggu rehat kejap lagi." tiba tiba sir dekatkan bibirnya dengan telinga aku.
"Sir orang nampak la." aku pandang sekeliling. Nampaknya Cikgu Laili memerhati tepat kearah kami.
"I love you Sayangg" bisik sir pada aku."Eiyyy mengada. Dahla pegi la makan. Tu Cikgu Laili dari tadi perhatikan kita." aku tolak muka sir berpaling dari aku.
"ok bye Rosereen. Jumpa rehat kejap lagi." Sir terus berjalan masuk ke Kantin.
"Ehh Nis jomla!" jerit Maya dari Padang kepadaku.
"Tak boleh la. Sir tak bagi." aku usap perut aku.
"Anak luar nikah kan?" sinis seseorang yang baru duduk disebelah.
"Eh Cikgu Lali. Mana ada haram. Halal ni." cikgu Laili memang terkenal dengan sifat makcik bawangnya. Ini tahap bawang import dari India.
Inikah sifat cikgu zaman sekarang? Ya aku tahu aku tak patut sekolah di sini lagi. Tapi sebagai seorang guru, dia tak patut cakap begitu pada aku.
"Jangan ingat awak tu dah berkahwin, boleh buat sesuka hati dengan perut yang semakin kedepan tu." sekali lagi dia sinis aku. Kesabaran aku diuji.
"Laa cikgu, pasangan suami isteri mana yang taknak anak? Lainlah cikgu yang belum..... Ops maaf cikgu" akhirnya kesabaran aku meletus.
YOU ARE READING
SAYANG CIKGU PRAKTIKAL!! [editing]
Storie d'amore~ SAYA AKAN JAGA AWAK ROSEREEN❗~ [Syed Irfan & Nisrena Rosereen Love Story] -ORIGINALLY STORY FROM WATTPAD.COM- CEKCK OUT SAYANG CIKGU PRAKTIKAL 2 NOW!! Seorang gadis bernama 'Nisrena rosereen' telah jatuh hati pada salah seorang guru praktikalnya...