SCP-43

3.9K 152 2
                                    

Road to 30K ♥
~•~

Nama yang dipersetujui itu menjadi perkataan yang aku sebut bila bosan selain zikir. Ya Sayyid Jabir Reedzwan. Aku tak tahu kenapa R E E dan bukan R I D. Mungkin inspirasi daripada nama Rosereen. Tau nama Ex sebelum sebelum ini Reedzwan. Entah. Menarik juga letak nama bekas kekasih pada nama anak sendiri. Tetapi mungkin murung suatu hari nanti. Kerana teringat ingatkan bekas kekasih.

Aku keluar dari bilik dan tinggalkan Rosereen yang nyenyak diulit mimpi. Aku menuju ke dapur. Periuk yang berisi lauk aku buka. Ayam berempah dan nasi kukus menjadi masakan ummi hari ini.

"Abang nak makan? Mira hidangkan eh?" lauk yang ummi masak dipanaskan.

"tak apa amira. Kejap lagi. Abang nak tengok ummi masak apa ja. Abang tunggu kak Reen bangun. Dia tertidur tadi" air sejuk di dalam peti ais aku tuang dan minum. Lega bila tekak dibasahi dengan air sejuk.

"Dulu masa Mira tak pakai tudung, abanh marah. Kenapa kak Nis tak pakai tudung abang tak marah?" soal Sharifah Amira secara rawak.

"abang ada suruh dia pakai dulu. Dia cakap dia belum bersedia lagi. Lepastu dia berubah pelan pelan. Abang pun taknak paksa dia dalam keadaan dia tengah sakit ni. " aku tahu. Jika aku terus paksa dia bertudung, dia akan buat kerana aku. Bukan kerana Allah.

"dahla Mira nak siao siap nak pergi sekolah."

"sejak bila pulak tukar sekolah petang?" nampak sangat lama aku tak balik rumah ummi sampai aku tak tahu dia tukar sekolah ke sesi petang.

"walid yang tukarkan sebab dulu walid tak boleh hantar pagi.  Itu yang walid tukar ke sesi petang. "

"oh boleh eh main tukar tukar. Abang tak tau pulak." selama aku menjadi guru, belum pernah aku tau boleh tukar begitu.

"haish abang ni dah tua la tu. Takkan abang lupa sekolah Mira memang sesi petang? Abang Aiman je pagi." ohh begitu rupanya. Aku pun lupa. Lamanya tak bersembang dengan adik adik sampai aku lupa semua.

"Amira kenapa tak siap lagi? Kejap lagi nak pergi sekolah dah." tegur Walid

"mira nak pegi la ni walid." terus amira meninggalkan kami berdua di dapur.

"Isteri kamu masih sekolah kan? Macam mana kalau perut dia dah besar nanti?"

"Home school lah Walid. Tentang bayaran tu abang dia cakap nak bagi sikit. Yalah home school mahal." haritu bila berbincang dengan Naqiu, dia kata dia akan bayar separuh. Harapnya betullah.

" oh,ha takapalah kalau macamtu. Walid pergi dulu." bahu aku ditepuk sebelum walid keluar dari ruangan dapur.

Aku keluar dari ruangan dapur dan terus ruang tamu. Aku mengambil tempat disebelah ummi yang sedang menonton televisyen. Aku baring dipaha ummi.

"ummi. Irfan lalui dugaan yang sangat berat ummi. Isteri irfan kemalangan. Anak dan isteri irfan hampir hilang nyawa. Sekarang isteri irfan hilang ingatan. Hilang semua memori kami. Berat dugaan ni ummi" aku mengeluh dan kuahkan segalanya pada ummi.

"Irfan, tak baik mengeluh. Allah tak suka kita mengeluh. Seberat mana pun dugaan yang kita lalui, jangan pernah sesekali mengeluh dan mempertikaikan kenapa Allah bagi dugaan begini pada aku? Sebab apa? Semakin lama kita bersabar, semakin dalam kesabaran kita, sebenarnya kita sedang buka satu bungkusan hadiah yang sangat besar. Inshaalllah dengan kesabaran Irfan sekarang ni, Irfan mampu tebus hadiah tu di akhirat nanti. Mana tau di akhirat nanti irfan akan berterima kasih pada Allah kerana bagi dugaan macam ni. Sebab dengan dugaan ini, Irfan dapat ganjaran sebesar itu. " padat dan sampai tepat pada hati aku.

"Terima kasih ummi kuatkan semangat Irfan semula." ubun ubun aku dikucup. Lalu, senyuman ikhlas diberi pada aku.

"Irfan naik dulu ummi, nak kejut Rosereen bangun." pipi ummi aku cium dan terus naik.

Sebelum aku masuk ke bilik aku, aku singgah ke bilik Amira. Aku ketuk beberapa kali. Aku beri dia wang saku untuk ke sekolah.

"sayang, taknak bangun ke? Jabir dah lapar tu. Jomla kita makan" dia bangun dan gosok mata.

"Awak ni, yakin ja anak kita lelaki. Mana tau perempuan. Haa apa awak nak letak nama dia?" baru aku sedar yang aku belum ada calon nama untuk anak perempuan.

"kita pikir nanti ja okeyy? Sekarang kita makann dulu." aku tarik tangannya turun dari katil.

****

"Dengan ini, Muhammad Badrul bin Abdul Munir dibebaskan dengan jaminan polis"

Akhirnya Badrul iaitu kawan lama Rosereen yang dipenjara selama kurang sebulan itu dibebaskan dengan jaminan polis.

Pasti dia mencari kawan kawannya yang sudah lama dibebaskan dengan jaminan peguam. Sejak dari hari itu, aku ambil tahu dan mengenali setiap kawan dan bekas kekasih yang Rosereen ada.

Rupanya Rosereen ni bukanlah seorang yang sangat sosial. Dia tak ada banyak kawan. Tapi dia banyak kenalan. 

Badrul berjalan menuju ke lorong yang mereka lepak dahulu. Dia mencari kawan kawannya yang hilang entah kemana.

"yow! " Badrul menegur kawan kawannya yang sedang lepak dari belakang.

" wah, ketua kita, dah bebas. Berapa lama dalam tu? " tanya salah seorang kawan rapatnya.

"lebih kurang sebulan. Alah, sebulan tu kejap. Aku pernah masuk 6 bulan kot." dengan riaknya Badrul berkata.

"ha insaf belum?"

"HAHAHA mesti lah belum. Perkataan insaf tak pernah wujud dalam kamus hidup aku." 















Alahai, badrul. Bila kau nak insaf? Tak puas lagi ke nak sakitkan Nis?
Haaa tunggu bab yang akan datang. Heheh

SAYANG CIKGU PRAKTIKAL!! [editing]Where stories live. Discover now