SCP-25

5K 185 7
                                    

"lepas la aku nak balik! Nanti suami aku cari aku!" aku cuba lepaskan diri dari ikatan namun langsung tidak berjaya.

"sayang, jangan macam ni" kaki aku dipegang kerana aku memberontak.

"bodoh!" geram aku. Suruh lepas taknak. Kan dah kena maki. Padan muka.

"apa kau cakap?! Kau minta maaf atau aku  send gambar kita mesra dekat laki kau?" Badrul mengugut aku dengan lebih banyak gambar..

Aku tergamam. Yang mana perlu aku selamatkan? Selamatkan diri aku dan biarkan gambar tersebar atau selamatkan gambar dan rela apa pun yang terjadi? Aku buntu, jadi aku menangis.

"kenapa kau menangis? Alololo syangggg.. Hahahah" Badrul khayal dengan 'ubat' yang diambil sebentar tadi.

"Kau bodoh! Lepaskan aku!" aku dah tak boleh pikir, tangan aku terasa pedih sebab terlalu mencuba untuk melepaskan diri.

Gambat kami bemesraan dipilih lalu butang send ditekan menggunakan jari aku yang terikat. 

"Dahsyat suami kau. Baru send dah bluetick. Aku rasa dia tengah seronok tengok gambar kita sayang." Badrul panjat katil dan duduk sebelah aku. Badan aku diperhati lama.

"Bad, aku nak.. Nakk. Air"  aku cuba meraih simpati sementara aku cuba mengatur strategi untuk melepaskan diri.

"awak tunggu sini sayang, saya pergi beli air.. Sebab dekat rumah ni tak ada apa apa." tangan aku yang terikat dicium sebelum dia keluar

Selepas aku yakin yang Badrul sudah keluar dari rumah, aku perasan yang dia tinggalkan handphonenya di sebelah aku.

Setahu aku, Badrul tidak suka letak password . Katanya leceh. Aku slide lock screen menggunakan hidung. Kita perlu gunakan semua nikmat yang Allah beri.

Yes! Berjaya. Nombor sir aku dail. Mujur aku ingat nombor sir.

***

"apa nama lelaki tu Maya?" tanya kawan sir iaitu Inspektor Firaz.

"nama dia Badrul" Maya tertunduk. Kesal dengan kepercayaannya yang mudah diragut.

"Firaz, ada call masuk." sir sangat mengharapkan yang aku yang membuat panggilan itu.

"eh sir, ni nombor Badrul kalau tak salah saya. Sebab nombor dia senang ingat" tegur maya.

"Jawab. Buka loudspeaker" Inspektor Firaz memberi arahan.

"abang, tolong nis, Badrul culik nis." aku berbisik pada handphone disebelah aku.

"Rosereen. Awak dekat mana sayang?" sir sudah tidak senang duduk mendengar suara aku.

"Nis tak tau abang. Tolong nis. Dia ikat nis. Nis takut. Anak kita abang" aku sudah menangis membayangkan wajah sir yang risau.

"Nis sayangg" laung Badrul dari luar bilik.

"Nis! Jangan terus letak panggilan ni. Sembunyi handphone ni dekat tempat yang kami boleh dengan suara awak." Inspektor Firaz merampas handphone dari sir.

"awak cakap nak air kan sayang? Ni air. Saya suap eh?" cepat cepat handphone aku sembunyi bawah bantal.

"Nak minum sendiri. Lepaskan tangan." terketar ketar aku bersuara.

SAYANG CIKGU PRAKTIKAL!! [editing]Where stories live. Discover now