SCP-52

3.7K 173 92
                                    

Pagi ni aku dipanggil oleh pengetua. Sir pun ada sekali. Aku tak tahu apa yang Tuan pengetua akan cakap.

"okey kita straigh to the point. Saya perlu jaga imej sekokah. Pihak atasan pun dah warning saya."

"jadi Tuan?" aku yang kurang faham terus tanya.

"perut awak pun dah besar. Saya nak awak berhenti sekolah. Untuk kebaikan saya, untuk imej kita semua."

"tapi Tuan, lagi sebulan ja sekolah nak habis. Takkan dia tak boleh sekolah. Lagipun kalau dia berhenti, dia nak sekolah mana?" nada sir bercakap berubah. Mungkin dia marah. Aku pula tiada perasaan. Sebab aku terlalu terluka sebab sir.

"Homeschool." sepatah dijawab oleh Pengetua.

"Homeschool? Tak murah Tuan. Saya dah pernah tanya. Mahal!"

"Tuan saya 3 bulan tak datang sekolah. Banyak benda saya tertinggal. Tambahan pula tahun depan saya SPM. Macam mana? " mungkin memilih untuk bernikah dengan sir pada usia ini satu perkara yang malang untuk aku.

"untuk bayaran saya akan tanggung sedikit. Awak pun bukannya dirogol. Anak yang awak mengandungkan ni anak halal." andainya Tuan tahu kebenarannya. Aku yakin sir akan dibuang kerja. Aku pula akan digantung sekolah.

"saya pun ada kenal beberapa orang guru yang buat homeschool ni. " pengetua serahkan kertas yang penuh dengan pakej homeschool.

"jadi boleh buat persiapan untuk berhenti sekolah. Nanti bagitau saya " balas pengetua lagi.

"kalau tak ada apa apa lagi saya masuk kelas dulu." aku bangun dan tinggalkan sir dan Pengetua. Aku tahu, yang buat keputusan nanti sir. Jadi biarlah sir yang fikir semua ini. Aku tak perlu serabut.

***

Habis saja sesi persekolahan dan sir pun habis mesyuarat, kami jalan bersama pergi ke kereta. Sir peluk pinggang aku. Alahai, rindunya. Kalau di hadapan Adira aku dan sir macamni, memang Adira dah tarik sir. Adira punya nak bagi aku cenburu, dia boleh cium pipi sir depan aku.

Ada juga sekali dia dan sir bergurau senda depan aku. Yalah aku patung. Tak ada perasaan. Aku okey. Tiba tiba ringtone sir bunyi. Aku tau itu Adira. Waktu begini hanya dia yang call sir.

"Rosereen masuk" arah sir pada aku. Aku tau dia tidak berani nak jawab panggilan itu. Di sekolah tiada siapa pun tahu sir mempunyai dua isteri.

"ye baby. Nak apa?"

"lambat lagi ke nak balik? Rinduu" sir tekan butang 'loudspeaker'

Dia berbual dengan Adira sambil drive. Mungkin juga dia sengaja nak aku dengar. Ini bukan kali pertama. Dah banyak kali. Setiap kali mereka berbual, air mata aku dimurahkan rezeki. Mengalir tanpa henti.

"bye baby. Nanti hubby balik. Sesak pulak jalan. Rasanya ada kemalangan" sie tamatkan panggilan.

"heyy sayang. Kenapa menangis?" air mata aku dikesat.

"Sir. Sedar tak kita tak macam dulu? Dah tak ada gurau senda antara kita. Tak ada kasih sayang macam dulu. Sir sedar tak semua tu?" makin lebat air mata aku turun.

"sayangkan mengandung. Macam mana nak berkasih sayang? Kesian anak dalam tu" lain yang cakap, lain yang dia faham.

"no. Sir dah tak ada morning kiss untuk saya. Dah tak ada tidur sekatil dengan saya. Tak ada macam dulu. Sir rumah tangga kita masih awal"

"sayang. Taknak cakap macam ni. Abang sama ja macam dulu. Tak berubah pun" penat aku memberitahu satu persatu apa yang membuatkan aku rasa dia berubah. Namun dia masih menafikannya.

"Sir. Saya nak bercerai. Hati saya dah tak ada untuk sir. Saya hanya anggap sir macam guru dan tak lebih dari tu."

"NISRENA ROSEREEN BINTI FAISAL ABDULLAH! apa yang awak merepek ni?!"
aku diam. Aku tak balas apa apa. Tak apa, biar hati aku terus terluka. Biar aku terus lihat suami aku bahagia disamping isterinya. Aku okey.

Sampai ke rumah aku dan sir diam tidak bersuara. Sampai di rumah sie tinggalkan aku. Pintu kereta dihempas. Dia mengamuk. Dia masuk terus ke bilik dia dan Adira. Pintu bilik juga dihempas. Tak ala dia kaya. Pintu pecah boleh beli baru. Macam aku dan sir, baru hilang ingatan dah ada isteri baru.

Masuk saja rumah ruang tamu bersepah. Langsung tidak terurus. Sudahla Adira tak kerja, rumah pun tak dikemas.

"Ya allah kak, kenapa bersepah?" soal aku sambil mengutip tisu yang bersepah.

"kenapa dengan laki aku? Kau buat apa dekat dia?!" aku yang terkejut diam tak bersuara.

"AKU TANYA APA KAU BUAT DEKAT SUAMI AKU?!" Adira menengking aku.

Aku usap perut aku. Mereka juga terkejut. Air mata aku pula sekali lagi murah rezeki. Turun dengan lebatnya.

"Kau pegi masuk bilik kau! Masuk!" tangan aku ditarik dengan kasar supaya masuk ke dalam bilik.

"kau jangan keluar dari bilik. Siap kau kalau keluar!" pintu dikunci dari luar oleh Adira.

...

"hubby kenapa?" Adira peluk badan sie yang sedang baring untuk menenangkan diri.

"dia mintak I ceraikan dia" sir membalas pelukan dari Adira

"you taknak?"

"baby, i sayangkan dia. Tapi i lebih sayangkan you baby. " sir renung ke dalam mata Adira. Mata yang bewarna hitam itu ditenung lama.

"hm, hubby penat? Baby teman hubby tido okey?" Adira dan Sir tidur dibuai mimpi indah.

Dari balik sekolah sampai sekarang pukul 9 malam aku tak keluar dari bilik. Lapar jangan dikata. Kalau aku makan, aku makan untuk tiga orang. Tapi harini aku tak makan. Ketiga tiga kami berlapar. Mujur di bilik aku ada tandas. Kalau tidak aku betul betul dikurung.

"sabar ya sayang mummy, nanti mummy makan. Walid tak ada, walid kerja" setiap kali aku sedih memikirkan hubungan aku dengan sir, aku akan cakap pada anak aku walid kerja.

"maafkan mummy. Sebab mummy korang berdua perlu tanggung semua ni. Mummy tak tahu nak mintak bantuan siapa. Maafkan mummy sayang" anak dalam kandungan aku menendang tapi lemah. Mereka tidak ada tenaga. Sama seperti aku.

Malam itu aku tidur dalam keadaan yang lemah. Aku tidak mengisi perut aku. Dan langsung tidak cuba untuk keluar dari bilik.

Pukul 3.00 pagi, aku tersedar dari tidur. Perut aku sangat sakit. Pedih dan tekak aku loya. Nak muntah tapi tak ada isi untuk aku muntah. Aku ketuk pintu aku dan panggil sir. Mana tau dia dengar. Tapi langsung tak ada respond.

Nombor sir aku dail juga tak dapat. Mungkin sir off handphonenya. Tak ada pilihan, nombor abang aku dail.

"Abang tolong Nis" nasib baik abang angkat walaupun sudah pukul 3.00 pagi

"Nis kau kenapa call aku pagi pagi ni?" suara serak abang menjawab panggilan aku.

"Nis sakit. Adira kurung Nis dalam bilik. Tolong Nis abang. Nis tak kuat." sudah pasti air mata aku mengalir menahan sakit.









Okey bab ni dah cukup panjang rasanya.
Jadi saya update MINGGU DEPAN pulak ye.
Janganla desak saya suruh update😭 tak sampai hati nak biar komen korang macamtu je.

SAYANG CIKGU PRAKTIKAL!! [editing]Where stories live. Discover now