SCP-33 -SIR POV

4.6K 189 18
                                    

"isteri awak kemalangan dengan bas sebentar tadi. Mangsa akan dibawa ke wad kecemasan. Datang segera dan berjumpa saya Inspektor Arman."

"baik tuan. Terima kasih." dengan segera aku matikan panggilan dan menuju ke Hospital

Luluh hati aku! Pedihnya hati ini. Bagaimana dengan isteri aku? Anak aku? Air mata lelaki aku jatuh berderaian. Kata kata Rosereen sebentar tadi terngiang di telinga

' Kalau perangai abang macam ni,  allah boleh tarik anak ni bila bila masa la! Ye lebihkan la  bekas kekasih tu daripada isteri sendiri! ' 

Jangan yaa allah. Sebenarnya aku sayang anak itu! Walaupun anak itu bakal lahir tidak sah taraf. Ampunkan walid sayang. Ampunkan abang sayang.

Aku berlari menuju kearah seseorang yang berbaju polis lengkap. Mungkin dia Inspektor Arman yang bercakap dengan aku sebentar tadi.

"Tuan Arman?" panggil aku dalam keadaan was was.
"Ini barang isteri kamu. Saksi bagitau saya bas tu langgar belakang kereta grab tu. Lepastu kereta berpusing.. Kepala isteri awak terhantuk dan berdarah. Pemandu grab tu pulak kritikal sebab cermin depan pecah." aku melepaskan air mata yang tak dapat ditahan lagi.

"sabar ya. Saya balik dulu. Nanti saya datang lepas dah buat laporan. Bagitau family." Tuan Arman pergi dari luar wad kecemasan.

"Assalamualaikum mummy." esakkan aku sorok daripada didengari Mummy.

"waalaikumsalam. Irfan, bila nak datang rumah mummy?" dia yang masih tidak tahu apa yang akan disampaikan masih lagi boleh bergembira.

"Rosereen kemalangan." sebak di dada kembali.mengisi di jiwa.

"mummy datang sekarang." panggilan itu terus mummy matikan.

Kini tiba masanya aku beritahu ummi. Tapi bagaimana aku nak bagitau ummi? Nisreena Rosereen tu menantu kesayangannya.

**

"macam mana Nis?" daddy soal aku sebaik saja nampak aku duduk di kerusi yang disediakan. Aku pandang mummy, matanya sudah bengkak. Maafkan Irfan mummy.

"tak tau. Irfan tak tengok lagi. Irfan minta maaf daddy. Salah irfan" badan aku dipeluk oleh daddy dan Naqiu.

"Sabar Irfan. Aku tau kau kuat."

"Assalamualaikum irfan" sapa walid yang baru saja sampai.

"waalaikumsalam walid, Irfan tak kuat walid." aku peluk walid erat. Dari kecil, hanya dia tempat aku mengadu. Di depan ummi aku tunjuk yang aku kuat walaupun masalah yang aku hadapi besar.

"kamu kuat irfan. Pergi jumpa ummi."

Dengan kaki yang berat aku langkah kearah ummi dan mummy yang sedang duduk.

"Ummi.." dari riak wajah ummi aku tau dia marah. Lain pula mummy, tenang.

"Macam mana dia kemalangan? Kamu bagi dia keluar sorang?" aku hanya mengangguk

"berapa banyak kali ummi pesan? Jangan biarkan dia keluar sorang! Dia tu mengandungkan anak kamu irfan!! Apa yang kamu buat ni? Kenapa kamu bertindak macamtu?! Ni semua sebab kam..."

"bukan salah dia, sudahla. Benda dah jadi. Mummy maafkan kamu irfan"

Seperti yang aku sangka. Ummi marahkan aku dan ummi tenang.

......

Hampir sejam setengah aku tunggu Rosereen di luar. Masih tiada berita. Air mata yang membasahi pipi berselang ganti basah dan kering.

"keluarga Nisreena Rosereen?" panggil seorang lelaki.

"saya" cepat cepat aku pergi untuk mengetahui berita yang bakal disampaikan oleh pembantu dokter itu.

"Pesakit akan ditolak masuk wad. Dan lepastu awak kena berjumpa dokter yang uruskan pesakit ni. Ikut saya hantar pesakit ke wad." aku seperti orang bodoh hanya angguk dan gelengg.

Air mata aku sekali lagi mengalir dengan lebatnya bila melihat kepala Rosereen berbalut, tangannya pula disimen. Maafkan abang Rosereen.

" kepala pesakit berlakunya pendarahan. Tapi nasib baik tak serius. Tangan dia pula retak ja. Alhamdulillah pesakit tak ada sakit yang serius cuma, kepala dia bergegar jadi ingatan dia mungkin terganggu seketika. Kandungan dia selamat cuma bayi tak kuat. Kalau dia sedar jangan bagi dia bergerak banyak sampai kandungan dia kuat balik. Sabar ya. Saya pergi dulu" kata dokter lelaki yang full uniform.

Air mata aku terhenti. Aku penat. Penat menangis lagi. Cukuplah hari ini aku menangis. Aku bersyukur anak aku masih diselamatkan. Namun rasa bersalah pada diri sendiri semakin menebal.

Jika apa apa yang terjadi pada isteri dan anak aku, aku tidak akan maafkan diri aku sendiri. Semuanya salah aku. Aku punca dia kemalangan. Lebihkan kekasih dari isteri sendiri. Aku menyesal.

Cukuplah dengan semuanya harini. Benarkan aku berehat seketika. Aku penat nak hadap semuanya hari ini. Akanku hadapi semuanya dihari esok.












Hye semua!
Jangan lupa vote, comment okey?
Ni part 1 nis accident.
Nantikan part 2 minggu depan.

SAYANG CIKGU PRAKTIKAL!! [editing]Where stories live. Discover now