SCP-56

3.8K 184 48
                                    

Sampai di rumah pintu dihempas. Kemarahan dalam diri terus membara.

"tak guna!" rambut yang kusut diramas.

"you kenapa hubby?" soal adira.

" bagi salam pun tak" sir terlalu marah sampai lupa nak bagi salam.

"shit!" kata kata kesat keluar dari mulut sir lagi.

"hubby kenapa?" Adira baring di atas paha sir.

"Bangun lah!" kepala Adira ditepis.

"Naqiu tu la! Boleh dia tinggalkan Nis dengan Jantan lain. Berdua duaan pulak tu! Haishh geram la" sir terus mengatur langkah masuk ke bilik.

Tetapi bukan di bilik bersama Adira, tetapi bersama aku. Pintu dikunci dan sir merebahkan diri di atas katil. Buku diari yang baru diambil. Satu persatu muka surat itu dibuka. Sampai satu muka surat sir membacanya. Tulisan itu bewarna merah.

ABANG, ANDAI ABANG BACA DIARI INI, INI LAH ISI HATI YANG DAH LAMA SAYA PENDAM.

Hati ini terluka setiap kali abang bersama dia") Tiada seorang isteri pun mampu lihat suaminya bahagia disamping wanita lain. Abang, saya masih isteri abang yang sah. Tanggungjawab saya masih ada pada abang. Saya akui Adira seorang gadis yang cantik. Yang menutup aurat. Tak macam saya. Rambut saya terdedah. Aurat saya tidak sempurna. Tapi percayalah abang, saya cuba untuk berubah sikit demi sedikit. Berubah sekaligus bukannya perkara yang mudah. Saya harap abang dapat beri saya masa untuk saya berubah menjadi seorang wanita yang sempurna disisi abang.

Untuk mengingati semua peristiwa yang berlaku dalam hidup ini tak mudah. Saat mengenangkan kejadian saya dirogol oleh abang , hati ini terluka yang amat. Ingatan saya pulih dengan sendiri. Tanpa bantuan abang disisi. untuk megingati semua kejadian ngeri semasa saya hilang ingatan sangat susah. Sakit dikepala yang membuatkan saya berputus asa untuk mengingati semuanya.

Kerana itulah saya minta abang tutup semua kes mahkamah. Mahupun kes kemalangan atau apa pun kes yang melibatkan saya. Saya tak mampu ingat semula semua kejadian itu. Saya tidak dapat bantuan dari abang untuk mengingati semuanya.

Maafkan saya abang kerana menyusahkan abang selama ini. Adira seorang isteri yang terbaik untuk abang. Jaga dia. Jangan sakitkan dia macam mana abang sakitkan saya. Maafkan saya sebab tak mampu menjadi seorang isteri yang sempurna disisi abang.

Abang kena ingat. Memang saya sudah tawar hati. Tapi untuk memberikan peluang kedua untuk abang, masih boleh difikirkan. Halalkan semua makan minum saya abang.

SAYA SAYANG ABANG♡!

Itulah luahan hati aku pada hari sir berkahwin dengan Adira. Sakit. Tak dapat aku ungkap bagaimana perasaan itu. Tak dapat aku sembuhkan sakit itu sendiri. Aku takut lama lama aku makan hati. Jadi biarkan aku buat keputusan untuk berjauhan dengan sir bila abang,  walid dan daddy tawarkan untuk aku tinggal bersama mereka.

"hello, Hafiz ada mana?" rakan semasa sekolah menengah dihubungi.

"aku baru balik malaysia semalam. Nak jumpa ke? " Hafiz seorang kawan yang rapat dengan sir dan abang.

Hafiz belajar di mesir. Minatnya dalam bidang Agama tiada siapa boleh membantah. Biarlah menuntut ilmu sampai ke hujung dunia pun dia sanggup.

Sir bergegas keluar tanpa memberitahu Adira. Kedai mamak menjadi pilihan untuk berjumpa dengan Hafiz. Dari sebelum sir menjadi guru praktikal, sehinggalah mempunyi 2 isteri sekarang, mereka masih belum berjumpa.

"Assalamualaikum Irfan!" bahu ditepuk dari belakang.

"waalaikumsalam. Lamanya tak jumpa kau."  dua orang sahabat itu berjabat tangan.

"ada apa nak jumpa aku? Aku tau kau cari aku mesti ada masalah" Hafiz seorang yang petah bila bercakap. Sebab itulah dia layak menjadi penceramah bebas bila bersama sir atau abang.

"aku nak nasihat" kata sir.

"untuk? Pantang betullah orang cakap tak habis ni. Kau tau tak bazir air liur cakap banyak."

"Aku gaduh dengan bini aku lah." terus straight to the point.

Sir pun menceritakan semuanya pada Hafiz. Dari mula perkenalan dengan aku, sampailah abang tinggalkan aku berdua bersama Hazril.

"Adik Naqiu tu cantik ke? Dulu masa sekolah budak hingusan lagi"

"cantik ah. Bini aku" sir tunjukkan gambar terbaru aku pada Hafiz.

"ish kau ni. Macam ni punya lawa pun kau boleh menikah lain dengan Ex girlfriend kau tu? Kau tak patut la buat Nis macamtu. Dia tu budak. Mengandung lagi tu. Kau lebihkan Adira macam Nis tak ada hati. Kau sedar tak apa yang kau buat?kau bahagia dengan Adira?" mulalah Hafiz nak ceramah pada sir.

"aku tak tau nak cakap macam mana. Adira tu bekas kekasih aku. Jadi aku pernah sayang dia. Dan aku pernah benci dia. Perasaan sayang tu datang balik lepas kami nikah. Jadi aku terlupa macam mana untuk sayang isteri pertama aku. Aku tau benda ni salah. Tapi aku dah terlalu sayangkan Adira sampai aku lupakan Nis"  keluh hati sir.

"dalam islam memang ada poligami, tapi bukan macamni. Kau tak adil langsung! Kesian la Nis tu. Dia bawak anak kau. Pergi la minta maaf. Jangan sampai dia makan hati susah jadinya nanti"









Next bab author update kejap lagi. Sorry skrng bz sngt. Kejap lgi author update❤

SAYANG CIKGU PRAKTIKAL!! [editing]Where stories live. Discover now